Tuesday, May 05, 2009

Kisah sepupu aku..Si Bahrin.

Salam,

Sebenarnya aku nak dedicate entry kali ini kepada Cikgooden. Sebab musabab kenapa aku nak dedicate pada dia adalah kerana si Bahrin ini merupakan salah seorang kawan sekolah lamanya. Kawannya ini pula kebetulan sepupu aku. ADIK pupu.

Okay..
------------------------------------------------------

Aku ada seorang sepupu. (Tapi bukan seorang ni jer sepupu aku). Yang ni yang agak rapat dan tertua...yang lain lain kalau sebelah mak KEBANYAKKANNYA sama baya ngan ANAK aku!!

he he he...

Sepupu aku ni namanya Bahrin. Dia anak sulong kepada abang sulong mak aku. Waktu kami kecik dulu, aku memang rapat dengan dia. Tapi bila semakin membesar, dia lebih rapat dengan adik aku si OMAN. Si Oman setahun lebih muda dari Bahrin ini. Aku pula tiga tahun lebih tua dari Bahrin...he he he so Cikgooden kena RESPEK aku sebab aku lebih TUA errr what I mean lebih SENIOR dari dia...he he he..


Since Bahrin ni anak nombog satu maka dia banyak tanggungjawab...dan memang dia pun jenis yang BERTANGGUNGJAWAB budaknya. ( kira macam kak aku juga laaaa..ha ha ha..bukan cam aku) Bahrin jenis yang tak banyak cakap. Sepatah tanya, sepatah dia jawab. Kalau dengan adik aku si Oman tu kena sangat la..sebab si OMAN tu boleh tahan gak BISINGnya dulu dulu....( ngumpat kejap adik aku si OMAN tu..rasa rasa dia baca tak?? BINI dia baca kutt...dalam diam diam.! )

Adik beradik si Bahrin ni ada 8 orang semuanya tapi yang tengah tengah jer pompuan. Yang lain semua lelaki. Kalau pergi rumah mak ayah dia, macam tak de orang jer sebab budak lelaki ni suka MENGHOIBKAN diri..Mereka ada hanya bila tiba waktu makan!! ha ha ha ..

Selalunya si Bahrin ni lah yang jadi tukang tunggu rumah. Dia ni memang jenis dengar cakap. Senang disuruh..Aku pun hairan macamana le dia boleh sabar dengan karenah adik adik lelakinya dulu.

Oleh kerana, adik beradiknya ramai dan lasak lasak belaka maka takkala Bahrin darjah 5, ayahnya meminta tolong mak ayah aku mengambil dan menjaganya di Semanggol. Kebetulan pula di rumahku sewaktu itu hanya ada si Budin dan Si Oman sahaja. Elok sangatlah mereka berkawan. Aku, kakak, mak sedara semuanya dah berada di sekolah menengah. Mak sedara yang seorang lagi pula dah berkahwin.

Ayah Bahrin hanyalah seorang Attendant hospital. Mulanya bertugas di Hospital Kuala Kangsar. Kemudian berpindah ke Ipoh. Sewaktu di Ipoh, mereka hanya tinggal di kawasan setinggan. Jadi untuk memudahkan pembelajaran Bahrin yang akan menduduki penilaian darjah 5 maka mak dan ayah aku bersetuju menjaga dan menyekolahkannya di Semanggol.

Apabila bersekolah di Semanggol, Bahrin jadi agak terkenal. Bahrin terkenal sebab kehandalannya bermain bola sepak. Dia pun terpilih menjadi anggota skuad BOLA SEPAK sekolah..

Adik aku si Oman pula?hmmmmmmmmmm...
he he he...

(si Budin dan si Oman ni PENYOKONG kuat TEPI PADANG JER!!!..kutuk jangan tak kutuk!!)

.....oleh kerana nak naikkan juga TARAF AIRMUKA si Oman...maka aku nak habag mai..Dia adalah AHLI PASUKAN BOLA TAMPAR MAKTAB TENTERA sewaktu dulu....
JANGAN kutuk lebih lebih nanti kepala aku pulak dia ingat BOLA TAMPAR ...

kui kui kui..

Si Budin??? Si budin?? Errrrr...Si Budin ni aku tak tau sangat la....errr ko masuk sukan apa kat sekolah dulu BUDIN??? he he he....SEPAK TAKRAW?
kepala aku jangan ko ingat BOLA TAKRAW pulak yerrr
ngeh ngeh ngeh..


okay..cukup! cukup dah kuota mengutuk dua adik lelaki aku tu! Sambung cerita..



Kisah si Bahrin dan si Oman ni cukup menarik takkala demam piala dunia tahun 1982. Time tu aku form three.
Oleh kerana aku, kakak dan mak sedara si Azian tu masih kat sekolah menengah maka Piala Dunia ni kami tak la dapat ikuti sangat. Tapi berbeza betul dengan apa yang berlaku di rumah.

Mak aku MEMANG suka tengok BOLA SEPAK!! ha ha ha..

Kena pulak si Bahrin ni tukang tiup semangat nyer..Maka berkobar kobar lah mak aku, adik aku dan si Bahrin menonton siaran bola sepak Piala Dunia itu. Aku cuma ingat satu nama sahaja. ZICO!..itu pun sebab adik aku dok sebut sebut sangat nama tu. Mungkin juga ada nama cam SOCRATES. Entah lah..


Selain dari mengikuti siaran SECARA LANGSUNG bersama sama mak aku dan adik aku, Bahrin selaku PERANCANG dan adik aku si OMAN serta SI Budin sebagai PENGIKUT setia telah menjadi PENGUMPUL gambor gambor Pemain BOLA SEPAK Piala DUNIA masa tu. Habis gambar dalam surat khabar, majalah, kad kad, poster dan tah haper haper lagi ...bila ada jer gambar pemain yang demer suka, demer akan KUTIP, potong, lekat, tampai samada kat dalam buku koleksi atau kat dinding dinding BILIK!

Nak tahu ape jadi TIME KAKAK AKU balik DARI SMAWP??


Oleh kerana kakak aku ni agak STRICT maka segala gambor gambor PEMAIN YANG PAKEI SELUOR PENDEK tuuu kena koyak dan diturunkan dari dinding dinding dan siling bilik mereka itu..MASUK DALAM TONG SAMPAH!!
ngeh ngeh ngeh..
SIAP KENA BERLETER lagi..

'Apa tampai tampai gambor orang macam tu kat dinding..Malaikat RAHMAT tak masuk rumah! Tak ada berkat..' kata KAKAK aku..

( BETUI LER TUU..tapi sekarang ni kalau boh gambar keluarga kat dinding errr Malaikat RAHMAT masuk rumah tak?.....hi hi hi...tanyer jerrrrrr)


Maka budak bertiga yang bermuka MONYOT itu terpaksa menerima hakikat kehilangan koleksi gambar gambar kat dinding especially GAMBAR POSTER pasukan kesayangan DEMER..

AKU???? errrrr aku tak masuk campur..tapi SIAN gak le nengok demer tu!!

GITUlah kekdahnyerrrrr...

SEKIAN




8 comments:

GPI SKSV said...

Sabor aje le...

Gurindam Jiwa said...

Phuh! Ada MISTER depan nama kiter tu ye? Jangan main!

8-O

ashley said...

SKSV,
he he he..
sebab aku tahu adik aku tu penyabor orang nya maka aku BERANI kutuk rapat rapat!!
Cuba dia buat kepala aku cam bola takraw..jenuh juga kena LAMBUNG!

ashley said...

GJ,
alahai..kalau boh depan nama tu 'MISS' jadi lain pulak kang!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Ya..setahu aku masa dok izzuddin, bahrin kata dia org Ipoh...tak tahu pulak dia dok semanggol...

Rasanya, Lukman kenai jugak bahrin ni...

(Mampuih tersedak bahrin,,,nama dia disebut2..ha ha ha)

yang aku tahu, dia amat setia dengan izzuddin...lepas sekolah, dok maktab pun dengaq cerita dia train lagi team sekolah...

bila dah lama, banyak benda yang ingat ingat lupa..almaklumlah...tapi kalu jumpa banyak la cerita...

ashley said...

Cikgooden,
memang la mak ayah dia dok Ipoh. Tapi waktu dia derjah 5 dan 6, dia dok rumah kami. Sekolah kat Semanggoi sebelum masuk Izuddin. Waktu masuk Izuddin tu, ayah aku uruskan.

Pak dia bangga habis sebab harapan pak dia nak tengok anaknya jadi Ustaz tercapai!!

GPI SKSV said...

menambah sikit..

kalau tak silap.. Us Bahrin ni dah sambung belajor kat Univ Msia Sabah.. dalam bidang sains sukan.. tak tau le dah grad ke belum...

ater dah dia mmg minat bola... nak buat tesis pun pasai bola le gamaknya..

kat sabah pun, dia wakil PSKPP team bola Sabah.. dulu.. (skrg tak tau la...)

___

Pss.. kat SKSV, teman layan.. takraw dgn ping-pong... hehehe...

ashley said...

SKSV,
nasib komer le weehhhhh...
layan jangan tak layan. nanti kempunan lak!!!
wakaka..ka ka ka..
bukan senang nak tengok UCETAD libas melibas bola ni..