Sunday, April 12, 2009

Quran diturunkan untuk Orang ISLAM jer ke?

Salam,

Betui ke orang Islam je boleh baca quran?
Orang bukan Islam dilarang?

Isi kandungan Al-Quran itu untuk diselidik oleh orang Islam jer?
hah..??

Dulu waktu kat US aku ada seorang kawan. Nama dia Kathelin Gondo. Dia beragama Christian. Tapi dia berbangsa Arab. Asalnya dari Iraq..Mak ayah dia lari ke US waktu perang Iran-Iraq.
Jadi dia dah mendapat status Rakyat Bermestautin US.

Kalau ada bro bro dari Palestine atau geng Arab datang kat kami, dia akan sembang sembang dengan diorang..dalam Bahasa Arab.
Alahhh....kan dia pun MINAH Arab...memang le pandai cakap Arab. Tetapi aku pula TERNGANGA sebab aku bukannya gheti cakap ARAB.

Entah macamana satu hari, aku bawa Quran terjemahan (berbahasa melayu le) ke kampus. Kalau tak da kelas aku baca baca juga Quran ni supaya aku rasa le sikit aku ni orang Islam (di tengah tengah suasana orang emerika tu)

Tiba tiba datang le Minah ni kat meja study aku kat Student Lounge tu..

Dia tanya aku buat apa..study ke?
Aku kata aku baca quran japp..
Dia tanya aku faham bahasa Arab ke..atau boleh bertutur dalam bahasa Arab?
Aku kata TAK! Tak faham bahasa Arab tapi aku boleh baca tulisan Arab yang ada dalam Quran tu..
Lepas tu dia gelak..kik kik kik...dia gelak..

Dia suruh aku baca. Aku baca le dan dia check aku punya bacaan.
Dia kata sebutan aku macam ARAB tapi SAYANGNYA aku tak faham apa yang aku baca.
SEDANGKAN dia faham apa yang aku baca ituuuu..
Dia geleng geleng kepala..
Dia kata macam mana aku boleh percayakan sesuatu benda yang penting dalam ISI KANDUNGAN al-Quran itu sedangkan aku sekadar boleh baca tapi tak faham maksud...

wehhhh..aku pulak rasa SAYUUUU sesangat....sedih sedih sedih....
Korang pulak?

9 comments:

Brahimnyior said...

Sonok plak baca kisah Kathleen Arab tu.. Apa sudahnya?

Tapi biarpun kita tak faham (Saya pun boleh baca Quran tapi makna setiap ayat kena tengok terjemahan), kita tetap percaya dan yakin kalam Allah.

Minah Arab yang kak cite tu, biarpun faham tapi dia tak percaya dengan apa yang Quran nyatakan.

p/s: Syukur jadi Muslim..

alberangque said...

Part One. Masa saya menunaikan fardhu Haji tahun 1990 dulu, aku selalu baca quraan kat Masjidil Haram. Satu hari aku duduk dak pak Arab. Dia dengar aje apa yang aku baca. Kemudian dia tanya aku faham ke apa yang aku baca. Aku kata tak faham. Kemudian dia tanya dari mana? Aku kata "Malaysia". Pandai ke cakap Arab? Aku kata "tak pandai" Kemudian aku kata aku boleh cakap Inggeris. Kami sembang dalam bahasa orang putih. Tok arab itu kata dia pelik orang Malaysia pandai baca Quraan tapi tak pandai berbahasa Arab.
Part Two. Tak kan orang yang bukan Islam tak boleh baca AlQuraan. Kalau dah dia mahu baca, Baguslah tuu.. Ramai pun dikalangan orang non-muslim to revert to Islam after they read the Al Quraan. Jadi kalau ada non-muslim di Malaysia ni nak Belajar apa-apa dari Quraan tu bagus sangatlah. Tentang niat mereka tu, itu antara mereka dengan Allah. Semoga Allah kurniakan hidayah kepada mereka. Memang puak UMNO ni kadang-kadang hero tak bertempat...

jus call me ida.. said...

setuju dhn Brahinnyior.. memanglah kiter tak paham bahasa arab dan perlukan bantuan terjemahan tapi setiap butir pernulisan Al-Quran kiter cuber mendalamkan pemahaman dan dipamerkan ke amalan kiter..

Orang Arab yang katleen tu walaupun faham tapi hati keras dan takder hidayah...dan menunjukkan kepandaiannyer memahami Bahasa Arab (bahasa ibundanya)..tetapi wlwpun alQuran difahaminya namun tiada hidayah diterima...Nauzubillah..
Memang berjayalah golongan Israel Laknatullah memesongkan umat Islam...Pertempuran secara senyap(hiburan,budaya hidup,kemewahan,kesenangan) lagi sukar dilawan jika tiada iman yang kukuh lagi mantap, keyakinan dan kepercayaan yang tinggi..Umat di Palestin yang penuh dengan kepayahan dunia telah dijanjikan syurga untuk mereka..Masyallah..

p/s:Takut dengan senario politik sekarang ini..

Nizam.Ariff said...

Aku syak, dia orang marah Cina tu baca Quraan masa ceramah tu sebab tajwid dan sebutan hurufnye lintang pukang, bukan ke kalau nak baca Quraan kena betul-betul, sedangkan kalau kita baca salah pun tok guru ngaji pelangkung. Itu kalau mengaji. Kalau membaca pulak aku tak rasa pulak ada kekangan. Sape-sape pun boleh baca. Agama dan risalah untuk semua. Tuhan mengaku semua makhluknya, cuma sesetengah makhluk yang tak reti nak mengaku Tuhannya.

Aku pun ada juga baca Bible. Masa menginap kat hotel luar negeri, tarik laci ada Bible, aku baca la. Tak ada pulak dia tulis Muslim not allowed...

ashley said...

Brahimnyok,
kawan saya si kathelin tu cukup respect kat orang Islam yang taat pada agama tapi katanya..kat IRAQ, ramai gak orang ISLAM yang leka dan berperangai lebih teruk dari orang Kristian..Dia sebagai Kristian, tiap tiap minggu pergi church. Berpuasa (cara kristian)dan begitu taat pada agamanya..

Nizam,
bernas gak pendapat engko tu..
memang betul la tu. Aku rasa orang bukan Islam kalau nak berbahas biarlah guna terjemahan saja..unless depa mahir berbahasa Arab...(macam cikgu Yahudi suami aku..tahu 5 bahasa utama dunia termasuk ARAB)

AlBerangque,
the same thing happened to me when I was doing my UMRAH..

Just call me Ida,
Tapi kadang kadang bukannya depa keras hati tapi mungkin IKLAN DARI ORANG ISLAM sendiri kurang daya penarik....tak terpancar sinar akhlak orang ISLAM. Tidak menjadi PENGAMAL yang baik..

terima kasih semua..
pendapat yang bernas..
MANTOP MANTOP belaka kengakwan aku ni..

AZANI said...

saya pun sedih sebab pandai baca Quran tapi tak tahu apa yang dibaca tanpa bantuan terjemahan dan tafsir.
Tapi saya lagi sedih kalau saya boleh cakap Arab, faham bahasa Arab, tahu maksud Al Quran, tapi tak beriman dengan Al Quran. Benarlah hidayah itu datang dari Allah. Alhamdulillah, Tuhan mengizinkan saya lahir di kalangan keluarga Islam, dan lahir sebagai Penganut Islam, walau hanya keterangan dalam IC ku sahaja, kerana itu merupakan langkah permulaan untuk ke arah Muslimin.

GPI SKSV said...

Salam..
di blog saifulislam.com, Us. Hasrizal @ Abu saif ada menulis dgn pnjg lebar bab Bukan Islam membaca ayat suci Quran ini..

boleh la baca.. kita cambahkan pemikiran...

kat sini pun ada salinannya..

http://sksv.blogspot.com/2009/04/hina-islam-muslim.html

ashley said...

SKSV,
oh ye..saya selalu baca blog dia..
Tu orang PERAK..bekas Izuddin gak tu..

lukmanw@gmail.com said...

Salam

Setiap tahun (sudah hampir 4 tahun) saya ada satu tugasan dgn 3 tajuk pilihan utk pelajar-pelajar saya dalam kursus Emergency Response. Dua tajuk pilihan itu ialah Ulasan Surah Al Yusuf Ayat 46 & 47 manakala satu tajuk lagi ialah Falsafah Jeneral Sun Tzu iaitu; In peace prepare for war and in war prepare for peace.

Membanggakan saya ada non-Muslim yang turut memilih tajuk Surah Al Yusuf Ayat 46 & 47 itu.

Lukmanw