Tuesday, May 26, 2009

Mat Travolta..

Salam,

'Ini kisah yang lucu.' (jeng jeng jeng..bunyi muziknyer..)
' Kisah rakan jiranku...'( jeng jeng jeng jeng)
' Lagak bagai rang muda..tak sedar diri tua...'
'Siang malam asyik go go..dari disko ke disko'
' Jam bunyi pukul satu...masih di situ..'

' Isteri rasa tak sabar, sorok baju dan seluar..ooooooooooo Mat Travolta'
'Apa nasibbb buat sekarang...oooooooo...Mat Travolta'
'Baik jaga isterimu MERADANGGGGGGG!!'

he he he..

Itu baru induksi. Kena la nyanyi nyanyi dulu kan. Baru tak ngantuk..Tengok le jam.
Pukul 3 lebih petang petang cam ni patutnya aku beradu dalam alam separa ghaib. Ni terpaksa menyambung kisah semalam yang aku janji nak ceritakan. Kalau tak cerita pulak, tak baik sebab dah mengikat janji setia..sat lagi macam Kakpah kata la....hilang klimaks pulak.

Hmmm macamana aku nak mula ye..?

Lagu Sudirman kat atas kira cam bagus tu..Nampak macam kisah lucu kan? Ye lah..kalau adegan macam cerita P ramlee, memang lah lucu..tapi cerita kawan aku bukan kisah lucu..sekali kali tidak..Tidak ada unsur humorus dalam penceritaannya bahkan penuh dengan emosi yang sendu dan tragis..Mungkin juga diiringi dengan perasaan dendam yang membuak.

Biarlah anda sendiri yang menilai cerita dari seorang temanku .......
( yang aku cuba coretkan di sini sebagai iktibar sahaja tanpa ada niat lain )

BEGINI KISAHNYA :-

"Kamu kenalkan ayah dan ibuku? Kamu kenalkan semua adik beradikku."

Hmmmm memanglah aku agak kenal dengan ahli keluarganya...Malah aku sering juga ke rumahnya.

" Kamu ingat tak anak kecil yang kamu lihat kelmarin sewaktu datang ke rumahku dulu?" tanyanya lagi.

" Ye, aku masih ingat..bukankah dia adik kamu..comelkan baby tu.."

"Uhhh ye memang dia adikku. Adik yang tak tahu dari mana asal usul.."

" Eh..kenapa ni? Bukan dia benar adik kamu?"

" Sebenarnya sewaktu kita di sekolah, rumahku telah didatangi oleh seorang perempuan Cina yang agak muda. Dalam lingkungan umur dua puluhan. Perempuan Cina itu datang bersama seorang bayi yang berumur lebih kurang sebulan lebih."

" Kemudian?" tanyaku.

" Perempuan Cina itu suruh ibuku menjaga anak kecilnya tadi."

" Macamana perempuan tu boleh datang ke rumah kamu? Sebab mak kamu baik ke?"

Aku memang mengenali ibunya. Seorang wanita sekitar lewat 30 an (sewaktu itu) yang lembut, anggun dan jelita. Pertuturan ibunya selalu teratur. Kadang kadang aku selalu membayangkan ibunya persis seniwati Sarimah yang sentiasa molek, berseri serta bergaya. Kalau aku pergi ke rumahnya jarang sekali aku mendengar ibunya meninggikan suara. Senyumannya sentiasa di bibir dan mungkin disebabkan itulah kawan aku juga pun begitu. Sentiasa manis dan berketerampilan.

"Uh uh..sebab mak aku baik la..ayah aku jadi JAHAT. Sejahat jahat manusia!! Ohhhh.." katanya dan terus menangis lantas memeluk aku.

"Ayahku lupa diri dengan kebaikan mak aku ! Ayah aku tak sedar diri kerana kebaikan mak aku! Ayah aku naik lemak dengan kebaikan mak aku...!" sambung kawan aku penuh emosi.

Gambaran kebencian pada ayahnya kini terpampang di wajahnya. Kawan aku yang dikenali sebagai seorang yang lemah lembut kini benar benar menunjukkan emosi sebenar dirinya. Rupa rupanya inilah yang meletihkan jiwanya dan yang menghantuinya selama ini.

" Kamu tahu tak bayi itu siapa sebenarnya? Kamu tahu tak? Tahu tak..?!!"

Pertanyaan yang bertali arus itu menjadikan aku kaget sebentar.

" Siapa dia sebenarnya?" itulah soalan yang terpacul dari mulutku. Biarlah dia sendiri yang menghamburkan jwapannya. Mana aku tahu siapa bayi itu..

" Dia tu ANAK HARAM ayah aku dengan PEREMPUAN CINA tu!! DAN PEREMPUAN CINA tu adalah perempuan KABARET yang entah dari mana ayah aku KUTIP !"

Aku terdiam..malam yang dingin dengan deruan angin Timur di Utara Semenanjung itu tiba tiba sahaja dirasakan panas. Urat jantungku terasa seperti ingin putus dan darah di tubuhku bagaikan ingin membuak keluar.

" Hida..kamu tahu tak bagaimana perasaan ibuku? Kamu tahu tak bagaimana rasanya bila secara tiba tiba seorang perempuan yang tidak dikenali datang menyerahkan ANAK HARAM suamimu di ribamu? Kamu tahu tak perasaan itu?"

Manalah aku tahu. Perbuatan haram itu juga terlalu asing bagiku... inikan pulak babak penuh emosi yang terjadi di rumahnya sewaktu itu.

"Macamana perempuan Cina tu pasti itu anak AYAH kamu?" keluar satu soalan musykil yang bermain di kepalaku.

" Uh..Perempuan tu menerangkan segala galanya pada ibuku...Dia seolah olah menjadi mistress kepada JANTAN itu"

" Subhanallah...tapi ...eRR..kenapa tidak dinikahi sahaja perempuan itu?"

Mungkinkah gila pertanyaanku itu?

"Hah! kalau dah namanya perempuan KABARET buat apa dinikahi. Kelahiran bayi itu pun sudah menjadi bebanan baginya sebab itu dia hantar bayi itu pada mak aku dan masalahnya MAK aku tu BAIK sangat..masih bela lagi budak tu! Kalau aku, dah lama aku campak masuk dalam tong sampah!"

" SubhanaALLAh..B, aku rasa bayi itu tidak bersalah. Dia pun tidak diminta dilahirkan. Dia pun tidak mahu lahir tanpa ahli keluarga. Dia pun ingin kasih sayang. Dia adalah makhluk ciptaan Allah!"

"Tapi aku tak boleh lihat derita di mata ibu..Apa yang mak aku pandang padanya ialah Kejahatan AYAH aku yang begitu menghiris perasaan. Apakah dapat disembunyikan derita itu? Kamu tak perasan ke waktu kamu datang ke rumah aku tempohari. Rumah aku adalah rumah yang penuh KEHINAAN sekarang! Tiada lagi kemesraan di dalamnya..tiada lagi seriny lagi. dan kamu tahu apa yang mak aku beritahu semua saudara mara tnetang bayi ini..ohhh anak yatim..ambik anak angkat..cis.."

Ya..memang aku terasa tamparan kedinginan yang menghinggap di ruang sepi rumahnya itu. Ayahnya sering tiada di waktu siang dan juga menjadi kelawar yang keluar di malam hari. Ahli keluarga tidak dipedulikan. Tugas penting untuk menyembah Yang Esa jauh sekali. Hanya ibunya sahaja yang terus dengan kelembutan menahan sabar dengan perlakuan si ayah.....
.
.
.
.
.
........................................nak sambung lagi ke tak? Cukup kut nuuuu..letih gak ni. Sebenarnya ada lagi incident yang terjadi..tapi aku rasa this is good enough untuk dijadikan tauladan.

sekian.....habis.

12 comments:

Tijah said...

kojap kak...kojap...

hongeh gak nak hadam cito nih.







ok dah...buleh sambung lagi. ehhehehee....

jgn marah aaa....

ASH said...

'Hongeh' tu macam mano la gamaknya.
Ko jangan pokat sangat nogori kau ni Tijah. Aku oghang Perak..
Tak faham aku 'Hongeh'-'hongeh' niii..

betulll..

Tijah said...

hahahaa. lupolak. hongeh tu cam... penat la...tercungap2 gittew!

Cikgooden said...

walaupun aku juga hongeh!...aku faham maksud cerita hang..

apa ke dejeei pak dia..men betina len?...
tapi betul ka itu benih pak dia?...Ntah2 mana nye dia kutip pi kata pak dia punya..kalau buleh check DNA?...

aza ni said...

ashley:ibu kawanmu itu sungguh baik,menerima bayi itu dan membelanya seperti anak sendiri, walau tahu itu anak luar nikah.walau hatinya terhiris.Naluri seorang ibu sejati.Bayi itu tak bersalah.

ibundo said...

masa aku mula-mula masuk asrama kat jb dulu bila time aku termengah-mengah aku cakap aku 'hengas'. Budak-budak semua ketawakan aku. Terlupa lak yang hongeh tu bahasa nogori yang tak ada dalam kamus pun. Ingatkan asal usul dari perkataan hengas wakaka...

Balik pada cerita hang. Ooo.. camtu ropanya. Kesian. Tak leh nak bayang perasaan mak dia.

DrSam said...

syahdu juga cerita itu. Begitu putih hitam kehidupan, bukan lagi drama tapi realiti kehidupannya begitu.

tak buat test DNA ke, untuk pastikan kesahihan jalan cerita?

Nizam.Ariff said...

Kalau kawan-kawan kutuk-mengutuk, selalunya perkataan yang keluar ' ko tu beranak kat perdu pisang...'. Ni kira kes macam tu la kot?

ASH said...

kengkawan semua..
cikgoodeen,azani,kakpah,tijah,dr sam,Nizam..

zaman awal 80'an dulu biasa dengar ke DNA ni?
aku rasa tak masuk Malaysia lagi..

mak kawan aku tu bela baby atas dasar kemanusiaan...dan belas kasihan kepada baby yang tak bersalah itu..

la ni kes baby yang dok jumpa merata rata, adakah sesapa buat DNA test untuk trace 'mak bapak' depa?

tak dak kan..

habis habis sangat baby tu letak kat jabatan masyarakat..itu ja.
negara kita masih tak advance macam negara maju.

Negara maju ada simpan rekod DNA..secara komputer lagi. kalau mati, tak dikenali. simati boleh ditrace..

tetapi negara kita sekadar simpan rekod cap JARI SAHAJA..betui tak?
DNA masih sekadar untuk kes kes tertentu sahaja..betul tak?

Entah kenapa aku teringat KES dulu yang melibatkan BUDAK POMPUAN MELAYU di MELAKA yang dikatakan mengandung akibat
perbuatan seorang ahli politik TRNAMA...errr ada buat DNA tak kat baby tu? hmmmmmm

tasekM said...

aku pun hongeh juga!

Gurindam Jiwa said...

Yg kes budak perempuan Melayu Melaka tu, Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan hak perempuan Melayu tu.

Kononnya lah. Dalam hati Tuhan yang tahu.

ASH said...

TM,
perkataan HONGEH tu aku bayangkan 'HEGEH'...ada persamaan tak maknanya yer??
..ishhh.ha ha ha.

GJ,
aku sebenarnya konpius dengan kes tuuu..
sapa bersalah sebenarnya..
Lim Guan Eng?
Budak perempuan yang bawah umur tu?
Atau lelaki yang membuntingkannya?
konpiussss..