Sunday, March 15, 2009

Each of us is going to miss you..

Salam,
Ini Maryam.
Waktu ni umur Maryam 11 tahun.
Kami di Alor Star masa ni.
Sekarang, Maryam dah 16 tahun. Dah berada di tingkatan empat.
Maryam akan pergi ke MRSM, Kuala Lipis pada 23/3/2009.
Memulakan sebuah kehidupan baru sebagai pelajar yang akan tinggal di asrama.
Ummi akan rindukan Maryam.
Husna, adik Maryam lagi akan RINDUUUUU kan Maryam.
Nampak macam Husna muram jer..
Husna PALING RAPAT dengan MARYAM.
Dari kecil sampai sekarang. Macam kembar jer..
Jarang bergaduh..
Ummi suka tengok Maryam dan Husna rapat berdua.
tetapi ada masanya kita kena berpisah juga.
Untuk kebaikan bersama.
Ummi tahu Husna sedih.
Ummi pun sedih juga..
Maryam anak yang baik.
Mudah memahami keadaan.
Suka beralah.
Suka berkorban demi kebaikan semua.
Jadi Ummi taknak sesiapa pun sedih.
Sebaliknya bergembira dan mendoakan kejayaan untuk Maryam.
Maryam mesti belajar bersungguh sungguh.
Aim for the BEST!!
Dan yang paling penting bersyukur kepada Allah serta sentiasa ingat padaNya.
Tak kira waktu sedih, gembira, senang atau susah.
Kalau kita ingat Allah, Allah akan ingat kita..
pesan Ummi..
jadilah hamba Allah yang taat kepada perintahNya
dan
hamba Allah yang taat meninggalkan segala laranganNya.
Jadi anak solehah, anak murid yang mendengar kata..
serta jadilah kawan yang mesra dan disenangi.
Take a good care of yourself.
InsyaAllah.

18 comments:

kakpah said...

wei, kan aku dah cakap.. dah time anak-anak soghang lepas soghang keluaq dari rumah.
mula-mula memang le rasa hilang tu. lama-lama nanti okay le..

Gurindam Jiwa said...

Tahniah...

DrSam said...

Tahniah untuk Maryam. Doakan semoga perjalanan Maryam menuntut ilmu tidak akan sia-sia dan segala pengorbanan tersebut akan dibalas dengan sebuah kejayaan kelak.

ashley said...

Kak pah,
Alhamdulillah..Terasa juga Maryam ni nak keluar. Risau dan sedih pun ada. Risau takut takut dia tak boleh study sebab dia ni suka study dalam suasana KERIUHAN adik adiknya!Plus, dia lah yang selalu take care adik kecik, si Mawaddah kalau kami keluar malam malam.
Abah akan miss her sebab dia ngan abah selalu jadi penonton EPL!

ashley said...

Gj,
terima kasih..

Dr sam,
InsyaAllah, sama samalah kita mendoakan kebaikan dan kejayaan untuknya di dunia dan di akhirat!

GPI SKSV said...

To Maryam.. takpe maryam.. bukan nye jauh benor k-lipis tu... 3jam sampai ler...
Lagi pun, kak aisyah dah show something she can achive at MRSM... tak lama lg dia nak jd CSI Malaysia pulak..

So, it's your time... utk berenggang dari keluarga.. dr tilam dan bantal busuk... :)

mencari kwn2 baru yg dtg dr pelbagai background.. bukan lg kwn2 SMK Jln3 je.. yg hang dah knl sejak darjah 1...

Mawaddah? jgn hang risau.. ummi hang tau la.. nak agihkan task tu pada sapa pulak...

Husna? tok sah la sedih bebenor.. bukannya maryam pi obersea pun... sebulan sekali kang jumpa jugak..

Kalo dulu, Gen2 itu selalu melintasi Jmbtn P-Pinang... skrg Gen2 ini pula akan melalui terowong karak.. atau nak shorcut kot Bukit Fraser ka...

Pasal EPL? Abah nanti akan cuba utk cari partner baru utk menonton.. samada di kedai mamak 24j (hehehe) atau ajak Pak Lang ke.. atau abah akan ajar pulak adik2 yg ada potensi ganti tempat maryam.. (Muhammad?)

That's all.. esok nak balik semanggol...
wslm

besi said...

maryam...gud luck
emak maryam pun sama gud luck...

Nizam.Ariff said...

Sob-sob-sob... sedih ni.... sedih kenangkan akak yang sunyi...

Tahniah kpd Maryam.
Selamat menjadi warga MRSM, menjadi anak MARA. Ingat, bila dah berjaya nanti dan dah keluar MRSM, tali itu tak akan putus. Jangan lupa join ANSARA pulak... macam abang..err.. pakcik ni ...

ashley said...

SKSV,
Pandai hang CERAMAH kat anak sedara nuuuuuuuuuu!!
Kirim salam kat warga SEMANGGOL tu!
Dok bersabok beli barang, check sana, check sini...etc!
err..mungkin Gen2 itu kena BERTUKAR rupa la..menjadi kereta kebai..
he he he!

besi,
terima kasih kerana ucapan selamat anda.
InsyaAllah kami akan cuba deal dengan segalanya..

Nizam,
Sedih tu biasa..tapi ada 8 lagi dok berkeliaran dalam rumah ni.
Tak la sunyi lagi!

Hang dulu MARA mana?
Taiping?
Kubang Kerian?
jasin?
Kulim?

My cousin Kubang Kerian.
My adik Ipar, Balik Pulau.
Kak Aisyah, Balik Pulau.

Ansara ada restoren baru buka kat KL...apatah namanya.
Tapi for Fine Dining laaa.
Dah cuba ke belum?

Nizam.Ariff said...

Aku Form 1-5 MRSM Taiping. Masa tu baru bukak. Aku batch ke-3. Matrix kat MRSM Kulim..

Aku geng Ansara MRSM Taiping Batch85. Setahun sekali, kami buat gathering dan akan spend satu hari di MRSM Taiping jumpa guru-guru dan pelajar-pelajar bagi motivasi+karier talk. Tapi, aku cuma gathering je. yang buat talk biasanya yang bekerjaya dahsyat-dahsyat.Aku manusia biasa yg tunduk ke bumi...tak kacip. Itu cara kami membalas budi kepada MARA dan anak bangsa kita...

ashley said...

OOOO..Muda setahun la hang ni.

OTAI ANSARA!
geng Tepeng ni orang kata geng otak alien..
sekufu ngan geng Jasin..
satu stail ngan geng Kubang Kerian!

aku kenai yang terlibat buka restoren ANSARA tu..Rasanya satu batch ngan hang la. tapi ANSARA jasin kut..

smile..

Gurindam Jiwa said...

Malay Fine Dining Ibunda

Review by The Star here.

Review by A Voice here.

ashley said...

GJ,
Wah..dok BERJAGA sampai pagi.
Thank you!

ashley said...

Nizam
Silap..hang masuk MRSM in 1985..so aku dah habeh form five dah la...
...aku Sains Perlis. MRSM beseri pun tak ujud lagi time aku keluag!

Gurindam Jiwa said...

Mustofa baru 4 bulan. Memang selalu la qiamullail...

;-)

Isteri saya MRSM Jasin. Tahun berapa ntah. Lahir 1969. Tak tau boleh dapat diskaun tak kat Ibunda tu...

ashley said...

GJ,
Saya pun tak tau la..sebab saya bukan ANSARA.
My hubby baik ngan geng ANSARA yang buka restoren tu.
Dia dah pi try makan kat situ..Depa belanja..

Dia kata stail makan macam yang dok tunjuk dalam ASTRO.
makanan secuit cuit tapi penuh stail dan cara menghidang.

Al maklum...FINE dining..
tapi bila habis makan, kenyang sebab ada pelbagai.

TERINGIN gak la nak pi TRY..

。◕‿◕。hamba Allah said...

tahniah buat maryam cousinku....
semoga Allah merahmatimu..

to Husna..
xyah sediy2, happy je!

kita punya adik pun nak pergi...
kuang-kuang....
xde r org yang kacau kita agi!

ashley said...

berita gembira,
alaaa..weekend, adik engko akan balik dan KERJAKAN engko!
ha ha ha..