Monday, April 06, 2009

Saingggg..

Salam,

'Saing' bukanlah perkataan asing.
Maksudnya memberi reaksi berlawan..
'Bersaing' maksudnya berlumba.

Tapi yang peliknya waktu aku di Shah Alam dulu, masa mula mula belajar TOEFL, kawang kawang aku yang datang dari Ganu kita, selalu kata, aku ni SAENG demer..
PELIK???

Ohhhh..
setelah diberitahu maka tahulah aku bahawasanya 'saeng' di Ganu maksudnya 'teman atau rakan seperjuangan...'
Mula mula dulu kecik gak hati aku ni..
Al maklum, aku ingatkan demer ngata aku ni LAWAN demer.
Bila masa pulak aku nak lawan?
Aku nak berkawan bukannya nak berlawan..
he he he..

Okay..
Mengimbau kembali kenangan bersama 'saeng' dari Ganu dulu dulu..

Waktu aku belajar TOEFL, aku berkawang baik ngan sek sek (geng) Ganu.
Bilik aku ada 3 oghang budak Ganu.
Ana, budak BESUT.
Uzi, budak Kuala Terengganu.
E, budak Kuala Terengganu dan juga merupakan SEPUPU pada Uzi.

Ana ngan Uzi pulak satu sekolah, Budak Sekolah Sains mana ye..
Sains Dungun ke mana tah..aku tak ingat.
Tapi Ana headgirl sekolah dia. Memang ada gaya dan tanjak seorang pemimpin.

Entah bagaimana selepas layak masuk KPP (Indiana University), aku diajak Ana untuk pergi ke rumahnya di Besut.
Dan oleh kerana aku ni memang tak pernah menjejakkan kaki lagi ke Terengganu sewaktu itu, maka aku pun tidak menolak ajakannya.

Pada satu hari di awal percutian semester , aku, Ana dan seorang lagi budak Ganu, Dilah menaiki bas ke Besut. Rasanya kami naik bas yang ke arah Kelantan (mungkin Kota Baru) sebab Besut tu dah sempadan.

Bas tu bas malam..lajuuuuuuu...memang menyeramkan. Dan aku rasa tidurku agak tergugat dek KELAJUAN BAS yang seperti jet pejuang itu.

Sampai Besut subuh subuh hari..

aaaahhh dah Jejak Ganu...

Awal awal lagi mak dia telah tunggu dan sediakan NASI BERLAUK! Nasi BERLAUK yang ada ikan AYE tu..
Aku yang masih mabuk BAS dan tak makan IKAN AYE,
( ikan tongkol a.k.a ikan kayu..feveret orang GANU )..termenung seketika!

Oh nooo..oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati mak Ana yang bersungguh menghidangkan NASI BERLAUK ( nasi yang agak lemak dan berlauk masak lemak ikan tongkol ) maka aku makan juga..
(Yang sobonarnya sebelum itu, aku TAK pernah makan pepagi HARI nasi berlauk masak lemak maka jenuh juga aku nak habiskan sepiring nasi itu..)

Kemudian 2 hari berikutnya HUJAN sepanjang masa...
errrr..silap timing datang GANU..
MUSIM tengkujuh dah hampir tiba..maka orang Kelantan dan Terengganu bersiap sedia sambut BANJIR.

yang sebenarnya, aku datang Terengganu sebab KEPINGIN nak tengok laut. Lebih tepat lagi nak merasai deruan angin dari LAUT CINA SELATAN..
(kalau belah pantai BARAT, hanya rasa laut SELAT MELAKA jerr..angin kurang sebab terlindung dek SUMATERA)

Di satu petang yang cukup berangin tetapi tidak hujan, ayah Ana bawa kami ke pantai..
AAAAAaaaa angin musim tengkujuh! mabuk aku dibuatnya..
(MEMANG le JAKUN laut..dan tak layak jadi MENANTU anak PELAUT..ha ha ha)
...tapi laut China Selatan cukup luas..Sayup..lapang..bebas..lepas..

Dan aku tak hairan kalau ada anak GANU yang Nostalgik..sebab gamitan di pantai Ganu mungkin dapat menghasilkan Gurindam dan Puisi....mungkin berkilo kilo banyaknya..
seperti hasil lautnya juga!!
.............smile......

7 comments:

AZANI said...

Terkenang pada zaman dipinjamkan ke Paka untuk urusan pekerjaan

besi said...

saing.......ayat org pantai timur
heheheh tgingat kwn2 lama

azlanlin said...

Meminati di ilusi tidak seperti yang apa yang dirasai seperti di realiti... apa2 pun merasai lebih baik daripada sekadar mimpi... realitikan sesuatu ilusi, amat bermakna.. kan?

Nizam.Ariff said...

Ikan tongkol sedap hape... kalau kena gaya nya. Masa kecik-kecik dulu, emak hiris nipis-nipis pastu goreng. Makan camtu je, macam keropok.

Bila dah besar dan panjang cenggini (...maksud aku tubuh badan aku, ok!)aku upgrade taste tongkol kepada tuna. Makan tuna mentah-mentah... wuiyooo! sedap dan manis, cicah dgn wasabi...peh, berangin hidung.

ashley said...

Azani,
pergi ler lagi untuk imbau kenangan tuuuu...

besi,
akak pun teringat kengkawan le ni..di manakah kengkawan akak tu semua..lost contact dah!

azlanlin,
aku cuba memahami apa yang cuba diulasi..
eh..aku ada gak saeng nama Azlang niii..tapi bukan awak lah kan?

Nizam,
Takpa..engko cuba create satu masakan ikan tongkol..tanpa memberitahu ikan apa, engko hidangkan pada akak..akak akan cuba makan!
he he he..kut kut la aku TAK perasan...

GPI SKSV said...

Ashley,

bila pulak teman nak merasa nasi dagang made in bangi?

FYI, azlanlin tu saing teman..
kami ber'ping-pong' bersama kat sini
di gym menara gading yg berhampiran dgn rumah teman..

ashley said...

SKSV,
ambo idak le reti masak NASI DAGANG..Miker tanya le mak sedara Miker yang kahwin ngan ORANG KELATE tu..kut kut boleh makan nasi dage kelate di Putrajaya...

nak makan gulai ikan merah..no problemo..sila ler..
tapi kemer ni sikit hari ni ater ujung minggu jer FULL BOOKING!

sebok ngalahkan PM baru..he he he

Ooooo azlanlin tu saing MIKER le yekkk..kira boleh kena LUKU macam miker le JUGAK kan?
kui kui kui..