Tuesday, April 14, 2009

Seandainya..

Salam,


Dalam mengharungi kehidupan ini, kita seringkali menghadapi situasi genting yang membuatkan kita berasa serba salah. 'Ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Adakalanya perkara perkara ini di luar jangkaan kita. Kadang kadang ada kawan lama yang suatu ketika dulu begitu rapat dengan kita datang merayu rayu pada kita untuk menolongnya. Tak ditolong, kita begitu kasihan kerana dia adalah kawan baik kita. Bila dah ditolong, entah kenapa kita pulak yang ditimpa kesusahan akibat perbuatannya. Bak kata orang, 'susu diberi, dibalasnya tuba'. Atau juga seumpama 'melepaskan anjing yang tersepit di tengah jalan'.


Kita menolong kawan kerana mengingatkan bahawa kewajipan kita sebagai seorang muslim. Tetapi yang peliknya apabila tiba tiba kita pulak yang susah akibat perbuatannya itu, dia langsung tak ambil kisah, tak ada rasa bersalah walaupun sebesar hama sekali pun..

CIS...kawan apa namanya TU!


Aku terkenangkan suatu ketika, ada seorang kawan yang datang merayu rayu suamiku untuk menolongnya membuka syarikat. Hampir setiap minggu dia datang berjumpa dengan suami aku untuk mendapatkan idea suami yang sememangnya berupaya untuk memberikan butiran dan keperluan yang dikehendaki sehinggalah atas pujuk rayunya suami aku dijadikan SESEORANG dalam syarikat IMPIANNYA itu...dan suami aku melepaskan jawatan selesanya di tempat kerja yang tersedia ada.


Dalam masa dua bulan yang pertama, suami aku pergilah bekerja setiap hari menolong 'syarikat' itu untuk kerja kerja 'SET UP'. Dan titik peluh suami aku tu seolah olah hanya kerja 'SUKARELAWAN' kerana tiada dibayar duit gaji, duit minyak atau duit belanja makan!

Hai..pakcik ni pun BETUI BENDUI le jugak..sehinggalah aku face to face dengan my husband!


Apalah diharap pada orang yang beiya iya begini. Menyuruh kita bekerja dan set up bisnes untuknya sedangkan duit gaji dan duit perbelanjaan seharian tidak sedikit pun diberinya. Anak bini, duit rumah dan duit kereta semuanya perlu dibereskan. Aku pula TIDAK BEKERJA. Sekadar menjadi suri rumah tangga.

Hari berganti hari...
Lama kelamaan suamiku tersedar dirinya DIPERGUNAKAN oleh seorang KAWAN ini....
CARI KERJA BALIK..6 bulan juga mencari cari kerja..Hampir habis duit simpanan digunakan semasa IN-BETWEEN JOB itu. Perit juga la ..

Kadang kadang memang ada kawan yang sebegini. Tidak memikirkan orang lain. Yang difikirkan hanyalah kesenangannya sahaja. Bila kita susah, tak nampak BAYANG atau BATANG HIDUNGNYA dah...Time dia susah, kemain lagi baiknya..

BISNES?? hmmmm pandai pandai lah dia..
( ko nak? ko sambung le belajar ekonomi ke, perbankan ke atau ape ape yang sewaktu dengannya..set up bisnes pisang goreng lagi ada PAEDAH..)

sekian..

6 comments:

Nizam.Ariff said...

Sekarang apa jadi kat orang tu?

kakpah said...

kat luar sana memang ramai orang yang suka memperkudakan dan memperbodoh-bodohkan orang. Cuma kita je yang perlu berhati-hati. Tapi kadang-kadang dalam berhati-hati itu pun terkena juga.

ashley said...

Nizam,
entahlah..kami tak tahu..
tapi aku rasa dia masih hidup lagi laaa..

kalau dikenang kenangkan memang geram..

Tapi since suami aku ni jenis yang berlapang dada dan pemaaf, sentiasa mengenangkan hikmah di sebalik kejadian, dugaan dan rintangan hidup jadi dia tak kisah sangat..lagipun semuanya telah berlalu. Mungkin rezeki kami bukan bersama dengan orang sepertinya..ada baiknya juga...

kakpah,
hidup ni ada manis dan pahit kan?
good thing jadikan panduan..
bad thing jadikan sempadan..
lagi tuo umur, lagi macam macam..
aku harap anak anak muda jadikan cerita ini sebagai sempadan.

AZANI said...

ashley:kalau nak dikira macam macam cara kita terkena, ada yang pujuk rayu minta tolong,tapi semuanya usaha kita, hasil tak dapat, dia dapat laba.Ada juga mintak tolong kita jamin, bila dapat duit pinjam dia lesap tak bayar.
Dunia dunia. Betul, yang terlepas itu bukan rezeki kita.

ashley said...

Azani,
sebab tu malas dah nak jadi PENJAMIN..sesiapa pun suami aku dah decline. Adik beradik ke, sahabat baik ke...sahabat lama ke...minta maaf..sebab bukan sekali jer terkena.Kita ni pulak banyak TANGGUNGAN..tak pasai pasai nanti anak kita pulak tak bersekolah.

AZANI said...

Ashley:saya setuju, kadang kadang kena jadi kejam demi untuk kebaikan diri.Bukan semua tapi segelintir ni buat kita jadi selfish