Sunday, May 31, 2009

Kau bagaikan pelangi petang..

Salam..
Aku masih lagi sebak..masih lagi sendu dengan berita kematian Aizazura, seorang gadis sebaya dengan adikku yang telah pulang ke Rahmatullah semalam. Beliau ialah bekas guru Aulad Perdana yang mengajar anak anak 4 tahun, tahun lepas.

Dia bersama seorang rakan dari UKM masuk mengajar sekira kira pada cuti semester pertama sekolah tahun lalu. Datangnya ke Aulad seolah olah berkursus intensif dengan anak anak ini.
............Aaaaahhh tapi semuanya itu sekadar suatu catatan sejarah hidupnya dalam mengejar cita cita.

Hati aku sentiasa seronok melihat dia bersama Nani, rakannya itu bekerja di Aulad. Keceriaannya, senda guraunya memang menyenangkan hati. Kami ( aku dan kak Tie) selalu mengusiknya untuk mencarikan jodoh untuknya kerana dia merupakan calon yang telah bersedia untuk dijadikan suri. Aizazura pandai memasak dan menjahit pakaian serta juga diserikan dengan akhlak yang baik. Dia sering meminjam mesin jahitku dan menjahit baju kurungnya di waktu kelapangan.

Kami selalu berkata " Zura, mu ni calon baguih untuk bakal suami. Perangai berhalus..Masak pun sedap. Jahit baju macam pro."

...dan aku pernah menyuruhnya menyahit baju seragam nasyid anakku sewaktu anak aku menyertai nasyid tahun lepas.

Bekas graduan UKM ini rupa rupanya singgah di Aulad Perdana sekadar waktu sahaja. Biarpun singgahnya persis pelangi petang namun kedatangannya cukup untuk menambah seri di ruang hati kami.

Zura tidak pernah menyatakan sakitnya. Dan sememang dari rupa wajahnya tiada menunjukkan beliau menghidapi penyakit yang kronik. Namun begitu aku sering melihat bungkusan ubat yang banyak terletak di dalam peti sejuk Aulad.

Aku pernah menanyakan secara bergurau " Ni siapa yang jadi pengedar dadah kat Aulad ni pulok..."

Aku memang tak pernah terfikir langsung itu adalah bekalan insulinnya yang mesti disimpan di dalam peti sejuk. Dan aku tidak pernah terlintas untuk menggeladah jenis ubat yang disimpan itu kerana ianya dibungkus dengan rapi.

Zura selalu cakap, " Ohhhh..vitamin badan tu kak..Diet saya hari hari tu"

...dan memang aku menyangkakan budak ni makan vitamin sehinggalah dia collapsed pada hari terakhirnya di Aulad!

( ITU PUN MASIH LAGI NAK BERAHSIA DENGAN AKU!)

Pada minggu terakhirnya di Aulad, beliau telah terputus bekalan ubatnya itu. Pada hujung minggu itu pula kak Tie telah menjemput mereka yang bujang ini ke rumahnya untuk makan makan. Aizazura mengadu tak berapa sihat dan pening pening. Dan secara tiba tiba dia bertukar pucat lesi dan collapse..

"Hypoglycemia"!

Kandungan glucose yang rendah dalam darah akan menyebabkan pesakit diabetes collapse tiba tiba. Insulin yang sepatutnya disuntik pada dirinya telah terputus. Dan dia pula kurang makan hari tu. Maka apa yang terjadi? Perkara yang sama yang terjadi kepada arwah ayah aku. Zura pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Dan selepas itu baru aku tahu dia mengidap Juvenile Diabetes semenjak umurnya 15 tahun lagi. Ubat ubatan yang terdapat di dalam peti sejuk itu adalah segala 'DIET" tetapnya yang mesti dijamah setiap hari.
.
.
.
.
Rakan karibnya Nani yang menelefon aku semalam. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena bila Nani beritahu ada berita yang sedih hendak dikhabarkan..dan rupa rupanya dia telah dijemput Allah dalam usia yang begitu muda...26 tahun.

Zura,
meskipun kau telah tiada di dunia ini tetapi kehadiranmu biarpun sebentar di sini tetap mewarnai kehidupan kami dan juga anak anak ini..Kehadiranmu biarpun sebentar bagaikan pelangi petang yang cukup indah..

Innalillahiwainna ilahirajiun..
moga rohmu ditempatkan bersama dengan orang orang yang solleh.

amiiin..

7 comments:

GPI SKSV said...

Salam. berita pemergiannya ada saya letakkan di blog sksv
http://sksv.blogspot.com/2009/05/al-fatihah-buat-seorang-guru-j-qaf.html

Sumber: blog hanya persinggahan.

ashley said...

SKSV,
okay..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

isk..teruk gak diabetes ni...sebab tu dia meninggal ke kak?..

AZANI said...

semoga ruhnya dicucuri rahmat.

ashley said...

cikgooden,
diabetes ni kena jaga makan.silap makan..pengsan..lebih gula pun pengsan..kurang gula pun boleh pengsan..pastu kena sentiasa ada ubat yang tak boleh terputus..
so dia pengsan agak lama..membawa ke maut.
wallahualam...nak sampai masa..

azani,
insyaallah.

c.lia said...

tersentuh aku baca cerita tentang zura walaupun aku tak kenai dia. Orang yang baik-baik selalu dijemput lebih awal.....

ashley said...

c.lia,
allah sayang kat dia..moga dia ditemani para wildan..