Saturday, March 14, 2009

Sikit hari ni, aku jadi kalut..

Salam,

1) Hari Khamis dan Jumaat aku tak pi kelas. Pi Penang..Asalnya aku tempah tiket AIR ASIA untuk anak nak ambik result SPM. Tempah hari Khamis minggu lepas lagi dah. Tup tup..hari Ahad naik tanda tanda Chicken Pox yang amat NYATA kat muka dia. Pi klinik..SAH! Doktor kata kalau dia nak sedekah VIRUS CHICKEN POX kat paramugari Air Asia atau juga pada kengkawan yang dapat RESULT bagus tu..silalah..
aduii..

Sedia maklum, aku ni walaupun dah lebih sepuluh kali naik kapal terbang, PHOBIA dan LEMAH lutut aku tetap ada..he he he..

Jarang sangat la yang aku tak muntah. Samada time pergi atau balik.
HA HA HA..pasal tu lah gamaknya aku benci naik KAPAL TERBANG!
Time aku pi USA dulu, aku muntah time kapalterbang elok berlepas.
Bau rokok, aku rasa PINAU habis. Bau makanan pun aku jadi tak dak selera.
Tekanan udara dan sebagainya menyebab anak aku kata aku tak leh jadi ANGKASAWAN..
he he he

Pilot pun aku tak hingin nak jadi..apatah lagi ANGKASAWAN..

Mujur lah kawan aku ada kat Penang. Tersadailah aku pada hari Khamis dan Jumaat itu di PENANG kerana anak aku yang suruh tempah pada hari Jumaat untuk balik.
Bayangkan aku dah tempah tiket untuk balik hari Khamis, dia suruh tukar hari Jumaat.
AIR ASIA CHARGE ! Kos tambah..GRRRRR
Tukag nama pulak.
AIR ASIA CHARGE sekali lagi. Tambah KOS..GRRRR

Result pulak??..hmmm..malas nak ulas sebab takut anak jadi sedih lak kan!!
So faham faham la..
Kalau tengok anak anak lain LOMPAT LOMPAT.
Aku selamba jer..
( maksudnya sederhana la tuuu..)
he he..

2) Hari Jumaat tu balik dari Penang adalah satu perjalanan yang panjang. Oleh kerana husband aku risau keselamatan aku maka sesampai saja di LCCT tu, aku kena naik bas ke KL central.
Setelah sekian lama terlupa pula aku cara untuk naik bas..
he he he..
Sejam sampai di KL central.
Tercanggak bangak juga sebab aku ni baru kali kedua sampai KL Central!!
Hangpa jangan GELAK nuu..
Bila saja nampak muka suami aku yang dah sedia menunggu, aku LEGA..
Perut yang dah berbunyi kena isi dulu. Waktu tu dah pukul 6.30pm. Aku ni melugai sebab MABUK naik kapalterbang masih ada lagi..
MEMANG aku alah..
ha ha ha.
( Dulu waktu kecik, aku mabuk naik kereta atau bas)
Selesai makan, suami ajak pi solat Maghrib kat ofis dia, naik LRT. Kemudian naik LRT semula time balik sebab husband aku bawa kereta setakat stesen Sg Besi sahaja setiap hari. Jadi parkir kereta di sana.

By the time sampai rumah, dah 9.30pm. What a journey!

3) Hari ni, waktu pagi aku ada appointment menemuduga orang. Nak pilih guru dan pengasuh. Satu tadika, ada pekerja yang nak berhenti untuk berkahwin. Dan satu tadika yang lain, ada yang dapat offer sambung buat nursing. Yang nak kahwin tu pekerja yang agak lama..Rasa sedih untuk berpisah tetap ada tapi ye lah..dia pun nak mengakhiri zaman bujangnya juga..

4)Petang tadi pula kalut pi Karnival Pendidikan MARA di PWTC. Untuk tengok pilihan Universiti. Anak aku ni minat bebenor la bab bab forensik..nak dok kat LAB! Suka BIOLOGY katanya..Hah! AKAN cuba bidang yang ada kena mengena dengan BioMedik/Lab etc etc ni..
Hopefully, apa yang dicitakannya akan BERJAYA, InsyaAllah...
( Hujan lebat bagai nak rak..kesian anak aku. Chicken pox dia tu baru nak sembuh..sapa yang kena VIRUS nasib lah..Aku dah tak boleh nak buat apa lagi..Mesti kena bawa dia untuk tinjau sendiri pilihan terbaik buatnya)

5) Balik dari meranduk hujan lebat di PWTC dan setelah puas bersaing bahu dengan orang yang berebut rebut ke MATTA fair, akhirnya kami tiba di rumah around Maghrib. Sesampai saja, anak kedua aku tersengih sengih. Sewaktu keluar tadi aku benarkannya menggunakan netbook aku ni. (Laptop aku yang lama entah kenapa dah PADAM!! Bebudak ni..malas nak komen!)..
Oh! sengih sengih nya itu membawa seribu makna!
Anak KEDUA pulak dapat OFFER ke MRSM!!
( Tak silap aku, hari tu macam dia TAK MAU PI?? seronok jer bila tengok nama dia tak terpilih waktu pemilihan pertama tempohari..??aku jadi macam confuse lak..)
Aduii..akan mendaftar 23/3 ni. Ini shortlisted yang kedua pula..
Aku TERDIAM!
Parut CHICKEN POX tak habis lagi kat muka cik adik ni wehhhhh..
Alhamdulillah..aku macam CONFUSE SIKIT..

Jap Jap..aku ni mimpi ke?
atau
MASIH DALAM MABUK FLIGHT lagi ke??

ooohhhh....

8 comments:

Brahimnyior said...

Sian,..

Abis tu bape dapatnye result SPM?

Mesti best... Moga-moga.

Lain kali naik tongkang je, kak.

hahahahahahaha

CatlinaFly said...

salam kak ashley..jemput singgah amik award kat umah..emm..so macamane result spm anak tu?moga2 yg bagus2 belaka amin..& selamat bercoti sekolah !

ashley said...

berahimnyok,
sampai le hati..
nyuruh akak naik tongkang jer. kamu nak nengok akak lembik mabok laut pulok ke?
he he he

catlinafly,
Result tak mantop sangat. tak de bersusun A macam kengkawan dia yang lain. Kan sebelum periksa dia demam seminggu sampai kena dok kat hospital..
Tapi akak redho sebab subjek subjek penting untuk apply jurusan yang dia minat dapat A!
Kira cukup makan jer la..
alhamdulillah..

tengok result one of bloggers yang saya dok kunjung selalu,
11 A1..fulamak..mantop..alhamdulillah!

GPI SKSV said...

Ala kulli hal.. mabruk alaiha...
La tahzan... IN sya Allah nanti dpt belajor dlm jurusan yg diminatinya...

Buat Kak Ngah Maryam... All the best.. slmt mendaftar.. rasanya x jauh MRSM tu dgn rmh Pak Cik Hassan ko...

kakpah said...

weh, aishah punya result baguih apa... kalau nak banding dengan yang besususn a tu memanglah. tapi yang dpat a tu kuat-kuat punya subjek. Aishah.. tahniah.
so, maryam pi mrsm lah ni. patut tesengeh.

kalau ada masa datang umah amek homework untuk huda. Dua hari hang pi penang, dua hari gak dia monteng hah...

Nizam.Ariff said...

Tahniah!

Macam mana nanti rasanya yek bila anak duduk asrama jauh-jauh? Anak aku sorang, ni baru darjah 3, tapi dah mula rasa libang libu nak duduk berasingan. Tak dapat nak bayangkan...

Kak, virus c.pox tak bleh lompat ikut internet kan? hahaha

arsaili said...

salam..tahniah kat anak...sederhana tak bererti gagal kan...yang penting ada daya usaha berterusan....moga dapat pilihan yang dia nak...

ashley said...

SkSv,
Alhamdulillah..
nak buat kenduri kesyukuran pun tak berkesempatan.
Tolong doakan untuk anak anak saya ni ye...
One after another..
Chicken pox, demam, Zainab masuk tilawah, kakak punya result, maryam dapat tawaran..My life is full of surprises..

Kak pah,
Thank you for everything.
Hanya Allah yang mengetahui perancanganNya...SubhanaAllah..

Nizam,
Paku payung kena di'cari'kan adik!!he he he..
At least busy sikit!
Tak de le hang kesunyian.

Arsaili,
InsyaAllah.
Terima kasih sebab memberi dorongan kepadanya. Dia cakap dia akan bersungguh dalam bidang yang dia dah pilih ni. Biomedik lab tech!
( Dia tak mau jadi doktor..tak mau ambik pharmacy..All she thinks of is FORENSIK..Nak kaji macam CSI!!okay..go ahead!)