Friday, March 06, 2009

Setiap kali tengok motor tergolek..

Salam,

Sabtu lepas tu yang aku tertengok sendiri seorang Pakcik India tergolek dot depan sebuah kereta, aku DUP DUP terkejut.
CUKUP tak suka tengok accident!
Benci...

Aku dah pernah jadi saksi 2 kali kemalangan motor.

Dulu beberapa tahun dulu..sewaktu menghantar anak pergi sekolah tertengok satu accident.
Waktu itu anak jiran aku yang kena. Yang melanggarnya pun jiran aku juga.

Walaupun rumah aku 500 meter dari sekolah jer, tapi hari tu aku hantar anak naik van sebab dia buat perangai tak nak jalan kaki. Sekali elok aku lintas jer jalan depan surau tu, aku nampak sebuah kereta lagi slow je masuk dari simpang jalan depan sekolah SKJ3.

Sebuah motor yang dipandu laju..BERDESINGGGGG melalui jalan 3/4 .

PANGGGGG...

aku terjerit tengok budak budak yang berpakaian sekolah tu melayang dari motor sebab langgar kereta makcik ni..Memang sebenarnya makcik tu yang melintas tapi MEREKA ni bawak motor DEPAN SEKOLAH MACAM PELESIT!!

Bila aku tengok budak berdua tu tergolek DOT, satu darinya anak jiran depan rumah. Satu lagi entah anak jiran gak tapi kawasan jalan atas sana. Yang budak aku tak kenal tu patah kakinya. Darah keluar membuak..
TENGAHARI!
Budak budak ni, waktu tu form three. Memonteng.. Orang tak balik kelas lagi, depa dah keluar melilau ke sana ke mari naik motor depan sekolah. Saja nak tayang kat cikgu DISIPLIN..

Sekali yang berlari dari sekolah menengah tolong mereka pun, cikgu DISIPLIN dia orang.
Nak tunggu ambulan dah 15 minit berlalu. Takut budak tu pitam sebab darah banyak keluar, jadi aku offer naik van aku...
Aku BAWAK pi hospital Kajang.

Memang seriau sebab dengar budak tu merintih..Cikgu dia tak habis habis ajark mengucap.

Budak berdua tu selamat. Tapi tu lah..Waktu dok syok presssssss minyak tak sedar diri!!
MASIH RAMAI LAGI YANG BUAT PERANGAI MACAM TU KAT DEPAN SEKOLAH NI!

BERINGAT lah anak anak weehhh..
kalau jadi macam accident tempohari tu, kita juga yang susah.
MAK PAK sayang awak..awak jer yang tak sayang DIRI!

8 comments:

kakpah said...

Aduyai...ngeri tengok bebudak bawak motor. Kalau keluar simpang, main keluaaarrr je.
Ada sekali aku tengok budak sekolah naik motor bedua. Bila mendaki bukit dia buat wheely.. Apa lagi, tetonggeng. Aku nak gelak pun ada. Punyala tak sayang nyawa.

Nizam.Ariff said...

Kak, aku hantar anak naik motor gak. Tak jauh, 1km je dari rumah. Tapi dah dua kali kena:

1. Dah dekat luar pagar, aku susup ikut tepi kereta-kereta yang berhenti utk hantar anak. Tak laju, macam jalan kaki je lajunya sebab dah nak berhenti. Ntah macam mana, ada satu budak sudah bukak pintu kiri belakang, lalu tertolak motor aku yg bergerak perlahan. Aku dan anak rebah bersama-sama motor ke tepi jalan. Tapi tak de apa-apa, cuma kaki kena tindih motor. Anak tak de apa-apa, dia g sekolah.

2. Dah tau tak boleh susup ikut kiri, aku susup ikut kanan. Dah nak sampai, ada satu kereta agak lewat terus overtake. Elok je aku sampai, anak dia bukak pintu belakang kanan. Bucu pintu kena kepala lutut, tapi tak jatuh. 2 minggu lutut sengal.... nak buat camne, nasib org motor...

ashley said...

Kak Pah,
Yang buat wheely ni basikal pun ada. Sekali dulu, depan petronas Seksyen 4 tu, budak naik basikal buat Wheely..
terlentang.rasa bengkak kepala budak tu...
Situ cerun gak!
Mujur dia jatuh tak dibantai ngan kereta sebab saya yang ngikut dari belakangnya.

Nizam,
hati hati naik notor..
silap kita pun, kita kena.
Silap orang pun, kita kena.

ashley said...
This comment has been removed by the author.
CatlinaFly said...

sy dah lame tak bwk mto ke jalan besar..last sejak kat u dulu..tapi skrg ni tak sanggup dah kut..seriau...hish dulu ade pengalaman jatuh mto sorg2 kat highway..tak nmpk lubang dah mlm....mujur bingkas bgn kalau tak ..tak tau lah ape jadi kat sy..& takde kete lalu time tu.ade sorg pakcik india tolong,dia tunggu smpi kwn sy dtg jemput sy...time kasih uncle..

besi said...

kat jalan raya tak kira motor ke
kereta ke, lori ke, basikal ke,
semuanya kena hati2............
so berhati hati dijalan raya

DrSam said...

selalunya kita yang kena beringat kat yang beroda dua ni bila memandu, yang beroda dua ni kadang-kadang tu sperti tak ambil peduli pun tentang kesihatan dan keselamatan sendiri.

Selalu risau dan seriau bila tengok orang bermoto nih. bab kata orang - melanggar pun teruk, dilanggar pun teruk.

ashley said...

cat,
selalunya akak lagi seriau tengok pasangan suami isteri yang naik motor ada bawak baby..NGERI benar. Kadang kadang pulak tengok anak tu terlentok jer...sejak kahwin waktu tak da kereta,akak naik bas atau teksi jer. Tak pernah ada motor.

besi,
memang betul.kena hati hati..tapi kalau yang jenis tak tengok cermin, bawak ikut perasaan, lepas tu tak kira orang lain..
yang tu yang kita kadang tak boleh nak jangka tu..
hmmmm

dr sam,
jiran saya ni ada bela cucu.anak yatim. On the girl's birthday,umur 3 tahun, bapak budak tu meninggal kena langgar dek kereta..naik motor..kat trafic light..lampu merah, kereta tu redah jer.langgar motor bapak budak ni...yang tak bersalah itu meninggalkan seorang anak yatim berusia 3 tahun dan seorang balu yang masih muda..