Saturday, April 25, 2009

Imbau kembali..

Salam,

Bila aku baca komen entry pasal perangai anak murid aku maka biarlah aku imbau kembali kenangan zaman aku kecik kecik dulu.

Aku dulu tak pernah tadika. Zaman aku tadika kemas tak de lagi. PASTI pun entah tak wujud lagi. Jauh sekali nak ada tadika tadika Islam persendirian kepunyaan orang orang Islam. Yang medium bahasa Inggeris hanyalah terletak di Church orang orang Kristian yang terkenal dengan nama KINDERGARTEN.

Kindergarten ni bayarannya mungkin bagi orang dulu dulu mahal la walaupun hanya RM10 sebulan.
Zaman aku kecik, mak aku belanja sehari RM2 pun tak habis. Serba serbi barang boleh dibeli ngan harga seposen..Ikan lima posen. Taugeh secekak badak lima sen. Udang dua posen. Kalau cabai seposen dapat belambak!!

Ehhh...korang jangan le gelak...

BETULLL....oleh kerana dulu aku tak pernah tadika jadi pepagi aku selalu sebok sebok temankan mak aku pergi market kat pekan Batu Gajah, Perak. Aku tahu ler..sebab balance dari dua hengget yang tak habis tu boleh le aku dapat ais kepal ke atau ais krim potong ke..Tu yang best ngenden pergi tuuu..Ada le menda yang boleh aku tumpang sekaki!!

Tadika?? ayah aku mestilah tak masukkan aku ke Kindergarten...walaupun kindergarten tu tak jauh jer dari rumah aku. Tiap tiap hari kalau pergi kedai runcit aku akan lalu tepi tadika.
Kadang kadang aku menyinggah juga tepi pagar. Jengok jengok budak budak sebaya aku yang cantik pakai skirt merah..siap ada bow tie lagi belajar kat dalam kawasan Church tu. Seronok tengok demer belajar..ada masa demer main mainan. Kat dalam kawasan kindergarten tu ada buaian, ada jongkang jongket, ada gelongsor..best jer tengok..

Oleh kerana dulu aku selalu sesibuk melongong tepi pagar Kindegarten tu maka tukang kebun Church tu , seorang Apek cam sangat le muka aku ni..
Kalau berjalan ke kedai ngan kakak aku lagi le orang kenai. Waktu tu kat sekolah Cina pekan Batu Gajah tu, kakak aku jer yang sekolah Cina dari kalangan budak MELAYU. he he he...
Pergi kedai, dia cakap Cina..last last habih orang Cina kedai runcit tu cam kami..anak CIKGU AMAT..
TAPI depa lebih cam kak aku..aku ni sidekick jerr..ha ha ha ha..

Suatu hari, nak dijadikan cerita, takkala aku ke kedai sorang sorang..seperti biasa aku melelong lelong sangkut menyinggah kat Kindergarten tu.
Entah macamana....dari mana aku tak tahu...datang seekor anjing lior yang garang dan besor menyalak nyalak dan mengejor aku..( anjing tu mungkin tak besor tapi bagi aku yang cekenit waktu tu mestilah nampak besor ..)
Aku terjerit jerit dan meraung raung ketakutan..MEMANG TAKUT BAGAI NAK RAK waktu tu..

Aku lompat longkang tepi kindergarten tu dan terus memanjat pagarnya..Sangkut kat pagar tu sambil menangis nangis dan melolong lolong menjerit! Si anjing yang mereng tu kat bawah the other side of tepi longkang. Menyalak nyalak..

Nasib baik lah Ah pek Kindergarten tu dengar lolongan aku dan hiruk pikuk anjing mereng tu. Dia halau anjing mereng tu. Punggai kayu dan turunkan aku yang tersangkut kat pagar kindergarten tu. Terketor ketor aku..terus balik rumah tak jadi pergi kedai. ENTAH SIAPA punya anjing mereng tak tahu!!!

Lepas tu tiap kali aku lalu kindergarten tu kalau nampak Ah Pek tu, aku rasa selamat..
Walaupun dia Ah Pek kerja tukang kebun jer..tapi aku rasa terhutang budi yang teramat sangat.

HEY>>>PADAN LA lepas tu demer demer yang dari kalangan ahli keluarga aku kata AKU ANAK ANGKAT AH PEK!! he he he

sekian..

4 comments:

Nizam.Ariff said...

Udang 20 posen, sayur seposen, ais kepal... semua tu dah fosil kak!

Ya, semuanya tu dah jadi FOSIL... Itu zaman purbawara...

Nizam.Ariff said...

Yay! aku no. 1.
Sampaikan akak sendiri pun tak sempat nak letak komen yg. pertama... hehehe

kakpah said...

Orang sekarang ni je yang sibuk nakkan anak pergi tadika. Dulu-dulu takde tadika pun, pandai gak. tanya Dr Mahathir tu, dulu dia pi tadika kat mana...hik..hik..

Cikgu sekolah darjah satu sekarang ni cukup punya senang. Budak masuk drjh satu banyak dah pandai. Tinggal nak tekel yang jebis blur je.

Eh eh.. yang aku pi kondem tadika ni apasal...
Tak pasal-pasal aku out of bisnes plak. he..he..

ashley said...

Nizam,
sebab PURBAWARA la seronok nak dicerita..
PEDULIKAN apa yang TERKINI dan SENSASI!!
kekadang yang terkini itu merimaskan..

Nizam,
kasi can la kakak aku tu menaburkan bakti...

Kakpah,
tak tadika pun tapi masuk seolah aku pandai baca..apasal ye???
heran..ajaib..he he he..