Saturday, May 16, 2009

Kelas 4 sains 3, 1983

Salam,



"Bangunnnn...Selamat pagi, cikgu!" kata ketua kelas aku, si Justin Augustinus. Waktu itu adalah giliran Justin menjadi ketua kelas 4 sains 3.

Itulah kelasku. Pada tahun 1983 di Sek Men Sains di Perlis itu.



Setelah selesai peperiksaan SRP dalam tahun 1982, semua kelas dirombak semula untuk penempatan pelajar. Penempatan pelajar tidak langsung berasaskan keputusan peperiksaan SRP jadi penempatan ini kelihatan lebih adil kerana terdapat kepelbagaian pelajar di dalam kelas ini. Ada yang memang bagus..ada yang kurang sedikit tetapi yang penting semuanya mendapat AGGREGATE tidak melebihi 12 dan mesti mendapat sekurang kurangnya 6 jika dicampur keputusan Matematik dan Sains.


Itu zaman aku.

Sekarang mungkin lain cara pengiraannya. Nak sambung semula ke sekolah itu mungkin paling kurang 6 atau 7 A...

MUNGKIN?!!
Aku tak tahu..



Pada mulanya, guru kelas aku masih kucar kacir..Asalnya ialah AKDA..nama gelaran guru Geografiku, En Ishak Darus. AKDA ialah initial nama nya yang sering ditulis di kertas kertas soalan periksa. Nama itu lekat terus menjadi panggilan kepadanya...AKDA sekadar mengisi kekosongan guru kelas. Dia bukanlah guru kelas kami yang kekal. (AKDA sekarang menjadi salah seorang PENGETUA di sebuah sekolah di Perlis)



Kami juga tidak punyai guru Matematik Tambahan yang benar benar kekal. Cikgu errr.... (besar bagai ..)JOHAN yang menjadi guru Matematik Tambahan sementara! Cikgu ini ada janggut sejemput..ha ha ha..dan sering memeningkan kepala pelajar apabila mengajar.

Tapi aku rasa, aku tak ada masalah dengan cara pengajarannya.

Ujian pertama kali diadakan aku dapat 72%!!
No bad for ADD Math subject..
...waktu itu....!!


Kami juga tiada guru subjek Kimia..

Inilah perkara yang benar benar menggegarkan jiwa kami sebagai pelajar tingkatan empat! Semua guru guru subjek Sains yang ada di sekolah itu di dahulukan ke Tingkatan Lima..kelas yang akan mengambil peperiksaan besar. Kami pula terpaksa menunggu guru guru BARU untuk dihantar ke sekolah oleh kementerian.


Seingat aku waktu form four inilah, subjek Bahasa Inggeris aku mula MERUDUM. A2 yang aku perolehi sewaktu SRP tidak dapat dikekalkan..Mungkin disebabkan KEKURANGAN guru. Guru yang mengajar subjek BAHASA INGGERIS untuk set B waktu itu adalah guru BAHASA MELAYU yang biasa berada di luar negeri!!..dan amat malang, aku pula tidak berapa MENGGEMARI CIKGU ini.



Guru Bahasa Melayu kami juga merupakan guru bahasa Inggeris aku di SET B. Minta maaf ..tapi cikgu ni telah membuat beberapa incident yang tak mungkin kami lupakan di kelas itu...
OH!! Aku tak nak sebut namanya kerana beliau juga adalah seorang penulis buku buku Novel Remaja...cukuplah hati hati kami di 4 sains 3 itu dilukai dengan karenahnya.
Mungkin kami juga melukai hatinya serta tidak memahami sikapnya..

MUNGKIN!!



Setelah sekian hari menunggu, cikgu yang sepatutnya menjadi guru KIMIA sekaligus guru kelas kami pun tiba...Cikgu Haron Dali. ( sekarang ini di Sek Men Teknik, Sg Petani)
Cikgu Haron mulanya nampak macam GARANG. Dengan misai melenting. Muka macam nak makan orang..(buat buat GARANG jerr) tetapi antara cikgu yang paling SPORTING!!!

Cikgu Addmath pula adalah cikgu Masriyah Tasripin....orang Jawa dari Johor yang agak takut takut sewaktu mula nak mengajor! he he he..Macamana lah dia nak confident sebab sewaktu belajar dia ambil pengkhususan dalam subjek BIOLOGY tapi disuruh mengajor ADDMATH pulak subjeknya!
Aiiii..bayangkan cara cikgu ni mengajar pada mulanya.. Mujurlah ada seorang dua anak murid yang dalam kategori MANTOP bersama sama menolong memperbetulkan kesilapan kesilapan kecil yang sering dilakukan oleh cikgu BARU ini.



Cikgu yang paling dihormati sekali ialah Us Abdul Mala Al-Hafiz. Ustaz BUJANG lepasan Al-Azhar ini antara cikgu BUJANG yang kemas dan teratur..PUNCTUAL! Tidak suka marah marah. Cikgu yang penuh disiplin dan berhemah mulia ini disegani bukan sahaja oleh pelajar tetapi guru guru lain di sekolah kami. Waktu pengajarannya tidak ada siapa yang berani ponteng. Tidak ada siapa yang berani mengantuk atau tidur. Tidak ada siapa yang berani masuk lambat kalau sebelum waktu itu 'bersiar siar' ke perpustakaan.

Mungkin di waktu subjek lain ada pelajar pelajar yang berani berani-takut... memonteng kelas dengan pergi ke perpustakaan tetapi waktu subjek AGAMA ISLAM, selalunya kelas penuh!


Suatu incident yang paling aku tidak dapat lupakan tentang Ustaz Mala ialah beliau telah memberi MARKAH 0% kepada dua pelajar di kelas aku yang cuba cuba nak meniru sewaktu peperiksaan penggal. Yang ingin meniru pun dapat 0%, yang memberi untuk ditiru pun 0%.

Selepas incident itu, tiada siapa ingin meniru aau memberi tiru atau getting caught RED HANDED ketika cuba cuba meniru...( cuba lah kalau berani..) Ustaz ni ilmunya tinggi. Dia boleh menundukkan budak yang nakal jadi baik. Budak budak mana pun kalau dengan ustaz Mala habis jadi segan silu..Tundukkkkkk. Mungkin sebab title AL-Hafiz nya itu atau mungkin juga disebabkan contoh tauladan dalam tindak tanduk serta perlakuannya sebagai seorang MUALLIM!! wallahualam..

Inilah sebahagian dari guru guru yang dapat aku sebutkan namanya. Ramai lagi yang telah sama sama menabur bakti dan jasa pada aku serta juga kawan kawanku. Mungkin ada yang telah pergi menemui Pencipta..

Kepada guruku semenjak dari awalan kelahiran iaitu ayah dan bonda. Kemudian di dalam darjah satu di SK Batu Gajah, seterusnya di SK Gunung Semanggol lantas ke Sains Perlis dan menuju menara gading di Shah Alam. Menjelajah ke IIT, Chicago serta semua guru guru Al-Quranku....dan kepada GURU GURU di luar sana, aku doakan kesejahteraan untuk semua!

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU..moga ilmu yang ditaburi menjadi bekal buatmu di akhirat nanti. InsyaAllah!!

7 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Guru. Puan pun guru juga lagi hebat darpada yang mengajar bebudak yang dah besar.
Tahniah kerana meningati nostalgia lama. Memang ada guru yang hebat dan ada juga yang lembek. Biasalah kan guru itu manusia juga. Tetapi hari ini guru-guru di sekolah kerajaan disibukkan bukan dengan pengajaran tetapi dengan kerja-kerja perkeranian, dokumentasi dan program-program sambuatan. Tak sempat nak berkreatif untuk P&P.
Sekali menjadi guru selamanya dia adalah guru.

ibundo said...

Selamat hari guru kat hang.

Cikgu-cikgu kita ntah ingat entah tidak kat kita tapi kita tetap ingat pada diorang.

Unknown said...

selamat hari guru...terkenanglah pulak dgn cikgu-cikgu masa sekolah dulu..

ASH said...

Pak usup Al-berangque,
I think, the government should cut all the nonsense..report yang tak habis habis..
For me..kekadang report tu BUAT syarat jer..
kalau dah cikgu sampai tak terdaya nak tengok latihan kerja anak anak murid macamana dia BUAT LAPORAN??

Dulu cikgu memang went through kerja anak murid. Nilai kesilapan yang mereka buat. Jumpa anak murid pula. Beriahu apa kesilapan mereka..anak murid pun semangat nak perbaiki. Sekarang cikgu SIBUUUKK memanjang..

Sepatutnya kementerian kena ujudkan jawatan pegawai pegawai khas untuk kerja kerja extra begitu di sekolah. Yang mengendali kerja LUAR bilik darjah..BUKAN CIKGU yang nak kena BUAT segala galanya! Itu pendapat saya...yang tak bekerja di 'sekolah' ini..he he..smile.

kakpah,
cikgu Haron, guru Kimia saya tu dah jadi Guru Penolong kanan kat sekolah teknik.
Kawan baik saya pula jadi cikgu kat sekolah tu..
Masa kawan saya tegur dia, dia susah nak recall...almaklum anak murid yang dah 20 tahun lebih diajari!!
ha ha ha..kawan saya terpaksa tunjuk gambar lama..
tapi sebenarnya biarlah kita TETAP mengingati mereka...
sebagai GURU yang pernah mengajar kita!

Kak Ina KL,
Kak Ina mesti ada peristiwa yang lucu waktu kat kelas kan? Ambik subjek SRT tak zaman zaman form 1-3dulu...
Saya ambik..
Cikgu nyer kuat berleter..
Letih menahan telinga!!ha ha ha..

aza ni said...

saya takkan lupa jasa guru yang merotan saya dulu, kalau tidak tak jadi manusia.

arsaili said...

salam..selamat hari guru yea...moga dirahmati ALLAH selalu...

ASH said...

azani,
bagi aku rotan di kaki mungkin lebih baik daripada TEMPELING di muka sehingga jatuh berderai kacamata pelajar!
Dan rotan di kaki juga mungkin lebih baik daripada flying kick ala BRUCE LEE ke perut pelajar!
...well..

arsaili..
moga Allah memberkati ilmu ilmu yang anda perolehi jua!!