Tuesday, May 12, 2009

Kisah semalam..

Salam..

Malam tadi tiba tiba saja aku bermimpi. Entah apa yang membuatkan ku bermimpi. Mungkin sebab terlalu letih di siangnya. Entah apa pula mimpiku itu...Hilang begitu saja..

Semalam aku menghantar Kakak ke Londang.
Berpanas..
Letih ke sana ke mari.
Semalam memang suami aku hangen..
Bukan pada aku tapi pada sistem PARKIR yang tah ape ape yang menyambut kami di Kolej Matrikulasi itu.

Permulaan yang agak baik pada awalnya tetapi dicacatkan dengan hiccup mencari tempat parkir.

Pelajar di suruh datang secara berperingkat..ada 3 fasa.
8.00-10.00 pagi
10.30 -12.30 tgh
1.00 - 3.00 ptg

Kakak kena datang pada waktu fasa kedua.

Sewaktu proses pendaftaran, kami tidak ada masalah kelewatan atau menunggu lama. Kawasan untuk parkir kereta ialah kawasan padang hoki. Besar dan lapang.
Tetapi untuk parkir di kawasan asrama, keadaannya begitu menjengkelkan.

Parkir di sebelah asramanya blok A2 begitu sedikit. Muat untuk lebih kurang 20 biji kereta sahaja sedangkan barang barang perlu diturunkan dan diangkut ke tingkat atas sekali. Nak memberhentikan kereta pun tak boleh sebab semua orang nak lalu jalan yang sama..
Jalan pula dibuat one way..Kena round the whole area......
DAN TERUS KELUAR dari kawasan kolej untuk mencari tempat parkir.

MAU SAWAN..tengah tengah rembang tu!!

...last last sebelum darah suami aku mendidih atau membuak, dia putuskan untuk parkir di kawasan pendaftaran di tengah padang....

TAPI JAUH LE nak mengangkut BARANG ke atas BUKIT-kawasan asrama pompuan!...

Untuk pengetahuan semua, setiap kereta diberi pelekat.
Fasa pertama warna hijau.
Fasa kedua oren.
Fasa ketiga kuning.

Bagi pendapat aku, mereka yang berpelekat HIJAU sepatutnya beredar segera setelah siap mendapat tempat di asrama. Tak perlulah bagi ibu ibu atau bapa bapa menunggu terlalu lama di asrama anak. Sewaktu kumpulan fasa kedua tiba, terdapat ramai ibubapa TOLONG MENGEMAS NGEMASKAN barang anak anak di bilik mereka...

Hellooo...
anak tu umurnya bukan lagi 8 tahun ya!!
Udah 18.... duhai Bapak bapak dan Ibu ibu..
jadi bila BAPAK BAPAK dan IBU IBU ambik masa yang TERLALU LAMA mengemas BARANG ANAK ANAK maka kumpulan fasa kedua dan mungkin juga fasa ketiga begitu sukar mencari tempat parkir di kawasan asrama.

Contohnya terdapat ibu ibu yang siap memunggah baju baju dari beg beg.
Susun dalam lemari.
Weh...hai. Come on.
Give your daughter some space la..
takkan nak buat lagi mende mende tu semua?

AKU lak?

Sorry la si Aisyah nak suruh aku susun baju dia..ha ha ha..
Dia lebih RELA membuat segala galanya sendiri!!
Dia nak DESIGN kut mana..nak atur kut mana..dia punya TASTE tersendiri.

suami aku bersungut juga...
heii padan ler tak dak parkir.

Kalau tidak disebabkan oleh hal parkir ini mungkin kami boleh beredar dengan lebih cepat lagi.

well..buat cam no.

Aku kata kat UKM pun kalau masa pendaftaran atau hari graduasi....
mak bapak parkir kereta sampai ROUNDABOUT kat NIOSH tu..
ha ha ha..
mesti siksa berjalan kaki!!
so biasa biasa kan lah diri dengan situasi sebegini.

Anak kan berderet lagi selepas ni....

SMILE!!

8 comments:

AZANI said...

Ashley,mungkin mak bapaktu beranak satu je, tu yang pampered habis,kalau Ashley nak buat gitu juga tak tahulah,he he he.kadang kadang over juga mak bapa ni.

kakpah said...

heh, kok aku pun hangen gak. Dulu hantar anak matrikulasi kat gambang, camtu gak la. masaalah kereta banyak ni.

susun baju? mak datuk. mesti anak satu je tu.

ashley said...

Azani,
tak tahu lah..suami aku TUNGGAL (kalau makpak yang sama la)tapi he is VERY INDEPENDENT!

Kakpah,
aku pun pelik gak...BETULLL siap susun baju dalam lemari!! Kalau pi oversea macamana lah gamaknya.

GPI SKSV said...

sedang membayangkan..

bagaimana ghopenyer abg saif yg sedang HANGEN masa tu...

emm... stay cool rasanya... pada riak wajahnya...

Nizam.Ariff said...

Rilek la kak. Kalau hangen pun buat sakit hati sendiri je... patutnya blok je kete dema tu...

alberangque said...

Puan Asley, Itulah namanya pengalaman. Lagi satu nak ingatkan bahawa ramai ibubapa masa kini tersangat sayang (terlebih sayang) kepada anak-anak mereka. Itu yang ingat anak mereka kecil lagi tu, sedangkan sebenornye anak mereka dah boleh jadi mak atau pak kepada bebudak.
Jaman dulu, ibu dan bapa Mahatma Ghandi berkahwin ketika umur 12 tahun. Mahani, watak utama dalam Novel Merpati Putih karangan Khadijah Hashim, berkahwin umur 11 tahun dan ramai lagi yang kahwin umur muda. Tapi masa ne ibubapa terlalu memanjakan anak-anak.
Biarlah orang buat gitu asalkan jangan kita walau pun sekali sekala tempiasnya kena juga kepada kita. Jadi SABAR....LAH.

tasikmerah said...

ngapa tak lawat aku sekali kak... :)


.

ashley said...

SKSV,
Ha ha ha..hanya isterinya sahaja yang boleh merasai getaran kemarahannya..

Nizam,
suami aku ni bukan jenis yang suka menyusahkan orang lain..BIOR dier susah tak per..walaupun terasa jugalah gegaran kemarahannya itu..


pak Usop,
err..sebenarnya ibu ibu yang berumur 12..13 tahun sekarang ni boleh tahan juga banyaknya! cuma, 'bapak'nya sahaja yang tidak ada dalam rekod!

Tasik Merah,
anak kecil aku kat Baby center..takut pula dia meragam atau pun kena sekeh ngan kakpah sebab lambat ambik anak..
he he he.