Saturday, May 23, 2009

Adegan yang tidak ingin kau lihat..

Salam,

Sewaktu mengembara ke Canada bersama 5 rakan dari Evansville dalam musim panas 1988, kami sempat singgah di bandar bandar di Selatan Canada seperti Ottawa, Montreal dan Toronto.

Semasa di Montreal, kami sempat melawat Stadium Olimpiknya. Kami melawat masuk ke dalam stadium pada waktu sebelah pagi. Selepas itu kami terus ke Montreal Botanical Garden yang terletak tidak jauh dari kawasan Stadium Olimpik.

Di kawasan Botanical garden itu terdapat taman taman yang cantik dan di jaga rapi. Ada taman Jepun, ada rock garden dan ada juga Chinese garden. Sebenarnya tujuan asal kami ke Botanical garden ini adalah untuk makan kerana perut kami sudah lapar dan jam juga telah menunjukkan waktu tengahari. Kami berkira kira untuk membuka periuk berisi nasi dan bekalan ayam goreng juga sardin yang telah kami sediakan di rumah pelajar Malaysia sebelumnya. Konon kononnya hendak makan di kawasan cafeteria yang disediakan..


Alahai alahai..terlalu ramai orang makan di situ dan mereka pula tiada yang MEMBAWA PERIUK NASI DAN BEKALAN makanan seperti kami. Semuanya makan makanan ya dibeli dari cafeteria tersebut..

Kami pula TAKKAN nak buat scene yang bagus dengan membuka periuk nasi di situ..
ha ha ha..
jadi seorang rakanku memberikan cadangan...



" Kenapa tidak kita berkelah saja di bawah pokok besar itu...'anjurnya.


Hmmm... bagus juga cadangan kawanku itu. Jadi kami semua bersetuju dengan cadangannya.


Kami dengan gaya yang bersungguh sungguh mengambil segala bekalan kami dari bonet kereta dan bersedia untuk 'having a nice picnic under a tall tree'..he he he..Al maklumlah..dah lapar benar..

Nak bentang tikar dan nak buat cam English style gitulah kiranya..

Sebaik sahaja kami atur periuk nasi..keluarkan bekas ayam goreng dan kuah sardin di bawah pokok tu....TUP TUP sampai lah pakcik GUARD BOTANICAL GARDEN...
'Excuse me...but you cannot have a picnic here..There is a sign there'
SOBONARnya ada tulis papan tanda, ' No stepping on the grass'..ha ha ha..
Alangkan 'Stepping on the grass' pun tak boleh..ini pula nak makan makan sambil rehat rehat bawah pokok cam kat Malaysia!! Ngeh Ngeh Ngeh..
Kami pun minta maaf kat pakcik Guard tu..MACAM bodoh pun ada rasanya..tak tertengok papan tanda tu... Malu giler pun ada sebab Mat ngan Makcik Salleh tengok kami semacam jer..
Tetapi dalam pada tu kami gelak besar juga sebab dok rasa taman tu kami boleh buat sesuka hati macam taman taman bunga kat Malaysia..
Dan akhirnya kami semua makan ajer lah kat dalam kereta kami yang terletak di kawasan parkir..ambik pinggan... taruh nasi, taruh ayam, taruh kuah sardin..MAKAN....tak yah nak picnic picnic.TAK KENA TEMPAT!!
Montreal Botanical Garden tu memang bukan tempat berkelah. Ianya dijaga rapi....
Dan sepatutnya kami yang kena perihatin kerana sebenarnya memang ada tempat lain yang pihak berkuasa tempatan benarkan untuk buka bekal dan berkelah sepuas hati!!
SILAP KAMI!!
ha ha ha..biasa lah kan..FOREIGNER!
# gambar gambar di atas menunjukkan persekitaran di dalam Montreal Botanical Garden, Canada.
sekian

18 comments:

Cikgooden said...

jika di kawal ketat...dah tak best la pegi situ kak?...


baik taman kat bangi. nu...Taman cempaka....macam2 depa berkelah kat situ..

cempaka ka?..aduihh lupa la pulak...

ASH said...

Cikgooden,
Montreal Botanical Garden di jaga rapi kerana banyak spesis pokok pokok yang susah nak hidup. Tujuan botanical garden diujudkan di sini adalah lebih kepada mengkaji spesis spesis pokok dan bunga bungaan....

Kat kawasan yang dipanggil 'park' memang tak ada masalah untuk lepak lepak, makan makan atau mancing mancing..
Cuma setengah setengah 'park' ini boleh dikunjungi di waktu SIANG sahaja..MALAM TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI!!

Tetapi terdapat juga 'PARK' yang membenarkan perkelahan dan bermalam..dan siap boleh pasang khemah dan adakan barbeque!..

Kepelbagaian 'PARK'..
jadi kena pandai pilih 'PARK' mana yang sesuai dengan aktviti yang nak diadakan.

...kat Bangi tu namanya Taman Tasik Chempaka. Boleh jogging, lepak dan main..tapi takleh MANCING..atau berniaga sesuka hati. BARU ni aku tengok MPKJ mai rampas joran..

DrSam said...

nasib baik tak ambil pucuk-pucuk muda kat taman tu buat ulam.

ASH said...

dr sam..mujurk tak sempat lagi...ha ha ha!

Brahim Nyior said...

Wah, sampai begitu sekali diorang jaga taman, ye kak?

Kita, taman yang disediakan jadi tempat berasmara remaja miang, yang akhirnya bila memboyot, buang bayi yang tak bersalah tu merata-rata.

Tapi foto taman yang disertakan tu, memang aman dan tenang...

ASH said...

Berahimnyok,
hmmmmm..kat Botanical garden ni takleh la nak berpacaran..STRICTLY PROHIBITED!!

kat 'PARK' lain..belum tentu lagi..
ada yang lebih teruk dari di Malaysia.

siap wild party lagi!!

mat ngan minah salleh ni selalunya adakan party..waktu party party begini mereka selalunya bepasangan dan mabok..
lepas tu..
hmmm tak ingat dunia dah!

setiap tempat ada menda yang kita boleh ambik iktibar dan panduan..ada juga yang kita boleh ambil untuk jadikan sempadan dan peringatan..

Nizam.Ariff said...

POkok tongkat ali ada depa tanam tak? pokok ketum?

ASH said...

Nizam..
Isshhhh..
Lupa la nak perati..
Hang pi siasat tengok...

ibundo said...

hehe.. bekelah lam kreta je la hangpa ye. Pernah sekali aku mencangkung nak buat susu baby kat satu shoping kompleks di new york. Berlari pak guard dia datang. Dia ingat aku nak keluarkan bom ke hape..

Tijah said...

kak...donga cito eh jadi org kuek kenduri semlm. takdo gamba ko? hehheheh

c.lia said...

Syoknya teringat kisah lama. Rasa macam mimpi aje pi kat sana. Pada aku Canada is much more beautiful than US. Bila lagi la nak sampai ke sana....

PerantauSepi1306 said...

jauh sungguh pengembaraann.. opss sori salam ziarah kembali.. lama saya tak mai kat sini ;D

aza ni said...

ashley
kadang kadang kagum dengan usaha masyarakat barat ini menghargai tumbuhan dan haiwan ciptaan Tuhan,mereka akan pelihara,tani dan ternak sebaik mungkin teringat saya pakar botani DAVID BELLAMY

ASH said...

Kakpah,
kalau tidak masuk paper..
HEADLINE lagi!!
ngeh ngeh ngeh..

Tijah,
orang kuek?? kuek makan..ha ha ha
gambor aku tak dibenarkan diambil....TAKUT luak.
gambar orang lain, aku ambil!!
ngeh ngeh ngeh.

ASH said...

c.lia,
aku pun entah berapa kali dok termimpi pi balik US..
lawat tempat belajark had lama..
tup tup terjaga...
ish mimpi jerrr..

aku rasa kalau memandang keadaan sekarang dengan dok sebok tunggang langgang ngan anak anak ni..
HARUS jer la nak sampai lagi kat sana..
hang mungkin boleh kut...
anak tak merenyut sangat..

aku pun rasa Canada memang cantik compare ngan US yang lebih serabut..

ada 3 negara yang aku dok teringin nak pi. Turki, Iran ngan New Zealand lak..ha ha ha..
cam mana la kut nuuu..

ASH said...

perantau sepi,
biasalah kalau jadi students tumpang dah ada kat sana..bak ungkapan kata-kata 'jauh berjalan luas pemandangan'....saya patut link kan dengan blog yang lagi satu la..
blog photo cam sepi jer..
tak dak gambar baru yang menarik ke?

azani,
mana yang baik tu kita ambil buat tauladan..
had mengarut serabut dan merepek repek tu kita jdikan sempadan.

tasekM said...

saja tau nk buat malu org meleysia. ha ha.



.

ASH said...

TM,
ha ha ha...
tak per..kami tak pakai baju bendera Malaysia waktu tu..