Thursday, May 21, 2009

The haunted train !!

Salam..
Petang itu aku terkejar kejar..
Derap langkahku laju laju. Tercungap cungap nafasku menaiki tangga tangga di stesen LRT Bukit Jalil itu.
Elevator?
Aku tidak peduli..Ianya terasa begitu lambat..
Aku mengejar tren itu...AAAhhhh..terlepas pula.
Tiba tiba aku terasa ganjil.
Dunia terlalu sunyi!
Kupandang ke hadapan..
Tiada kelibat bayangan seseorang pun..
Segalanya terlalu pegun.

Lantas aku jengah di sebelah kananku kalau kalau ada peneman buat menghilangkan rasa sunyiku..
KAKU..
Keheningan itu terlalu menyeramkan..walaupun di petang hari.
Hatiku berdebar..
Bilakah saat tren seterusnya akan tiba ini!!

Oh..akhirnya ia tiba juga ia..
tetapi
kenapa aku masih berseorangan!!
AKU JADI KAGET..
Bayangkan kalau tiba tiba tren ini terhenti di tengah jalan.
Enjinnya tidak dapat berfungsi..
Di tengah tengah mentari yang bersinar terik.
Hanya aku sahaja yang menghuni gerabak ini..
Dan pintunya tidak dapat dibuka..
Suhu di dalamnya meningkat.
Tiada lagi suhu sejuk dari pendingin hawa..
Lalu kandungan oksigen semakin kurang..
Lantas aku kepanasan..
Dan kelemasan..
AAAAAAAAAARGGGGHHHHHHHHH...
TOLOOOONGGG!!!

ewah....
NAK SANGAT KER??
nauzubillah....
aku tak nak naik keretapi sorang sorang DAH!
tobat!

12 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

beetui ka kak?...

aku selalu naik nak balik kampung....dari bangi sampai k.l..selalu berdiri ja..
ohh....aku naik komuter...

Tijah said...

cam ketapi berantu je ni kak. huhuhu. tapi buat pole dansing bleh la tu...xdo org...

ashley said...

Cikgooden,
Tu LRT STAR..entah kenapa hari tu aku naik tak dak oghang..seram gak aku..jam around pukul 3 lebih masa nak pi stesen Titiwangsa. Lepas tu pulak next stesen, naik sorang jer kat gerabak tu..
Oghang jantan..
aku naik GERUN...kut kut la dia tu jenis saikoka.. mai cekik aku..
APA AKU NAK BUAT?

ashley said...

Tijah,
aku jadi phobia sebab aku ada gak cerita ceriti naik tren masa kat Chicago..nanti aku recall..

pole dancing?
wakaka

makcik gemok mana yang SAIKO kat pole tu??
ha ha ha ha ha ha..
ngilai aku bergema dalam gerabak itu!!

Nizam.Ariff said...

Apsal akak tak sembang-sembang dengan pemandunya? Mana tau dia boleh tolong hantarkan terus ke depan pintu rumah...

ashley said...

Nizam,
LRT..gerabaknya terpisah lah antara satu sama lain. Mana ada pintu antara gerabak cam KTM...
Tak boleh jenjalan kan?

kalau kita keluar dari gerabak tu kat stesen pastu masuk gerabak yang lain pula..okay kut..

RASANYA laaa..

ashley said...

Cikgooden,
Kalau nak pergi KL, aku bawak kereta sampai Bukit Jalil. Parkir situ senang sikit.Luas.Kalau naik komuter.leceh..komuter lambat berbanding LRT.pastu parkir kereta payah...
pi pun sekali sekala.

DrSam said...

hari tu minyak turun harga agaknya? sebab tu ramai yang tuang minyak penuh dan zooom dengan kereta sendiri.

Tengok gambar memang mencurigakan.

Gurindam Jiwa said...

Lain kali bila buat posting, letak la tajuk. Tak la kelam kabut RSS...

ashley said...

Dr Sam..
bayangkan...

GJ,
OPOCOT!tak dak tajuk ker??
uk alah..jap jap..saya edit!

AZANI said...

ashley:hari ni boleh pulak masuk laman u tanpa kena kacau operation abort tu.
oh gitu ceritanya,pelik juga,walau tak pernah naik LRT, tapi selalu lalu bawah track dia, tak pernah lak nampak yang kosong.agaknya orang takut selesema influenza A H1N1, kot?

ashley said...

azani,
aku rasa kebetulan kut.
waktu tu sunyi..
selepas dua stesen orang ramai laaa..tapi tak penuh..
bukit Jalil ni pun stesen kedua...hujung sri petaling