Monday, March 09, 2009

Menyusuri jalan itu....

Salam..

Dulu aku sering ke PJ. Zaman tahun 80 an dulu.Waktu tu umur adalah akhir belasan. Bas dari Shah Alam akan menyinggah nyinggah kat kawasan Brickfields dan sebagainya. Laluan tu macam nostalgik..

Aku kalau ke PJ, selalu pergi ke dua tempat.

1) ke UM, Kolej Ibnu Sina..tempat lepak aku di hujung minggu...menyamar jadi budak fakulti perubatan..zaman tu Pak cik GUARD tak strict..Aku boleh tidur je kat bilik kakak aku..

2) ke MaktabPerguruan Islam...waktu tu bersebelahan dengan UM, ke tempat makcik aku. Lepak juga di situ..menyamar jadi budak Maktab..

Semalam aku pergi ke arah sana juga. Tempat dan jalan jalan di sana, aku sudah tak berapa kenal. Semuanya disebabkan laluan LRT dan highway yang dah bersimpang siur..

Aku dan suami ke Kampung Abdullah HUKUM..
silap!
kampung tu dah tak da lagi sebenarnya..
Yang tegak berdiri menggantikannya adalah APARTMENT Abdullah Hukum.
Aku pergi kenduri staff tempat kerja suami.
Kedua dua pengantin baru ini satu tempat kerja..
Selamat pengantin baru kepada
Hidayah dan Affendi...
(aku tak kenai pun depa ni...bukan satu department ngan suami)

Habis makan kenduri..
aku ajak suami pi satu tempat..
CENTRAL MARKET!!

( ni gara gara baca blog NJ..Nostalgik la tempat tu)

Sebelum tu singgah sebentar di satu tempat..
Masjid Negara..
hmmmmm

seiap kali singgah masjid Negara, hati aku akan sayu..
Tempat lepak zaman aku belajar dulu.
Zaman aku tersadai di Shah Alam selama 2 tahun setengah.

Masjid negara adalah tempat aku meluangkan masa.
Study dan mencari ketenangan.


kemudian kami park kereta di Dayabumi.
Oh... Bangunan Daya BUMI ini pun suatu ketika dulu gahnya sama taraf dengan KLCC.
Ye lah..
Petronas punya bangunan..
Dulu terkenal dengan jolokan Bangunan Bercahaya!!

sekarang macam terbiar sepi..
mungkin telah hilang sinarnya kerana cahaya KLCC lebih TERANG..

DAYABUMI suatu ketika dulu adalah tempat lepak MAT dan MINAH ROCKERS..
(zaman 80 an)

Aku kalau solat Maghrib kat masjid Negara, kemudian melintas kawasan DAYABUMI untuk ke Bas Stand Kelang, akan KETARK LUTUT sebab bertembung dengan ramai pasangan ROCKERS..malangnya tak kenai mana satu pompuan, mana satu lelaki.
RAMBUT SAMA PANJANG...
he he he..
Memang menyeramkan dalam samar samar maghrib...

Oh ye
kami kemudiannya tiba di tempat yang dituju.
Central Market!!
Aku tetap kagum dengan mereka yang boleh melukis ini..
Hmmm..
SATU KURNIAAN!




8 comments:

Nizam.Ariff said...

Jalan tu pimpin tangan tak?
Tak pimpin tak syok la...

ashley said...

ha ha ha..
Romantik kan?
almaklum baru lepas pi kenduri!!

GPI SKSV said...

Dah sihat dah...

kakpah said...

Hang zohor kat masjid negara ka. Kakpah zohor kat sana, tak jumpak hang pun.
weh.. bes kan jalan dua-dua orang je. Anak tak kacau... hehe..

ashley said...

GPI SKSV..
8 dah okay.
1 still down le brader..(kak Aisyah pula CP)

Kakpah,
kat masjid around 2:30 pm..

besi said...

setiap zaman mesti ada tempat atau port yang tersendiri...utk org2 muda melepak

Muhajirah said...

salam acik ashley!
kak cah apa habaq?
dia dpt brapa? tahniah la naa kat dia :D

ashley said...

besi,
kalau besi pulak lepak kat mana?

Muhajirah,
serba sederhana..
tapi alhamdulillah boleh apply bidang yang dia minat nak belajar.
dia akan ambik biomedik lab tech.