Wednesday, March 18, 2009

Tengok anak anak membesar..

Salam,


Bila tengok anak anak membesar dengan begitu cepat, dah nak meninggalkan 'SARANG' bagaikan burung yang dapat PELEPAHnya..maka teringat kisah CINTAku.


Ye lah kan..bila anak dah nak masuk kolej atau universiti ni maka aku kena bersedia untuk menghadapi kemungkinan kemungkinan yang depa ni dok ANGAU bercinta.


Oh ye..aku sebenarnya tak de le BERCINTA CINTA ngan sesapa jua sebelum menikah.
ha ha ha..
(mesti ramai yang macam tak percayaaaa jer)

Aku bukan macam sorang dua ADIK ADIK aku yang HANGIT bercinta sebelum kahwin tu..(kutuk seround dua...jangan marah)
Tetapi aku juga seperti kalian yang lain. Seorang manusia yang ada hati dan perut. Ada perasaan dan naluri seorang wanita..(eeee keluag taik telinga). Maka aku tetap 'TER'bekenan kat someone..he he he.
( Oh ye..'terbekenan' dengan 'kena KENAN' adalah dua situasi yang berbeza)
Tapi malang nye Cinta aku seUMPAMA jari yang terkodek kodek seorang diri dan dok meluku luku meja untuk berbunyi. Keh keh keh..
Well..aku sedar siapa diriku.
(hidung aku memang le tak mancung umpama seludang dan pipiku memang pun tak seumpama pauh dilayang..atau alis mata memang tak lentik..dan aku percaya rambutku tak seikal mayang bagaikan rambut MAYA KARIN baru lepas syampu!!)

...'seludang' ni apa dia. siapa tahu? he he he seludang NYOK yang BENGKOK keras tu. ha ha ha
...'pauh' dilayang apa dia. siapa tahu? buah pauh ni kalau kat UTARA kira macam buah pelam yang halus isinya. gebu. cantik. kuning lawa..he he he..

Maka dengan itu seharusnyalah aku menyedari bahawasanya aku sepatutnya TIDAK LAYAK untuk TERBEKENAN dengan jejaka jejaka yang PERNAH aku TERBEKENAN itu.

OH..tetapi Allah itu MAHA KAYA.

Walaupun aku TERkiciwa namun aku juga PERNAH MENGICIWAkan jejaka jejaka SECARA SENGAJA atau TIDAK. Maka aku merasa inilah balasan bagi aku kerana telah MENGICIWAkan hati hati mereka itu.

( welllll..buat gena...CINTA itu boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..walau sedap hingga mengalir airmata, masih mahu dimakan jua..he he he..pinjam sat senikata lagu sapa tah ni...dan CINTA itu juga ENGGAK boleh ya, dipaksa paksa..kahwin boleh ya, dipaksa...tapi RASA CINTA engggaaak bisa)

Hmmm.. maka konklusinya PERNAHkah aku bercinta sebelum kahwin dulu?

errrrr...Menyimpan rasa cinta? Mungkin...
tetapi adakah sesiapa mengharapkan balasan cinta dariku dulu?
errrrr....juga MUNGKIN!

so Allah MAHA ADIL..MAHA MENGETAHUI apa yang TERBAIK buatku!
DitetapkanNYA JODOHku sehingga aku tidak perlu SIBUK SIBUK bercinta sebelum kahwin.

well..interesting kan?

sekian







8 comments:

kakpah said...

hehe...cinta tu memang angau.

Nizam.Ariff said...

Aku tahan perasaan cinta sehinggalah aku dah mula bekerja. Walau dada ni bagai dicucuk-cucuk, meronta-ronta, aku tetap tahan dalam hati. Sebabnya, org kalau bercinta ni kena ada duit. Kena belanja itu, belanja ini. Zaman aku, bercinta bukan lagi curi-curi jumpa bawah pokok ketapang atau kat bawah pokok kelapa. PErlu ada KFC dan Pizza Hut sebagai pengeras... Aku mana ada duit. Duit biasiswa untuk makan pakai je. Buku rujukan pun main photocopy je.

Tu sebabnya, semua yang aku berkenan atau yang berkenan kan aku, akhirnya menjadi adik angkat je...

ashley said...

Kak Pah dulu 'angau' juga ke dengan 'hemi'sphere di UTARA dunia...
he he he kelakar le!

Nizam,
AWAI AWAI masuk sekolah dah kena WARNING dengan mak!
jangan dok berabang abang angkat nanti TERANGKAT!
maka aku PATUH..sampai ke sudah aku sukar untuk ber'abang' angkat ka, ber'pakwa ke'..dan ber ber yang lain.
Lagipun kepala otak kata study, study dan study..
But once in a while, to make my life funny dan colourful, maka kena juga ngusik orang..Ye lahh..TEENAGER!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

biasa la cinta kak...adat la..macam tu la mak pak kita dok riso kat kita dulu..


teringat masa sekolah. ada kawan kata. siap tulis dalam buku rujukan geografi srp. ha ha.

"cinta ibarat kentut. nak lepas malu, nak di tahan sakit perut"..ha ha ha buleh gitu yer.

ashley said...

Cikgooden,
aku ingat kut hang hilang sebab BERCINTA ngan orang BUNIAN..

anyway,
kalau mengikut FIRASAT aku la kan..
kawan hang tu akhirnya tetap melepaskan GAS PEMEDIH HIDUNG itu biarpun dihamun..tapi dalam DIAM DIAM la..
(..dalam diam sebab dia merasakan dirinya GAGAK DIRIMBA..smile..)

Gurindam Jiwa said...

Bolehlah nyanyi lagu Julio Iglesias tu dengan ubahsuai sikit:

To all da MEN I've loooooooved befoooooore...

Bila sampai tang "looooooove" tu, bagi ketaq sikit kerongkong tu, barulah ada ngam. Oooops, tak boleh kata ngam, nanti Tok Speaker penghambat keluaq Dewan ;-)

Saya pula bila ada pasangan berdua-duaan datang kata ini abang angkat, atau adik angkat ka, aiyyy, rasa meluat pun ada.

Rasanya Allah dah gariskan panduan berangkat-angkat ni dalam al-Qur'an. Tapi ya lah kan, ilmu kita tak tinggi sebab asyik dok belajar omputih...

GPI SKSV said...

Salam.. terima kasih..
(hehehe..)

ashley said...

Gj,
Buat habih sora ja dok nyanyi kat depa..
Bak kata kawan aku, hidup ini penuh warna warni..
adakalanya kita tertungging..di masa yang lain DEPA yang lain pula tertungging..
so TABAH la..hmmm

SKSV.
pendek pula komen anda ye..
(tahu tak pe..he he he)