Thursday, May 14, 2009

Serangga zaman aku kecik dulu!!

Salam..

aku jalan jalan kat blog orang. Sekali entah macamana aku terjalan masuk kat blog seorang makcik yang kaji serangga.
MARIA-( blog seorang entomologist). Dia tunjuk gambar binatang ni..
Eh eh..aku kenal benda. (terima kasih sebab bagi info yang begitu berguna)

Rupa rupanya serangga kecil ni namanya ant-lion.
Nama scientificnya apekemende : Euroleon Nostras
gitulah..kira kiranya.
Apa yang menarik tentang binatang kecik ni ialah zaman aku dok main pasior bawah bawah ghumah kat Batu Gajah, Perak. (Ghumah Pak aji Nali yang ayah aku sewa dulu....no 32 jalan Kelab, Batu Gajah tuuu)..binatang ni cukup le banyak...Dia diam dalam tanah. Berlubang lubang habis pasior bawah ghumah kami tu..Lubang kecik kecik leerr. Ada besor besor kuku gitu lubangnya.
Lepas tu pulak, aku ni rajin ngorek ngorek ghumah kediaman demer ni. Aku cari yang besor besor. Ada masa aku ajak demer berlawan sesamer demer. Ada masa nyer pulak aku ikat demer dengan ghambut. Lepas tu aku bior demer masuk dalam pasior balik...Bila dah gitu, aku tarik balik demer keluor...(kira macam siksa jugak lerrr...ISH!! ISH!! doserr nye le!!) tapi waktu tu seronok jer..Tak ada raser bersalah ke aper ke.
Yang dalam gambor tu sebenornya peringkat anak tau. Kalau yang dewasa, dah boleh teghobang. Idak hidup dalam tanah lagi. Yang anak ni ler yang aku berkawan selalu...
Ish ish ish....NOSTALGIK ler binatang ni!

12 comments:

kakpah said...

Dah lama tak jumpa menatang tu. aku kecik kecik dulu suka gak main benda ni. Sebijik macam yang hang buat.

alberangque said...

Mak Pak kena cerita pengalaman macam ni kepada anak-anak sebabnya mereka tak akan ada pengalaman begini lagi terutama yang tinggal di rumah banglo ke, rumah teres ke atau rumah falt. Yang boleh mengalami keadaan itu ialah mereka yang tinggal dirumah bertiang tinggi dan ada pasir atau tanah dibawahnya serta boleh main ketinting. Saya juga punya pengalaman yang sama. Budak lelaki lagi hebat...

Nizam.Ariff said...

Ishh... aku pun main benda yang sama juga. Aku panggil benda tu undur-undur. Aku main kat rumah kawan sebab rumah aku rumah bawah.

Aku selalu main 'pancing-pancing' dengan menatang tu. Mula-mula cari 'umpan', menatang tu jugak, dengan cara meniup gumuk nye dari atas. pasir akan terbang sikit-sikit sampailah nampak sekor. Lepas tu, ikat pakat benang (rambut lelaki pendek) dan masukkan ke 'rumah' yang lain. Bila dah lawan dan lekat, aku tarik le keluar, gaya org pancing.

Kadang-kadang, satu rumah ada 2 ekor. Aku syak mesti dia orang tu tengah khalwat!...

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ha ha ha..aku ingatkan gambaq kutu

ashley said...

Kakpah..
wonder gak..sekarang ni ada tak lagi serangga ni? Serangga kecik pun boleh nostalgik kan?
kecik kecik pun kita dah jadi 'entomologist'...apekemende..
ha ha ha..

ashley said...

pak Usop..
kalau budak lelaki gamaknya dipicit picit perut binatang tu...tak pun buat umpan ikan ker..

ashley said...

Nizam,
engko ni memang lagi hebat dalam kajian bab bab pembiakan, persenyawaan dan segala kegiatan yang sewaktu dengannya...patutnya engko jadi PAKAR sakit TUAN!
ha ha ha ..

ashley said...

cikgooden,
...kutu TANAH!
...yang dimain dan yang bermain dengannya..

tasikmerah said...

kejap. mengkome ni beranak zaman bile ni weh...? ngape teman haram tak jumpe pun menatang kat teluk intan sane. aku pun main pasiyor juge... tak pulak jumpa.

bukan kutu ke tu kak?



.

tasikmerah said...

eh... ramei juge blogger perak mari ni ye... kak, raya esok aku nk datang romah kamu. aku tak kira. lepeh pegi romah kamu, aku nk pegi romah kak pah (err.. kak pah org perak juge ke....?). lepeh tu aku nk pegi romah nizam. lepeh tu romah cekguden. ha ha.



.

.

ashley said...

teluk intan tu pasiornya lain..
Batu Gajah pasiornya, pasior bekas LOMBONG...lain ler sikit.
jenis debuuu gitu..

kutu? tapi dia tak lekat kat mana mana haiwan tau..
dia makan semut...
tapi dia sendiri sebenarnya bukan semut..

yang ini peringkat anak. Bila besor, dia ada sayap macam kelkatu gituuu..tapi panjang..macam dragonfly pun ada gak!

aku lahir zaman bila?..ha ha sekira kiranya zaman enam puluhan le.
tak der rahsierrr..

ashley said...

kakpah oghang NOGORI..sebab tu kamcheng noo dengan TIJAH awek carlos tu.