Saturday, May 23, 2009

Niagara Falls - ciptaan Allah yang mengasyikkan

Salam,

Pada musim panas tahun 1988, iaitu sekiranya dalam bulan Julai atau Ogos begitu ( aku tak ingat dah tarikh tepatnya ), aku bersama 5 rakan dari Evansville menjelajah ke Canada dengan menempuhi East coast terlebih dahulu. Di East Coast, kami singgah di beberapa bandar besar iaitu Washington D.C, New York dan Boston. Kemudian apabila naik ke Utara (Canada) kami ke Ottawa,Toronto dan Montreal. Untuk pengembaraan kami di Canada ini, aku tidak dapat mengingati bandar mana yang kami singgah dulu dan bandar mana yang kami singgah kemudian...mungkin ada kawan aku yang boleh tolong recall..

Sebenarnya tujuan utama kami mengembara ialah menuju ke destinasi indah...satu ciptaan Allah yang begitu mengasyikkan.
NIAGARA FALLS..sebuah air terjun yang terdapat di sempadan antara negara Canada dan Amerika Syarikat.

Melihat dan merasai satu ciptaan Allah yang begitu hebat ini tidak dapat digambarkan dengan kata kata. Maha Suci Allah....menjadikan sungai sungai yang mengalir laju serta luas dan kedapatan air air terjun di antaranya bertujuan supaya makhluk makhluknya mengambil menafaat dan iktibar..

Image 'heli-view' inserted from 'Largeniagarafallsphotos.com'

Semasa aku di sana, aku dan 3 rakanku telah menaiki bot untuk melihat dengan lebih dekat lagi air terjun tersebut. Perasaanku sungguh teruja sewaktu itu. Dengan percikan air yang kami rasakan daripada hamburan air terjun yang sungguh besar dan kuat itu. Kemudian suasana kendahan air terjun itu dihiasi dengan satu lingkungan bulatan pelangi petang. Sinaran mentari memancar ke arah titis titis percikan air menghasilkan lingkungan bulatan pelangi tersebut.

Image of American Falls inserted from 'largeniagarafallsphotos.com'

Bagi dua rakan kami pula mereka lebih teruja untuk menaiki helicopter kerana ingin melihat gambaran keseluruhan tempat ini dari atas. Bayaran yang dikenakan sewaktu itu tidak silap ialah 30 dolar satu kepala.

Cuma apa yang agak mengecewakan..sewaktu itu aku tidak mempunyai kamera yang cukup bagus untuk mengambil gambar gambar yang lebih menarik. Sungguhpun begitu aku masih tetap menyimpan kenangan indah itu di dalam kotak memoriku.



Night image inserted from 'www.niagarafallslive.com'
Kami berada di sini bermula dari sekitar tengahari sehingga senja. Kemudian kami beransur untuk ke destinasi kami yang seterusnya. Walaupun ada suara suara sumbang rakan yang berkata " Apa lah buang duit nak pergi setakat TENGOK AIR sajer " tapi aku rasakan pengembaraan ini "Every single cent spent was WORTH IT!"..
**( ..dan satu pengalaman yang PALING MENERUJAkan ialah solat kami tetap dijaga dan kami SELAMBA dek solat kat padang mana mana yang kami rasakan sesuai..walaupun MAT SALLEH geleng gelengkan kepala....ha ha ha..)

Night image inserted from 'www.niagarafallslive.com'
* All the pictures above are not mine. They are the property of 'largeniagarafallsphotos.com' and 'www.Niagarafallslive.com'.
sekian..




15 comments:

AZANI said...

ashley:alahamdulillah, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung,tak kira dimana seorang muslim dan muslimah akan tunaikan tanggungjawab,saya yang hanya melihat gambar, takkan dapat merasakan apa yang awak rasa.

tasikmerah said...

bila lah aku nk sampai pulak...



.

ashley said...

TM,
InsyaAllah..
kalau ada rezeki sampaaaaiii..
mana tahukan kut anak TM nanti belajar sana...
boleh gi visit dia..

tak pun kut dapat masuk ongkos dari memblogging ni.

ashley said...

Azani..
perasaan kegembiraan itu terasa umpama mimpi pun ada gak..
sebab waktu form five setakat belajar geografi tentang Amerika Utara..tentang tasik dan sungainya.. sekali dah sampai di situ..subhanAllah..

c.lia said...

yela, tak tergambar perasaan masa tu.

c.lia said...

Yang bestnya kita sampai mana-mana bandar buka aje phone book kat public phone cari nama melayu. Just call je, dapat tempat tidur dan makan free. Itu ukhwah sesama saudara senegara.

ashley said...

c.lia,
ha ha ha..
yang buka phone book kat phone booth tu yang kelakar..
aku kena marah ngan makcik operator sebab ingat kut dia dok cakap french lagi..
pastu aku suruh dia cakap english..
dia jerkah : "I AM SPEAKING in ENGLISH.." mujurk dia tak leh ketuk pala aku tru the phone..kuang kuang kuang..

weiii...
aku rasa aku nak cerita pulak memori kita kat Montreal Botanical Garden yang dekat ngan Stadium Olimpik tu..
ha ha ha..

Nizam.Ariff said...

Aku gi air terjun lata kinjang je la. tak pun kat latar iskandar...

ashley said...

Ala Nizam...
sekali sekala nak kisahkan jugak zaman aku merayap kat US dulu..
jangan ler cam sedih jerrrrr..

LATA KINJANG tu aku dah 4/5 kali singgah..
Tengah tengah panas ..lalu hiway ajak suami singgah..
GASAKKK..pastu habis anak anak cepelun masuk sungai tak nak keluag..

Hmmmm lata Iskandar tak pernah lagi..

ashley said...

Lata Iskandar tu yang ke Cameron tu ker??
kalau yang tu memang tak singgah sebab susah nak parkir.
kereta selalunya banyak..
Baru 2 kali jer pun gi Cameron...ha ha ha..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

niagara fall mungkin tak kesmpaian...
tapi fall di batu kurau ni pun dah cukup A bagi aku...
mai la sekali sekala...

ashley said...

cikgooden,
Zaman aku kecik kecik dulu aku dah puas gak la berkubang kat ayark terjun ngan sungai kat Batu Kurau tu wehh..
ayah aku mengajark kat Sekolah Dato' Kamruddin semenjak tahun 1975sampai nak dekat pencen laa....
derian anak murid dia pun jenoh pulun makan gak laaa..

tapi kalau nak pi bawak anak anak aku..nanti aku suruh SIDIA cari abang sepupu hang..depa kawan baik dulu!

PerantauSepi1306 said...

yahhh, solat tak kira tempat kan, asal masuk waktu pasti kena lakukannya...yang pasti indah sungguh bumi ciptaan ilahi ni..

Gurindam Jiwa said...

Pergi Niagara Falls 1988? Oooo yang dalam bot pakai spek hitam ala Emilia Contessa tu ke?

he he...

Ingat tak baju hujan yang kena pakai tu? Baunya punye la busuk! Baik tak pengsan.

Sekarang ni setiap pelancung diberikan baju hujan yang baru yang boleh dibawa pulang sebagai cenderahati.

Apabila berada di bawah air terjun itu, memang terasa kebesaran Ilahi.

ashley said...

perantausepi,
ye..memang benar tapi susah juga nak dilakukan kalau ikut apa orang lain sangka..
Gamaknya apa yang dalam benak kepala otak orang putih tengok orang Islam tunduk bangun- tunduk bangun tengah padang.

GJ,
oh ye ker..dah boleh bawak balik baju hujan tu??
Itu sudah bagus..
Ye lah asyik pakai baju lepas orang lain pakai..
ha ha ha..mesti le hapak..
Tapi nak naik bot punya pasal..GASAKKKKK..
mujurk tak da lagi VIRUS h1N1..