Monday, May 25, 2009

Berkawan biar seribu..

Salam,

Dalam dok berblogging dengan teman teman yang tidak pernah bersua muka ni adalah suara suara yang menyound aku..biasalah kan..

Bagi aku, apa yang aku tulis kebanyakan apa yang aku ingin luahkan. Kadang kadang kalau bercakap lidah ni cam tak terukir perkataan. Kalau dalam bentuk tulisan tu, boleh delete delete ,edit edit dulu..dan bagi aku dah nama pun OPEN BLOGGING..aku tak kisah siapa nak membaca blog aku. Pandai pandai lah korang tapis, digest, fikir..nak ambik buat pedoman atau juga buat panduan atau masuk dalam tong sampah..
DELETE buat selamanya..

Aku nak kata banyak sangat kawan tak le juga. Ada yang tak suka berkawan ngan aku..sebabnya aku ni bukannya gheti bergaya orangnya.
SEGHEBEH.. ramai gak kawan yang suka mentertawakan aku..
Ada yang tak suka berkawan ngan aku sebab kekadang aku ni cam pelik jer..
Tapi aku tak kisahhh..Setiap orang mesti ada KEPELIKANNYA yang tersendiri..
Betul tak?

Pun begitu aku tetap ada kawan..
Sesiapa yang memahami aku, akan rapat dengan aku sehingga dapat meluahkan segala isi hatinya serta rahsia yang terdapat pada dirinya mahupun keluarga.

Ini kisah seorang teman aku yang biasa diluahkan padaku. Aku menamakannya B. Kisah ini mungkin boleh dijadikan iktibar, pedoman atau sempadan....

Suatu hari di suatu tempat...di suatu masa, aku lihat kawanku begitu sugul sekali. Aku sungguh hairan dengan keadaannya kerana kebiasaannya kawanku ini ceria dan riang bersama kawan. Perlakuannya ini semakin hari semakin ketara hingga aku lihat pelajarannya mula terganggu dan merosot yang teramat. Dia sering kali ketiduran di dalam kelas dan dimarahi guru.

Oleh yang demikian pada masa yang sesuai, aku bersemuka dan berbual bual dengannya menanyakan perihal masalah peribadi yang mungkin dihadapinya. Apakah masalah percintaan? Atau juga masalah kewangan? Atau masalah kesihatan? Mungkin masalahnya dapat aku kongsi bersama dan mungkin bebanan yang dihadapinya dapat diringankan sekiranya diluahkan kepadaku.

Pada mulanya B begitu berat untuk memberitahu takut takut aku menceritakan kepada orang lain. Tapi sehingga saat ini aku tidak pernah menceritakan kepada siapa jua perihal yan berlaku kepadanya ini..Aku menulis di dalam blog ini dengan harapan ceritanya dijadikan iktibar dan bukan sekadar satu entry sahaja..Sewaktu itu, aku katakan kepadanya kiranya dia tidak mahu berkongsi masalah denganku tidak mengapa kerana mungkin ianya terlalu peribadi..tetapi B merasakan dia juga harus bercakap dengan seseorag tentang masalahnya kerana ianya terlalu berat baginya untuk terus memendam rasa. Aku katakan padanya sekiranya dia sudah bersedia...maka aku sudi mendengar....hinggalah pada suatu malam yang agak sunyi kerana sewaktu itu ramai kawan kawan yang pulang bermalam di rumah. B mengajak aku duduk di satu sudut di ruang study room..

'Hida, aku dah bersedia untuk luahkan perasaanku....' maka dia pun bercerita.......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nantikan ceritanya di episod yang akan datang...( he he he..jangan marah nuuu)

sekian

13 comments:

arsaili said...

salam..wah jadi counselor yer ehehe

GPI SKSV said...

To ashley,

la.. jd kaunselor ke?
Boleh le teman jemput bg ceramah kat bebudak teman di SKSV... ganti kan tempat teman.


Sejak bila pulak ghajin masuk blog sekolah teman?

Tijah said...

kak...aku pun pelik jugak orgnyer kak. kalu ko baca cerita2 kat blog aku misti ko syak aku cam riang ria jer orgnyer kan?

tapi kan...

tapi kan...

aku mmg pemalu kak...

seriyes nih. tak main2 ni der. tak caya tanya kak pah. huhuhu

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

dia buat cerita bersiri pulak dah!....


aku tunggu dan mengikuti...

ashley said...

Arsaili,
kadang kadang sesuatu masalah itu lebih mudah diluahkan kepada seorang teman...
that's what friends are for..eh cam senikta lagu le pulok..

counselor 'bidan terjun'

ashley said...

SKSV,
ha ha..
sesekali ader le kengkawan yang nak minta pendapat..

ye laaa..sesekali..
tak leh bebanyak sangat sebab kaunselor ni pun bukan ada title Dr ke aper ker..
ngeh ngeh ngeh..
lain ler Dr Fadilah Kamsah orang se kariah teman..

dan sesakali jugak aku datang tinjau blog sksv..
takleh bebanyak sangat nanti menyemak blog sekolah mu jer le pulok..

ashley said...

Tijah,
gamaknya meluahkan perasaan dengan penulisan lebih senang..kan?
he he he..
mulut cam ada mas gitu kan?
maluuuuuuu..

aku tak pemalu..tapi..
aku memang pelik..
kat kepala aku ada cam dua antenna..
cam makhluk asing gituuuuu...(sila ngangakan mulut anda)..
sebab tu jadi TERASING gitu...
ha ha ha..

ashley said...

Cikgooden,
nak boh dalam satu entry takut jadi panjang sangat..letih pulak kengkawan nak baca..
boh sikit sikit la...

DrSam said...

sesi meluahkan perasaan diwaktu bulan mengambang tu begitu meremang bulu roma...si B tu lolaki ko pompuan?

kakpah said...

anti klimaks la ko ni.

Tijah, kau memang seorang yang sangat pemalu hehe..

jus call me ida.. said...

mmm.. baru dah niat nak baca cerpen tadi..hehe

tasikmerah said...

bersambung ni yg buat aku nk karate tingkap nih....



.

ashley said...

Dr Sam..
budak lelaki takut ngan aku sebab aku suka tumbuk diorang..
ha ha ha..

kakpah...
alah..sabar le kut ye pun..
tenang tenang..

jcmi,
ini bukan cerpen rekaan..ini kisah benar..
tinggal lagi bukan 'dari mahkamah syariah' laaa...

TM,
dengar dah petikan gitar Nizam tu..takkan nak karate lagi kutttt..he he he.