Wednesday, March 04, 2009

Tolong huraikan erti 'cinta' ..

Salam,

Sebenarnya aku masih tertanya tanya apakah erti kalimah 'cinta'..
Pelbagai sajak, gurindam, pantun, syair yang mengambarkan kisah cinta.

Tapi aku tidak memahami erti kalimah ini...

Begitu sukar bagiku untuk membezakan antara cinta dan nafsu.
Mungkin bagiku terlalu banyak keadaan cinta yang datang bersama dengan sang Nafsu..atau mungkin benar cinta itu adalah Nafsu?...aaahh sepatutnya cinta itu apa?

rasa kasih?
rasa sayang?
rasa mesra?

atau apa sebenarnya?

Cinta agung itu apa?
Cinta sesama manusia pula bagaimana seharusnya?
Kalau bercinta pula apa kesan, akibat, mudharat yang mungkin ada?
atau mungkin cinta itu sebenarnya suci?
tapi di manakah kesucian cinta?
bagaimana ia dikatakan suci?

aku masih tertanya tanya..

Yang aku tahu, kiranya kita mencintai seseorang ada dua perkara yang kita mahu buat:-

1. Buat perkara yang dia suka..
2. Jauhkan perkara yang dia benci..

mungkin itu definasi cinta aku....
entahlah..aku jahil erti kalimah CINTA!

2 comments:

Brahimnyior said...

Ntah.. asal jangan dikuasai nafsu, patut padanlah. Saya tengok remaja sekrg ni, atas nama cinta, mudah beno serah maruah diri pada jantan-jantan sundal.

ashley said...

Hah..apakah jatuhnya maruah anak remaja disebabkan dorongan nafsu atau dorongan Cinta?

bagi aku CINTA ertinya kasih..
dan sepatutnya bila adanya IMAN akan mencantikkan perasaan CINTA itu..

Nafsu yang disalurkan kepada tempat yag SALAH dan HARAM..menyebabkan cinta (yang sepatutnya INDAH kerana ianya perasaan Kasih sayang yang diberi oleh Allah kepada hambanya..) telah diCEMARI!

Nafsu juga sepatutnya PERKARA yang CANTIK (satu kurniaan Allah)..kerana TANPA Nafsu..bangsa manusia tiada PELAPIS atau PEWARIS!!Cuma NAFSU kenalah digunakan berpada pada dan betul tempat serta tiada disalahguna...

wallahualam..