Wednesday, April 15, 2009

Apa rasanya kalau orang mengata bangsa kita pula??

Salam,

Melayu pemalas..
Melayu kuat rasuah..
Melayu tak sayang agama..
Melayu cakap besar..
Melayu biar papa asal bergaya..
Melayu suka rehat, tak suka kerja..
Melayu tak reti meniaga..
Melayu gila kuasa...
Melayu suka hiburan tapi tak suka ilmu..
Melayu tak open MINDED..
Melayu tak tepati janji..
Melayu kerja tak bersungguh..halai balai jer..
Melayu tak tepati waktu..(JANJI WAKTU MELAYU..ha ha ha a common one)

MELAYU...LAYUUUU..seperti namanya??
amacam..??
racist ke kalau orang lain pula mengata kita?

hmmmm..aku memang le tak setuju dengan statement statement di atas..
tetapi tengok lah di sekeliling anda..

terpulang..

smile..and don't get mad!

7 comments:

AlamNasyrah said...

Tak semua Melayu mcm tu. Melalui pemerhatian saya, I can say that org Melayu yg betul² Islam bukan mcm tu. Maksud saya, kalau Melayu yg betul² mempraktikkan amalan Islam...then dia bukanlah Melayu seperti yg akak list tadi. Sbb org Islam yg sejati should be very good dalam semua perkara...mudah²an.

Saya bukan org Melayu. Tapi saya tidak menyebelahi mana² bangsa. Yg penting kita adalah org Islam yg baik, insyaALLAH ;)

Nizam.Ariff said...

"Aku setuju! Aku setuju! Aku setuju!"
Kadok tersengih-sengih menampakkan barisan gigi-gigi kuningnya.

"Apa yang kamu setuju tu?" Tanya Tok Ketua.

"Apa-apa pun, Tok. Ashley kata, aku setuju. AlamNasyrah kata pun aku setuju" Kadok masih tersengih-sengih macamkerang busuk.

"Apa Ashley kata? Apa AlamNasyrah kata?" Taok Ketua menduga.

"Entah! Tapi aku setuju... hahaha. Kita perlu kekalkan identiti bangsa Melayu, Tok. Kalau tidak, kita akan hilang dari dunia."

"Identiti Melayu atau Melayu yang Islamik?" Tok Ketua.

"Entah, Tok. Melayu yang Melayu lah Tok" Jawab Kadok.

"Melayu yang mana satu?" Tok Ketua.

"Entah lah, Tok. Ada Melayu lagi ke Tok...?"

"Entahlah, Kadok" Balas Tok Ketua dengan lemah...

alberangque said...

Orang Melayu ni kalau tak ada Islam maka jadilah ia seperti mereka di Pulau Bali itu yang beragama Hindu atau mungkin yang lebih dari itu seperti orang asli yang hilang kitabnya kerana dimakan kerbau.
Jadi kalau Melayu nak maju mesti berpegang teguh dengan ajaran Islam bukan jadi Islam baka sahaja.
Islam baka tu maksudnya, masa lahir ikut Islam, masa mula baligh ikut Islam, masa kahwin ikut Islam dan masa mati nak ikut Islam. Yang antara dari itu dia ikut kehendak hati. Ikut perasaan, lupa Quraan dan lupa sunnah.

AZANI said...

Setuju!Setuju!Setuju dengan semua,tapi bersyarat.Apa syaratnya jumpa di blog kita,tajuk susur galur.

ashley said...

Thank you all for giving good comments..

nizam,
Karang satu cerpen lagi mengenai isu warna kulit boleh tak?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

betui..kalau melayu yg cakap, memang kita di cap racist..kalu bangsa len cakap,.. tak pulak racist..

Melayu sangat baik, bahaya tuh. <--- kata kawan aku budak indon yang sama study..

dia pun cukup risau apa yg melayu buat kat sini.dia kata , org Melayu lembut sangat. Baik sangat..

aku cukup paham apa maksud dia.

Beringat2 laaaa..

ashley said...

cikgooden,
aku rasa orang Melayu juga kena belajar prinsip Tai Chi juga kut..
Ada kelembutan..tetapi ada juga ketegasan..

Mungkin..