Wednesday, May 27, 2009

Anak pompuan Mike Tyson mati?

Salam,

Aku baca berita anak Mike Tyson yang pompuan mati. Baru umur 4 tahun. Mati sebab tengkok tersangkut kat tempat senaman?

Selalu tempat senaman untuk bagi sihat badan kan? Tapi ironinya anak yang umur 4 tahun ni mati kat situ pulak. Bahaya tempat senaman ni tetap ada.

Kat rumah mak aku ada tali buaian sangkut kat alang rumah. Zaman adik aku kecik kecik dulu depa suka dok naik buaian tu. Tapi tak naik secara berbuai. Depa pusing pusing dengan gaya yang bahaya. Ayah aku jerkah habag kata anak India mana kat estet ada tersangkuk tengkuk kat tali buaian. Dok main lagu tu la..dok pusing pusing pusing pastu terjerut tengkuk.

Kadang kadang kita memang tak perasan menda menda lagu ni yang anak selalu dok main jadi alat pembunuh.

Simpati aku pada Mike Tyson..eh dia ni dah muslim kan?
..errrrr tak silap aku la.

sekian

9 comments:

Gurindam Jiwa said...

Itulah kalau dah ajal, dalam rumah, muda, sihat walafiat pun boleh meninggal.

tasikmerah said...

ye la tu adik ko yang main kak.... tapi ko yg ngajorkan? hihihi...

:p



.

AZANI said...

ashley:bukan saja buaian tapi mainan pun boleh membahayakan.
tentang mike masuk islam tu ada saya dengar juga...

ashley said...

Gj,
bab bab ni teringat cerit 911.ulu depa ada siarkan kat TV..mesti tragik bila abang dia umug 7 tahun tengok adik dah terkedang kat tempat senaman tu..

TM,
adik aku si budin beza 10 tahun ngan aku..
by the time dia dah mula nakal umug 5/ 6 tahun tu, aku dah jadi anak dara jelita ..anggun dan pingitan gituuu..ha ha ha..
tak main le nak pusing pusing boyannn..

azani,
mainan anak anak kita banyak made in china..paham paham aje la kualitinya..walaupun toy r us yang very strict tu..

DrSam said...

cerita ini memang menyayat hati. Kemalangan boleh berlaku dimana-mana, terutama kepada sikecil. Kena selalu berwaspada.

Dengar Mike Tyson memeluk islam semasa dipejara dulu.

Nizam.Ariff said...

Aku tak boleh naik buaian. Aku boleh mual dan muntah.



Jadi, kalau ada sesapa nak lonco aku, tolonglah jangan guna taktik buaian... aku merayu sungguh-sungguh.

ashley said...

Dr Sam,
sebab tu rasa ngeri ni.dah la anak anak aku yang berdua tu lasak juga.
abang tukang reka, adik tukang ikut..
nauzubillah..berlaku perkara yang tak diingini.

Mike Tyson tu masih 'terjaga' lagikah Islamnya??..err hopefully..


Nizam,
Macam serupa lak kita kat sini..
hang naik kapalterbang muntah juga ka?

Ni mesti part otak yang jaga balancing tu kata:-
"Muntah..muntah..pening..pening.."

errrr..lain macam pulak aku rasa! ha ha ha

Gurindam Jiwa said...

Mike Tyson masuk Islam dengan pengaruh balu Malcolm X & Nation of Islam. Banyaklah khilaf tentang Nation of Islam ini.

Apa pun semasa berkembara di US, kami lebih cenderong untuk bersembahyang di Masjid yang mengikut Sunnah wal-Jemaah ataupun Wahabi daripada masjid di bawah selenggaraan Nation of Islam ini.

ashley said...

Gj,
ooooo..gitu ker..aaa..okay.