Sunday, April 12, 2009

Hari Kecemerlangan Murid SMKJ3

Sabtu,11 April 2009
Telah berlangsung majlis penyampaian hadiah serta sijil bagi meraikan murid murid serta guru yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum di SMK Jalan Tiga.
Maryam telah balik dari MRSM semenjak hari Khamis lagi kerana kebetulan ada minggu bahasa dan MRSM Kuala Lipis menjadi tuan rumah.
Seronok sungguh si Maryam dapat jumpa kawan kawannya yang ada juga balik dari sekolah Teknik, SBP dan MRSM yang lain. Terdapat ramai juga kawannya yang mendapat result yang MANTOP tetapi masih meneruskan lagi pelajaran di SMK Jalan Tiga meskipun mendapat tawaran ke SBP.
Kelihatan gambar di bawah barisan pelajar yang mendapat 8A dalam PMR 2008.
Maryam bersama dengan rakan baiknya..
' Ummi..tak nak pergi balik lah ke MRSM Kuala Lipis' kata Maryam.
'Ish......dah pergi, cikgu kamu kata BELAJOR BETUL BETUL! DENGOR cakap cikgu tu!'

Ye..bukannye lama pun..
2 tahun jerrrr..


Sekian..

5 comments:

GPI SKSV said...

Slm.

Cerita la sikit.. ape sebab musabab dia 'tak nak pergi balik ke MRSM' tu...
mungkin ada 1-2 personal problem... parent tanya.. then try to settle.. kita tak leh biarkan dia pergi.. dgn terpaksa..

ada jugak.. anak kwn2 saya.. yg dah masuk SMKA.. rasa tertekan sbb pressure dr senior.. (bukan buli fizikal, tp mentally)

ashley said...

SKSV,
Dia rasa MISSED sangat ngan kawan kawan lama. Maryam ni memang NGAM ngan kengkawan...Dia pun rindu untuk berKELAHI ngan adik adiknya. Dia rindu dengan TANGISAN melalak lalak si MAWADDAH..ada rasa kesunyian..rasa pelik bila dia study bukan dalam kesesakan adik adik.
Dia kata pergi 3 minggu rasa macam 3 tahun dah..lamaaa sesangat.

Tapi umminya cakap kawan kawan dia pun ramai yag dah keluar dari SMKj3 tu. Umminya nak dia concentrate study. Kalau kat rumah, dia yang selalu tolong ummi jaga adik adik kecik jadi takut terabai masa study.

Masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan suasana BERASRAMA.
kena bangun awal.
kena pergi prep.
kena pergi keluar main.

tapi dia dapat satu benda baru la yang dia rasa agak menarik...
Main alat CAKLEMPONG..
he he he..
aku kata belajar la..main alat tradisional..okay pe..

lagi satu dia suka dapat solat berjemaah ngan kengkawan..

kena bagi TIME sikit untuk adjust hidup di sana.
Ummi dia tak memaksa dia pergi. Hari tu dia yang beriya nak pergi..

Aku kata kalau dah pergi, bulatkan TEKAD..jangan mengalah dengan keadaan dan perasaan!

amacam?

AZANI said...

alhamdulillah, semoga anak anak terus berjaya dan berjaya.

Nizam.Ariff said...

Pesan kat dia, kehidupan di asrama akan dikenang dihari dewasa kelak, percayalah...

ashley said...

Azani,
alhamdulillah.itu yang diharapkan. berjaya di dunia, berjaya di akhirat..

Nizam,
mungkin dia masih dalam culture SHOCK..
bukan senang untuk adaptasi dengan keadaan di asrama.
ye lahh..kat rumah agak agk NGANTUK tidor je..
kat asrama semua pakai JADUAL!