Monday, May 04, 2009

Siapa yang baca..semua kena!!

Salam,
Oleh kerana dah dekat dengan 'HARI ITU' maka siapa yang dah jadi ibu atau ayah YANG BACA ENTRY AKU NI..maka SEMUA KENA TAG ngan AKU!!
No EKSEKIUS!! AKU KEJAM..ha ha ha..
( aku boleh trace gak tau siapa yang VISIT blog aku niiiii...dan kegiatan tag ini berlaku adalah ekoran dari ilham yang aku dapat setelah mendengar siaran radio SINARFM pagi tadi..sementara dalam perjalanan ke sekolah yang 10 / 15 menet jer tu )

1. SOALAN pertama : Anak pertama pompuan ke lelaki?
AKU : Pompuan

2.SOALAN kedua : Kenapa anak tu ditaruh nama macam yang dia dapat tu?
AKU : sebab aku ambik sempena nama Isteri Rasulullah yang cerdik lagi bijak.

3. SOALAN ketiga : Adakah pasangan anda menemani anda sewaktu saat kelahiran bayi pertama ini?
AKU : tak pun....aku keseorangan dan dikelilingi oleh mak bidan dan staff nurse jer!!SIAN TAU! Suami aku kat KL. Aku dihantar rumah mertua..di IPOH.

4. SOALAN keempat : Apakah kenderaan yang membawa anda / pasangan anda ke tempat kelahiran bayi pertama?
AKU : kereta datsun 12oY jiran sebelah rumah mak mertua aku. Tak silap aku warna kuning. Pastu enjinnya pulak diubahsuai oleh menantunya yang sorang tu..Eksos dipasang ala ala kereta lumba camtu...ha ha ha..mengaummm bunyinya bawa aku ke spital besar IPOH!

5. SOALAN kelima : Adakah anda cukup berani melihat saat saat kelahiran seorang bayi?
AKU: Ha ha ha..aku golak jer..9 orang anak dah aku lahir dan rasanya setakat ni jelah kut..Umur pun dah melebihi KUOTA...tapi aku tak berani le nak nengok budak keluor dari U-KNOW-WHAT (tempat keluar baby) tuuuu...lagipun heyyy..aku sendiri pun berhempas pulas sakit. TAK de MAKNAnya nak menengok nengok!!!

6.SOALAN keenam : Apa reaksi anda dalam keadaan 5 itu?
AKU : Aku tak dapat jawab sebab aku sendiri yang beranak. Tapi melihatkan suami aku yang biasa menemani aku pada kelahiran anak yang kedua, ketiga, keenam, ketujuh, kelapan dan kesembilan...
DIA TENANG, TABAH DAN VERY SUPPORTIVE!!
..he he he..
tak pengsan atau termuntah..atau pitam macam setengah setengah suami tuuuu.

WEH haiii..oooo mak nyer ko kerjakan EKK!! Pastu buek buek LOYA pulak yek! Banyak CANTIK!


ITU jerr soalan soalan BONOIH dari aku..

selamat jawab!

wassalam

8 comments:

Nizam.Ariff said...

1. Anak lelaki
2. Ada nama Nabi, ada nama aku dan ada doa.
3. Aku temani dia sepanjang masa sehingga lahir di SJMC
4. Wira
5. Aku intai-intai je, tapi tak nampak sebab aku tenangkan dia.
6. Kesian tengok dia sakit. Sayang sangat.

Sekian

kakpah said...

hehe.. nak kena jawab ke. jawab kat sini ke kat rumah sendiri. Aku tengok nizam dah jawab dah tu haha...

ashley said...

Nizam,
Boleh jadi Suami Mithali..he he he

kakpah,
kat Komentar ni pun bolehhhhh ajer!
Nizam intai intai..aku rasa sebenornya dia pun SERAM SEJUK tu..tak nak ngaku! ha ha ha..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

aku laki...tak buleh beranak!

ashley said...

Cikgooden,
soklan aku tak dak kaitan ngan siapa yang BOLEH ATAU TIDAK beranak!
jawapan lari teruih dari soklan..
0 markah!

AZANI said...

1.lelaki
2.sebab bila saya panggil dengan nama ini dia menjawab , ada respon.
3.pasangan saya yang dok meneran, saya tunggu balik tingkap, misi tak bagi masuk,hosp.kerajaan.
4. datsun 120Y Excellent.
5. yang pertama tak dapat masuk, yang lain semua saya dok sebelah sambil pegang tangan wife.
6.anxious,tapi seronok bila budak tu nangis.Alhamdulillah.

ashley said...

azani,
yang hang menyorot balik tingkap tu..mengendap ke apa???
he he he..

Ni pun kira macam nak habark kata SUAMI MITHALI le ni...

AZANI said...

he he he, siapalah saya...