Monday, May 04, 2009

Bintang RTM - Sudir

Salam,
Setiap kali aku dengar lagu Sudirman ( Pelangi Petang), aku rasa sayu..
Entah pasai apa..

Dulu dulu aku peminat Sudirman. ( la pun kalau dok dengar lagu lagu Sudir...aku NOSTALGIK)Tapi satu kaset dia jer yang aku beli ORIGINAL. Yang aku keluar dari duit aku sendiri. Yang lain lain tu kebanyakannya dibeli oleh mak sedara aku yang minat gak ngan Sudir.
(tapi tak ORI..yang CETAK ROMPAK belaka..sayang duitttt kui kui kui)

Dulu makcik makcik pun minat Sudir..especially time dia baru baru menang Bintang RTM dulu. Tak silap aku tahun 1976 kutt..ker 1975??
Kutt la... aku pun dah konpius.
Jamal Abdillah pun menang Bintang RTM gak. Entah tahun berapa tah..Si Kuda Hitam Juliza Adlizan tu pun menang Bintang RTM gak. Zaman tu pakat tengok habis la Bintang RTM ni...
Habis satu neighbourhood dok cerita pasal Sudir.

Waktu aku darjah enam, 1979, Lagu Sudir yang Top ialah lagu 'TOYOL' tu. Lagu ni si Aznil Hj Nawawi yang juga minat kat Sudir tu telah perbaharui..
Tahun tu, kalau pi mana mana jer, budak budak macam aku dok nyanyi lagu TOYOL.
Bila lagu Aznil (TOYOL) tu keluag kat ERA, anak aku pasang, aku nyanyi la juga..tetiba depa kata.."Ish..Ummi hapai lagu TOYOL AZNIL NI!!"

Aku kata..ITU lagu SUDIRMAN laaaaa!! Lagu kurun TOK NADOK!
Time aku kecik kecik dah KELUAG lagu tu. Memang la HAPAI!!
he he he...

Sudirman berlakon gak. Cerita 'KAMI'. Cerita tu tak le HIT sangat..tapi ada message. Suka dalam sedih ceritanya..Tapi bagi aku, lakonan Sudir tak berapa menyerlah seperti lakonan PARTNER NYANYIANnya si NoorKumalasari.
Dulu dulu Sudir selalu nyanyi ngan Noor.
Ada Sudir maka ada NOOR.
dan aku mesti nak tengok persembahan diaorang..KAT TV!
Kena marah ngan abah atau mak pun, aku buat tak tahuuuuu jer.

Alahai..Mak marah marah pun, time Sudirman datang Taiping dalam tahun 1982..Buat TOUR.
WAHHH kemain lagi... habis pergi tengok KONSERT SUDIRMAN!
Chewahhhh..
Tapi waktu tu aku kat sekolah di Perlis. Punya BENGKEK sebab adik aku si OMAN dan sepupu aku si BAHRIN (yang tinggal di rumah aku waktu tu) DUDUK kat KONSERT tu DEPAN DEPAN sekali..BARIS DEPAN!!
Siap ambik ambik gambar ngan Sudir..
NYAMPAH dan JELES aku bila balik dan melihat gambor gambor TU!

Tapi time aku balik cuti kat Malaysia dan kebetulan adik aku si OMAN pula nak berangkat ke USA dalam tahun 1989, aku bertembung ngan SUDIRMAN kat Airport Subang. Sudirman pakai jaket labuh Hitam. Spek Hitam. Topi Hitam. Sarung tangan HITAM ala ala Mike Jackson gitu. Sudirman hantar anak sedara dia ke Airport. Kebetulan anak sedara dia yang pompuan tu sebaya si OMAN, adik aku tu dan satu FLIGHT ke USA.

Waktu aku terserempak ngan Sudir, aku macam tergamam. Rasa nak senyum ..Rasa macam nak shake hand ..tapi aku TAK lah nak jerit jerit pulak..Last last aku hangguk jer kepala dan senyum tunduk tunduk malu gituuuu..
(Kalau shake hand, tak batal ayor sembayang sebab dia pakai sarung tangan..he he he..TAPI tak kan aku LOGHAT kuutt..malu le sikit!!!!)
Sudirman kecik dan rendah jer orangnyer. Dan itu lah kali pertama dan terakhir aku bertemu Sudir secara LIVE!!

Sayuuuu terkenangkan saat itu sebab orang yang TERKENAL ini akhirnya dipanggil Allah juga.
Hebat mana pun kita..
Ramai mana pun peminat kita.
Tiba masa, akhirnya jasad akan hancur..
Dan yang tinggal hanya nama..

AlFatihah..

Akhirnya aku nak letak senikata lagu PELANGI PETANG ni kat sini..
Perhatikan...SEDIH kalau dengar Sudir nyanyi lagu ni...
Sekian..


Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

14 comments:

AZANI said...

Ashley:arwah sudir ni bila buat konsert all out, anak saudara dia Atai, tak ikut jejak pakcik si Cokman.
Memang dia tak panjang jodoh dengan Kay, tapi hairan juga kenapa dengan NorKumalasari tak sampai kahwin?

ashley said...

Azani,
aku pun tak tau la cerita cerita artis ni. Mesra Sudir ngan Noor sebab mereka sekadar penghibur yang serasi di pentas.

Kisah Sudir sakit pula aku selalu baca tru kartun dia..yang lain lain aku rasa ramai penulis TAK SANGGUP nak dedahkan.

Kebanyakkan penulis akhbar atau majalah masa dulu begitu menyayangi Sudir!

Gurindam Jiwa said...

Sayang kematiannya agak misteri dan kontroversi.

Saya minat lagunya Hujan, lirik oleh Habsah Hassan. Tengok di TV dia nyanyi lagu tu diiringi Orkestra RTM dengan bersahaja.

Hingga sekarang saya berpendapat, kalau betul pandai nyanyi, tak payah nak goyang ponggong pun, nyanyiannya sedap.

kakpah said...

akupun minat sudir ni. talented dari banyak segi.
Aku teringat lagu masa dia nyanyi kat bintang rtm " hey big spender!!!"
Kitorang ubah jadi "big size spende" hehe..

Nizam.Ariff said...

Lagu mula-mula yg aku ingat ialah basikal tua muzik video dgn makcik sukarni jaafar. AKu minat lagu Hujan, liriknya fuhhh.. membuai jiwa.

alberangque said...

Puan Ashley, Saja nak beri tahu!!
Mr Sudirman tu classmate saya masa form 6 dahulu di Sultan Abu Bakar School of Kuantan. Kami sama-sama dalam kelas Biology (1972-1973). Walau bagaimana pun umur kami berbeza dua tahun. Saya lebih tua sebab melalui Remove Class masa nak naik sekolah menengah (dari sekolah melayu ke english school) dia pula pernah express class masa di primary school.
Semua budak melayu di Science Stream di form 6 fail HSC. Lepas itu dia masuk private school di PJ buat HSC Arts. Saya sambung buat diploma di UPM (Dip Sc Ed) untuk jadi cikgu. Jadi banyaklah cerita tentang dia di sekolah menengah yang saya tahu sebab kami tinggal sama-sama di Asrama SABS. Itu aje TK

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Suara org lama...aku suka..selain sudirman, alleycat (david0..

aku suka suara Uji Rashid...lemak merdu gitu...haih.

ashley said...

He he he..rupa rupanya ramai juga ORANG ORANG LAMA kat sini...

Gurindam Jiwa,
Aku pun masih tertanya tanya sampai ke hari ini..walaupun ada desas desus yang mengatakan hmmmmm...biarlah...hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Anyway..tak tahu itu adakalanya lebih baik juga.

ashley said...

Kak pah..
bab bab mengubah senikata lagu ni kakpah MEMANG ada bakat..
Idea mencurah curah gitu!
Ngeh ngeh ngeh..

ashley said...

Nizam,
aku pulak kalau dengar lagu HUJAN, aku PUN HUJAN sekali...
ha ha ha ha..

Pak Usup-Alberangque,
WAH!!TAK sangka!!
Boleh le saya korek rahsia SUDIRMAN..
he he he..
pastu buat buku!
Ya lah..Sudirman pun asal Pahang gak.

Cikgooden..
Suara orang lama..yang medengarnya pun GENG DAH LAMA!
he he he..

Si Bahrin pernah habark kat hang tak yang dia pergi Konsert Sudir?
hag pulak tak turun ka dari Batu Kurou..time tu hang
dalam derjah nam.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

dak la...aku tgk konsert pun bila aku start dok Ipoh ja..

bahrin Tahir tak la sembang macam tu..ahahahh...Lama sungguh tak jumpak dia..aku nak scan gambaq team bola kami champ perak, masa coke cup..nak masuk blog..ha ha ha...biaq dia meleleh tengok!

ashley said...

cikgooden,
aku pun TAK JUMPA dia semenjak balik dari USA. Dia pun dok OBERSi. Time dia balik tak pernah terjerembung sekali ngan time aku balik...walaupun obersi dia kat SABAH tuuu..
ngeh ngeh nanti kalau aku ada rezeki pi Sabah Serawak, aku visit dia.InsyaAllah

Tijah said...

bleh nanges kan dengar lagu nih...

ashley said...

Tijah,
sekali sekala nanges okay la tuu..
Lagu Sudirman dialunkan dengan penuh perasaan.Liriknya membawa message tersendiri..Sebab tu tersentuh gak hati mendengarnya.