Saturday, April 25, 2009

Ayahku wartawan BERNAMA..

Salam,

Selain daripada menjadi guru sepenuh masa, ayah aku sewaktu hayatnya adalah seorang wartawan sambilan. Dia adalah wartawan BERNAMA. ( officially la..aku rasa..)
Waktu aku kecik dulu kat rumah aku ada TYPEWRITER yang ayah aku gunakan untuk kerja kerja penulisannya. Dulu ayah ada menyimpan keratan keratan artikelnya yang tersiar di akhbar. BANYAK!! tapi aku rasa sekarang ni semuanya dah tak da lagi..DAH DIBAKO. Sebab selalunya fail ayahku ini tidak tersusun rapi. Selalu menyebabkan semak dan merupakan tempat pembiakan CIK TI..he he he.

Zaman aku sekolah rendah, aku rajin gak mengelebek artikel artikel ayah yang tersiar itu. Ada keluar kat Utusan Malaysia, ada keluar kat Utusan Melayu, ada kat Berita Harian, ada kat Mingguan Perdana..( Mingguan Perdana ni sebuah akhbar tabloid...zaman aku kecik, orang suka baca artikel yang di bawah tajuk 'Dari mahkamah Syariah...' tapi ayah bukan penulis artikel artikel tu. he he he..)

Rumah aku sering dikunjungi oleh orang yang tak dikenali. Aku MEMANG tak kenal siapa mereka ni..Entah kenapa..nak apa ...mana lah aku tahu. Tetapi kadang kadang aku sesibuk juga memasang telinga sembang sembang ayah aku. Nama nama yang biasa aku dengar yang menjadi kawan kawan ayah aku dulu ialah seperti errr En Subky Latif , Us Ahmad Awang ( in fact ustaz ni classmate ayah ), pak menteri Dato' Hamid Othman dan sebagainya. Menjadi seorang wartawan memang la kena kenal ramai orang dan mestilah selalu sibuk. ( atau setengah orang kata Tukang menyibuk)

Tapi sewaktu mengejar mencari berita inilah, ada satu perkara yang paling ayah aku sebut sebut. Insiden yang berlaku dalam tahun 1972. Ayah kemalangan jalanraya sewaktu menaiki van untuk membuat liputan berita di Lumut, Perak.

Aku pun masih ingat babak di hospital selepas peristiwa itu.

Sewaktu kemalangan itu, ayah tercampak keluar dari van. Van itu kemudiannya menindih ayah. Menimpa bahagian kakinya. Tak silap aku kaki ayah sebelah KIRI.(.errr ye ke..aku pun tak pasti..hmmmm) Di waktu kejadian itu, kawan kawannya yang juga cedera cuba mengangkat van itu beramai ramai.
Ayah kemudiannya berjaya diselamatkan dan di bawa ke hospital. Sewaktu aku menziarah ayah, perasaan aku rasa sayu juga tapi ye lah..aku pun kecik jer waktu tu....macam tak mengerti apa apa sangat tentang kejadian itu.

Kalau terjadi apa apa pada ayah waktu itu..hmmmm 3 beradik ajelah kami..kakak, aku dan adik aku Si OMAN.
maka..Budin dan lain lain akan hanya wujud di alam awang awangan sajalah....smile..

ALHAMDULILLAH..

takdir tidak begitu..
ayahku selamat tetapi mendapat SATU PHOBIA yang agak sukar ditangani.
Ayah PHOBIA untuk memandu kereta...dan sebenarnya arwah ayah tidak pernah mempunyai LESEN MEMANDU KERETA...!!

...begitulah seadanya.
sekian.

9 comments:

4 'so' bersaudara... said...

Salam mak ngah..

Lokasi kejadian ialah satu selekoh tajam area Changkat Keruing - Pantai Remis.

Apabila kami lalu jalan tu kami selalu teringat kejadian tu...

alberangque said...

Salam, dari Pak Usop.
Satu cadangan dari saya. Ajak adik beradik tulis sorang sedikit tentang personal yang penting itu. Untuk apa ye? Untuk anak-anak ingatkan dia, untuk cucu-cucu kenal dia. Untuk menantu-menantu fahami falsafah dia dan untuk besan-besan buat kefahaman. Lepas itu bukukan kalau rasa tak ada orang nak baca simpan sebagai manuskrip tanpa terbitan tetapi tersimpan sebagai bahan sejarah untuk hari kemudian bagi tatapan cicit-cicit yang datang kemudian. Sekian.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

makngah!

aku dulu suka jugak baca mingguan perdana...bahagian mahkamah Syariah tu..he he he

ashley said...

4 bersaudara,
okay..I take note of the place..uuu speakeng..

alberangque,
thank you for the suggestion. i'll think about that too. to gather all the info..but this blog somehow is like a gathering of info too. the exact data, date, place lebih banyak bergantung pada ingatan anak anak yang TUO TUO..
he he he

cikgooden,
hmmmmmmmmmmmm...aku pun heran pasai apa orang dok suka sangat artikel dalam ruang tu ye..
hmmmmmmmmmmmm...

kakpah said...

cerita tentang ayah hang ni memang patut dibuat buku. Macam kata pak usop tu, buat ingatan anak cucu cicit.

Nizam.Ariff said...

err... mak ngah...
Aku pernah tergolek dgn arwah bapak kat selekoh di Bidor, naik motor, aku bonceng. Aku cuma jatuh bergulung-gulung ke tepi jalan tapi arwah bapak terseret dengan motor. Aku rasa dia lebih banyak luka dari aku tapi dia yang bangun berlari dapatkan aku dulu yang calar sikit je. Sayang seorang ayah...

ashley said...

Kskpah,
masalahnya anak dia yang ini bukannya handal macam ayahnya yang boleh olah ayat ayat yang mengancam..
penulisanku sekadar picisan picisan luahan hati jerr..tu yang agak sukar tuu..
MUNGKIN ANAK ANAK YANG LAIN BOLEH KUT..
i don't know..

Nizam,
weiii..hang pun dah berjangkit dari cikgooden?
sejak bila hangpa berdua ni jadi anak sedara aku?
ha ha ha..
kalau 4 bersaudara TU KOMPEM LA!!
bai de way,
Nizam..
pak aku tak pernah ROTAN aku dan semua anak anaknya...(eksyen!!)
PAK HANG?

4 'so' bersaudara... said...

Mak Ngah.. cdgn Pak Usup tu bagus. Tapi, kalo rasa berat utk buat secara formal.. teruskan je apa yg mak ngah buat skrg. Asalkan mak Ngah ikhlas dgn penulisan ni. Kos nya pun minimum. Nanti kalo dah ada modal, kita copy n paste je dari sini.. Amacam?

ashley said...

Copy and paste???

Dulu waktu Mak Ngah kat US ada gak kengkawan yang jenis suka menxerox homework homework mak ngah..

nak tahu apa MakNgah buat kat demer?

MAK ngah XEROXkan muka demer kat MESEN tu..
kui kui kui..

KEJAM dan GANAS tak Mak Ngah?