Wednesday, May 20, 2009

Bon appetite..

Salam,
tetiba jer aku teringatkan buah geduak setelah mengomen TM punya entry..
Aku pun google image geduak..kut kut le ada..
mana le aku tahu bahasa orang putihnya apa..
rupanya buah ini juga dipanggil KERDAS??
Kerdas atau di UTARA pangge geduak ini, aku kenali waktu aku pi rumah cousin suami aku.
Isterinya perkenalkan buah ini..
Aku tanya makan lagu mana?
Dia kata buat ulam..
Aku pun try..
Tak dak rasa pun..
Biasa biasa jer..lemak lemak gitu.
Orang kata bau dia lebih hebat dari petai..
ENTAH la..
Seingat aku, aku makan tak dak la berbau sangat..
Tapi aku makan baru dua tiga kali menda ni..
Oh by the way..
Kita makan isi yang kat dalamnya yer..
Yang ni tak buka lagi!!..aku CILOK gambar ni dari blog sapa tah..'Mynisa0607.blogspot.com'
sapa punya blog pun aku tak tau..
tak pa kut nuuu..tak dak profile...
Hah..kat bawah ni gambar feveret ulaman yang paling aku suka..
Dan ulaman yang SIDIA paling tak suka..
PETAI..nama scientificnyer menda?
PARKIA SPECIOSA
bunyi semacam jer..
parking??
tapi aku tak kesah..
kalau aku dah dapat petai ngan sambal belacan atau sambal tempoyak ngan ikan goreng
atau masak lemak..
korang nak melompat ke
nak mengata aku ker..
aku buat don't know jer..
selagi petai aku tak habis..
maka jangan harap aku nak berenti makan..
begitulah sekiran kiranya kegilaan aku (atau lebih tepat keluarga aku)
dengan menda yang juga dipanggil STINK BEAN ini
stink pun stink lah..pedulik!!!
tapi kat BANGI ni mahal la petai..
jadi kurang le sikit memakannya.

Okay.. setelah ambik ambik bau ulam ulaman di atas,
mari kita berjumpa dengan teman karib geng atas tu.
SI JERING!
Korang pernah tengok JERING bersama TANGKAINYA..
dan tahukah kenapa ada peribahasa TANGKAI JERING?
Mertua aku balik dari TRONG ( asal pak Mertua aku)..
Dibawaknya balik selonggok JERING bersama TANGKAI tangkai nyer sekali.
Kuss semangat..nak ngambik buah jering dari tangkai ni punya le susah..LIAT bukan main.
Mak mertua aku kata sebab tu orang kalau KEDEKUT PAHIT jadi macam
TANGKAI JERING..
susah nak mengulur..


Ulaman di bawah ini pula rasanya pedas pedas crunchy gitu..
Sedap dimakan bersama sambal NYOK.
Ape ke mende ini?
Ini namanya pucuk gajus..
Alah..
yang ada teka keti...
'buah apa biji di luar 'tuu..
Hah..daun hujung julainya yang muda muda di makan dan dibuat ulaman TAU!!
Makanan orang kampung...
SEDAAAAPPP..
cuba lah..
tak cuba, mana nak tahuuu..



Ni dah kira NOSTALGIK campur MELELEH ayark lior ni..
Tak mau cakap apa apa.
Pucuk paku yang bukan BESI ini adalah asalnya makanan orang SUSAH tau.
Orang orang kampung yang berjimat cermat macam opah aku dulu dulu..
inilah dianya sayur sayurannya..
walaupun sebenarnya sayur sayuran ini bersepah sepah di dalam semak dan di bawah pokok pokok getah zaman aku kecik kecik dulu, sekarang ni..kemain EKSYEN lagi sayur pucuk paku ni..
SEKARANG secekak RM2.00 pun susah nak dapat yang lembut dan sedap..
adapun dijual di pasar malam ituyang KORAIH KORIH belaka..
TERCOKEK makannya...




okay okay mentang mentang le ko kecik ye..
terung pipit yang kecik molek ini susah nak aku jumpa lagi dah..
nak masaknya pun aku tak berapa reti..
sesapa..TOLONG hantar semangkuk..
aku suka!!
he he he..
kak INAAAAAAAAA.. KL
comel la nampak hari ni..
smile..and sekian
BON APETITE..
p/s..saja nak boh kat sini cakap pasal ulaman...
kut kut kakpah nak buek sambal tempoyak POTAI yang ada ikan bilis N9 yang best tu..
MELELEH AYOR LIOR..





11 comments:

kakpah said...

ulam-ulam kegemaran den. Makan kerdas tu gerenti kencing bau bucuk.

kakpah said...

aku kalau gi cameron mesti singgah gerai orang asli beli potai. Buat sambal daun kayu weh.. sodap e. Moleleh air liur dah ni.
Konduri ni nak buat sambal cencaluk taruk petai. Nak cari petai kat mana ha? Pasar ada tak..

Nizam.Ariff said...

Kalau keluarga aku, terung pipit tu buat masak sambal bertauchu.
Bawang merah, putih, halia dan udang kering ditumis. Bubuh terung pipit semangkuk, cili padi 2-3 genggam, tauchu 2 sudu dan air asam jawa. Garam tak yah bubuh, dah masin. Bubuh kicap 2-3 henjut, dan air kalau nak berkuah. Bubuh gula kalau minat. Masak jangan sampai terung kayu sangat. Cili padi tu kalau suka masa makan, gigit je la.

(Orang kata, petai tu afrodisiak... hehehe)

Tijah said...

terung pipit tu kan...buat sambal bilis cili api jer. titik2 sket humban skali dlm sambal tu. pergh!!! tak pandang dah kambeng umah k.pah...opssss!!! huhuhu....

zafi said...

adehhhhhh
an alluring ulam2 ulaman! adoi laaaa

ashley said...

kakpah..
Petai kat bang ni isi kureng...mahal lak tu!

Nizam..
macam le aku pandei bebenor masak memasak ni..ha ha ha..
petai jadi tok siak?? ishhh..

Tijah,
ko tak per le main humban humban jer..
aku masak, silap silap periuk yang TERhumban masuk dalam tong sampah..
ha ha ha

Zafi..
anda orang baru ek kat sini...welkam..yer ulam memang sedap di makan.

tasikmerah said...

laaa... itu ke ropenya buah kerdas yg blom berkopek. aku haram tak pernah tengok. sungguh bandor kan aku. ha ha.

aku la ni kak dah tak bulih makan petai ler.... hangin satu badan. haih....



.

ashley said...

TM,
aku pun naive macam ko juga..walaupun 40 tahun lebih dah idup..ha ha ha..

Nizam.Ariff said...

Afrodisiak la kak.
(pembangkit nafsu)
Orang Cina bagi tau, masa tu singgah Bidor beli jambu...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

genuak bagi 'haring' bilik mandi buleh la..ha ha ha.

ashley said...

Nizam,
Cam tak sesuai jer..
nafsu tidak perlukan petai untuk dibangkitkan...

cikgooden,
hang bela HERING dalam bilik ayark ka?
ha ha ha..
(Haring sama ertikah dengan HERING?..he he he)

carikan saya maksud HARING
carikan saya maksud HERING