Saturday, May 30, 2009

Zura, Allah lebih menyayangimu..

Salam,
Aku mendapat panggilan telefon dari seorang adik yang pernah mengajar bersamanya tahun lepas.
Dia juga adalah salah seorang warga Aulad Perdana tahun lepas sebelum mendapat tawaran JQAF.
Aizazura graduan UKM yang ceria, baik hati dan sentiasa murah dengan senyuman telah kembali ke Rahmatullah.
Zura,
senyumanmu yang terakhir ini sempat ku rakamkan sewaktu berita engkau mendapat tawaran JQAF tahun lepas..

Kenangan bersamamu tidak mungkin kulupakan..

Zura.....
semoga dirimu berada dalam JANNAH ALLAH.

Zura...
Mungkin lukisan lukisan bungaan kita itu tidak seindah bunga bunga di Jannah Allah
tapi
ianya tetap akan mengingatku kepadamu..

Al Fatihah...
.
.
.
.
sekian

7 comments:

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

innalill Allah....
kita ni tak tahu bila ketentuannya...

kakpah said...

sebak ketika mendengar berita itu. Alfatihah buat zura. Dinding itu sentiasa menjadi bukti yang kamu pernah bersama kami. kami doakan zura aman di sana.

DrSam said...

Daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali.

Alfatihan untuk arwah. Semoga dicucuri rahmat.

ashley said...

cikgooden,
ye benar...

kakpah,
lukisan daun daun..bungabungaan..itu masih segar..
lukisan lukisan 'hati' itu diwarnakan dengan penuh senda gurau..dan kasih mesra antara kami.

Kaktie selalu gurau cakap..'Mu kaler lawa lawa..kut kut ni lah JASAMU nak tinggalkan AULAD nanti..'

aduhhhh..

Dr sam..
perginya seorang gadis yang penuh sahsiah, santun dan berakhlak baik..

Brahimnyior said...

Saya simpati kak, tengok fotonya, saya yakin dia budak baik.

Sakit apa?

AZANI said...

Innalillahiwainnailaihi raji'un

ashley said...

Izuddin,
Juvenile diabetes yang dihidapinya semenjak berumur 15 tahun lagi..

ye..dia memang budak yang baik...tahan gurau senda kami yang selalu mengusiknya.