Sunday, May 17, 2009

Pentingnya doa harian..

Salam,

Kat tadika, aku kena mengajar anak muridku pelbagai doa. Agak banyak jugalah doa harian yang mesti diajar kepada anak anak muridku ini.
Berikut ialah doa yang mesti dihafal oleh anak anak muridku..

1. Doa bangun tidur
2. Doa sebelum masuk tandas
3. Doa selepas keluar tandas.
4. Doa memakai pakaian.
5. Doa melihat muka di cermin.
6. Doa sebelum makan.
7. Doa selepas makan.
8. Doa sihat tubuh badan.
9. Doa keluar rumah
10. Doa naik kenderaan.
11. Doa sebelum belajar.
12. Doa penerang hati.
13. Doa untuk kesejahteraan ibubapa.
14. Doa kesejahteraan dunia dan akhirat.
15. Doa masuk masjid
16. Doa keluar masjid.
17. Doa sebelum tidur...


wahhhhh..kalau tengok doa ni macam tak percaya je kan? Anak anak kecik diajar DOA YANG BEGITU banyak?!! Mesti ada mak ayah yang cekak pinggang macam nak marah jer tuu..

Sebenarnya doa ini doa yang mudah mudah. Kalau diulangi setiap hari..dan dibaca semula di rumah bersama ibubapa, Insyaallah doa doa ini akan lekat di mulut dan di kepala anak anak secara bersahaja.

Bagi aku eloklah anak anak amalkan doa ini bersama ayah dan bonda mereka. Mungkin ada mustajabnya..
Doa adalah permintaan. Ia adalah pengucapan serta permintaan kita kepada Allah. Anak anak kecil ini masih bersih. Kalau mereka sering berdoa untuk kesejahteraan keluarga itu, mungkin mustajab doa mereka lebih daripada kita yang telah dewasa ini.

Kita selalu mengambil mudah tentang doa yang dibaca oleh anak anak kecil ini sedangkan kita tidak tahu mungkin mereka ini lebih jujur dan ikhlas berdoa berbanding kita orang dewasa..

Dan kita tidak tahu mungkin kesn dari doa mereka inilah kita terlindung dari malapetaka yang mungkin merbahaya kepada kita. Jadi ajarlah anak anak kecil kita berdoa..dan jangan pandang enteng perkara ini.

Ingat ye para ayah dan ibu di luar sana...anak kecil itu sesuci kain putih..
Kitalah yang mencorakkan mereka..

sekian..

8 comments:

Nizam.Ariff said...

Aku selalu suruh anak aku bacakan doa-doa lazim. Kalau dia tanya kenapa, aku cakap untuk pastikan dia ingat kalau ustazah tanya... (dalam hati, aku pun tak hafal sangat.. hahaha)

ashley said...

Cer cuba baca doa makan jap..
he he he.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

nizam..aku pun sama gak....tak la hafal sangat doa semua doa, haih..ha ha ha

Nizam.Ariff said...

DOa makan tu sempoi.... no problem. Punya la sempoi sampai baca sambil mengunyah ... ahhaha

Cikgooden, ... hahaha alasan macam-macam..

ashley said...

cikgooden and Nizam,
patutnya hangpa dua ni dah KHATAM doa harian yang sempoi sempoi ni..

kakpah said...

Memang ada bapak yang tak tau baca doa makan. Aku dah jumpa... Apara...

tasikmerah said...

kak, aku harap doa makan je yg hapalnya kak.. haih...



.

ashley said...

kakpah,
nak kena buka Tadika UMMU and ABU pulak lepas niii..
ha ha ha
..teringat cerita pendekar bujang lapok le pulak!!

TM,
ayooo TM...
hang pun nak joint Tadika kami juga ka?
wa ka ka!!
Dah dapat 3 anak murid dah ni!!