Wednesday, April 29, 2009

Cleaner oh cleaner..

Salam..

Rumah aku tak ada bibik. Aku tak mampu untuk ambil bibik kat rumah ni. Aku tak mampu nak sediakan pasarana untuk seorang bibik. Rumahku dah cukup padat ngan anak anak jadi aku tak mampu nak sediakan sebuah bilik khusus untuk bibik. Tapi aku perlukan pembantu. Lebih tepat lagi pencuci..Hey bukan serbuk pencuci yer..Maksud aku tukang cuci. Bukan nak cuci pinggan mangkuk jer..tetapi nak mengemas dan membersihkan rumah ini.

Anak pompuan?? Alahai..bebudak ni pagi petang sekolah. Yang besor setakat boleh kemas bilik demer jer..Tukang sepah rumah ni ada dua, si Mawaddah dan si Muhammad. Yang tak berhenti henti creativiti dan aktiviti mereka dalam menyelongkar, menyepah dan membuat rumah kelihatan seperti TONGKANG PECAH!

Dalam ramai ramai anak, aku rasa demer berdua yang paling suka menyelongkar. Demer selongkar beg beg kakak. Demer selongkar buku buku di almari. Demer menyelerakkan suratkhabar yang dah bersusun. Demer selongkar almari kasut. Kasut tinggi aku yang ada satu tu pun si Mawaddah bukan main suka meggayakannya. Kadang kadang aku rasa malas dah nak mengemas..Lantak komer le..Buku kakak kakak lambat lepa jer..Kalau tak disimpan dengan elok, alamat jadi mangsa adik adik. Kena koyak atau kena conteng!

Kakak yang besor besor pun kekadang hangen dengan budak berdua ni..
Si Muhammad PANJANG AKALnya..diajaknye pula si adik cekenit yang sepoting habis.
AKIBATnya rumah aku ni selalu berkeadaan baik sikit jer dari TONGKANG yang PECAH di perairan SELAT MELAKA zaman dahulu kala.

Jadi aku PERLUKAN CLEANERRRRRRR!!
tolong tolong..Miss ELI...( errr wat I mean Buk ELI )
Kam bek kam bek..please help me!

Ya..dulu aku ada TUKANG CUCI rumah. Aku hepi habis..Bagus kerjanya.
Datang rumah aku dua kali seminggu. Hari Selasa dan hari Jumaat.
Setiap kali datang, dia kerja 2 jam setengah. Kadang kadang lajak sampai 3 jam.
Dari pukul 2 pm hingga pukul 4.30 pm.

Kerjanya mencuci segala habuk habuk yang melekat di cermin tingkap, sliding door, kipas kipas, cermin almari, cermin gambar..pendek kata..kat mana ada habuk, dia akan lap dan lap dan lap..
Dia juga akan memvakum seluruh lantai rumah. Bawah karpet, atas karpet, bawah kerusi..atas kerusi..bawah katil etc etc..sehingga tiada lagi habuk habuk..LEGAAAA..

Dia juga akan tolong mengeMOP seluruh lantai di rumah ini. Living room, bedrooms and kitchen..SYUKURNYA!!
Dia juga akan menjadikan bilik air aku bersih berseri seri dan harum semerbak mewangi.
Dia juga akan membasuh lantai porch hingga cantik. PENDEK kata, aku terasa duit yang aku bagi kat dia tu WORTH it.

Eli, cleaner yang datang dua kali seminggu tu adalah tukang cuci TERBAIK yang aku pernah dapat.
Cakap tak banyak. Kerja cekap dan pantas. Tahu jer nak buat apa. Kalau dia dah bersih dan lap lap segalanya pada hari SELASA, hari Jumaat itu dia seperti tak da kerja.
Jadi dia akan cuci dapur, oven, peti ais dan kabinet dapur. Dia sentiasa mencari cari benda benda yang perlu dibersihkan dan dicuci. Macam workoholic pun ada gak dia niii..Kalau dah tak de menda nak buat, aku suruh dia sterika baju anak anak dan lipat kain. SONANGkan kerja aku..?

Tapi KINI, Eli sudah tiada lagi..Dia dah balik ENDON. Balik nikah. Balik for good...
wa wa wa..aku pulak mulanya dapat ler pengganti tapi TAH haper haper..
Ada cleaner yang tak reti nak clean.
Ada yang bagus, tapi selalu jer MONTENG. Kita tunggu tunggu dia, tak datang. Janji tak leh nak tepati..
Ada yang datang, mulutnya pot pet pot pet tapi WADUHHH mata asyik nak NONTON TB ajerrrr...kerjanya curi TULANG!
Malas le aku nak ngambik yang gini..

Tapi aku tetap PERLUKAN CLEANER...
HELP me! help me please!
A nice good cleaner....WANTED IN THIS HOUSE..

sekian

Sunday, April 26, 2009

Family Day di Lukut

Salam,
Semalam dan hari ini aku berada di Lukut, Negeri sembilan .
Ada hari keluarga tempat kerja suami.
Relax relax minda bersama anak anak dan berkenalan dengan warga kerja suami.
Gambar di bawah ialah pemandangan sewaktu matahari hampir terbenam di sini semalam.
Gambar di bawah pula adalah gifts yang dibahagi bahagikan untuk anak anak staff.
he he he..
kalau anak anakku tak reti nak main, aku nak bawa pergi sekolah.
Instead of anak anak murid aku bertumbuk sesama sendiri..
BIORLE demer melepaskan geram kat punching bag tu..

Di bawah ni geng geng staff pompuan..okay okay..nama siapa naik!!
he he he..


Ish ish ish..hah apa lagi.. merayap puas puas cik mek!!
Aku tengok si Mawaddah berjalan di segenap penjuru.
SUKA HABIS!!




WELCOME TO GLORY BEACH RESORT...
LUKUT
25 and 26 of April 2009

okayyy..nak gi jalan jalan tepi pantai jap yerrr..

sekian dulu..






Saturday, April 25, 2009

Ayahku wartawan BERNAMA..

Salam,

Selain daripada menjadi guru sepenuh masa, ayah aku sewaktu hayatnya adalah seorang wartawan sambilan. Dia adalah wartawan BERNAMA. ( officially la..aku rasa..)
Waktu aku kecik dulu kat rumah aku ada TYPEWRITER yang ayah aku gunakan untuk kerja kerja penulisannya. Dulu ayah ada menyimpan keratan keratan artikelnya yang tersiar di akhbar. BANYAK!! tapi aku rasa sekarang ni semuanya dah tak da lagi..DAH DIBAKO. Sebab selalunya fail ayahku ini tidak tersusun rapi. Selalu menyebabkan semak dan merupakan tempat pembiakan CIK TI..he he he.

Zaman aku sekolah rendah, aku rajin gak mengelebek artikel artikel ayah yang tersiar itu. Ada keluar kat Utusan Malaysia, ada keluar kat Utusan Melayu, ada kat Berita Harian, ada kat Mingguan Perdana..( Mingguan Perdana ni sebuah akhbar tabloid...zaman aku kecik, orang suka baca artikel yang di bawah tajuk 'Dari mahkamah Syariah...' tapi ayah bukan penulis artikel artikel tu. he he he..)

Rumah aku sering dikunjungi oleh orang yang tak dikenali. Aku MEMANG tak kenal siapa mereka ni..Entah kenapa..nak apa ...mana lah aku tahu. Tetapi kadang kadang aku sesibuk juga memasang telinga sembang sembang ayah aku. Nama nama yang biasa aku dengar yang menjadi kawan kawan ayah aku dulu ialah seperti errr En Subky Latif , Us Ahmad Awang ( in fact ustaz ni classmate ayah ), pak menteri Dato' Hamid Othman dan sebagainya. Menjadi seorang wartawan memang la kena kenal ramai orang dan mestilah selalu sibuk. ( atau setengah orang kata Tukang menyibuk)

Tapi sewaktu mengejar mencari berita inilah, ada satu perkara yang paling ayah aku sebut sebut. Insiden yang berlaku dalam tahun 1972. Ayah kemalangan jalanraya sewaktu menaiki van untuk membuat liputan berita di Lumut, Perak.

Aku pun masih ingat babak di hospital selepas peristiwa itu.

Sewaktu kemalangan itu, ayah tercampak keluar dari van. Van itu kemudiannya menindih ayah. Menimpa bahagian kakinya. Tak silap aku kaki ayah sebelah KIRI.(.errr ye ke..aku pun tak pasti..hmmmm) Di waktu kejadian itu, kawan kawannya yang juga cedera cuba mengangkat van itu beramai ramai.
Ayah kemudiannya berjaya diselamatkan dan di bawa ke hospital. Sewaktu aku menziarah ayah, perasaan aku rasa sayu juga tapi ye lah..aku pun kecik jer waktu tu....macam tak mengerti apa apa sangat tentang kejadian itu.

Kalau terjadi apa apa pada ayah waktu itu..hmmmm 3 beradik ajelah kami..kakak, aku dan adik aku Si OMAN.
maka..Budin dan lain lain akan hanya wujud di alam awang awangan sajalah....smile..

ALHAMDULILLAH..

takdir tidak begitu..
ayahku selamat tetapi mendapat SATU PHOBIA yang agak sukar ditangani.
Ayah PHOBIA untuk memandu kereta...dan sebenarnya arwah ayah tidak pernah mempunyai LESEN MEMANDU KERETA...!!

...begitulah seadanya.
sekian.

Imbau kembali..

Salam,

Bila aku baca komen entry pasal perangai anak murid aku maka biarlah aku imbau kembali kenangan zaman aku kecik kecik dulu.

Aku dulu tak pernah tadika. Zaman aku tadika kemas tak de lagi. PASTI pun entah tak wujud lagi. Jauh sekali nak ada tadika tadika Islam persendirian kepunyaan orang orang Islam. Yang medium bahasa Inggeris hanyalah terletak di Church orang orang Kristian yang terkenal dengan nama KINDERGARTEN.

Kindergarten ni bayarannya mungkin bagi orang dulu dulu mahal la walaupun hanya RM10 sebulan.
Zaman aku kecik, mak aku belanja sehari RM2 pun tak habis. Serba serbi barang boleh dibeli ngan harga seposen..Ikan lima posen. Taugeh secekak badak lima sen. Udang dua posen. Kalau cabai seposen dapat belambak!!

Ehhh...korang jangan le gelak...

BETULLL....oleh kerana dulu aku tak pernah tadika jadi pepagi aku selalu sebok sebok temankan mak aku pergi market kat pekan Batu Gajah, Perak. Aku tahu ler..sebab balance dari dua hengget yang tak habis tu boleh le aku dapat ais kepal ke atau ais krim potong ke..Tu yang best ngenden pergi tuuu..Ada le menda yang boleh aku tumpang sekaki!!

Tadika?? ayah aku mestilah tak masukkan aku ke Kindergarten...walaupun kindergarten tu tak jauh jer dari rumah aku. Tiap tiap hari kalau pergi kedai runcit aku akan lalu tepi tadika.
Kadang kadang aku menyinggah juga tepi pagar. Jengok jengok budak budak sebaya aku yang cantik pakai skirt merah..siap ada bow tie lagi belajar kat dalam kawasan Church tu. Seronok tengok demer belajar..ada masa demer main mainan. Kat dalam kawasan kindergarten tu ada buaian, ada jongkang jongket, ada gelongsor..best jer tengok..

Oleh kerana dulu aku selalu sesibuk melongong tepi pagar Kindegarten tu maka tukang kebun Church tu , seorang Apek cam sangat le muka aku ni..
Kalau berjalan ke kedai ngan kakak aku lagi le orang kenai. Waktu tu kat sekolah Cina pekan Batu Gajah tu, kakak aku jer yang sekolah Cina dari kalangan budak MELAYU. he he he...
Pergi kedai, dia cakap Cina..last last habih orang Cina kedai runcit tu cam kami..anak CIKGU AMAT..
TAPI depa lebih cam kak aku..aku ni sidekick jerr..ha ha ha ha..

Suatu hari, nak dijadikan cerita, takkala aku ke kedai sorang sorang..seperti biasa aku melelong lelong sangkut menyinggah kat Kindergarten tu.
Entah macamana....dari mana aku tak tahu...datang seekor anjing lior yang garang dan besor menyalak nyalak dan mengejor aku..( anjing tu mungkin tak besor tapi bagi aku yang cekenit waktu tu mestilah nampak besor ..)
Aku terjerit jerit dan meraung raung ketakutan..MEMANG TAKUT BAGAI NAK RAK waktu tu..

Aku lompat longkang tepi kindergarten tu dan terus memanjat pagarnya..Sangkut kat pagar tu sambil menangis nangis dan melolong lolong menjerit! Si anjing yang mereng tu kat bawah the other side of tepi longkang. Menyalak nyalak..

Nasib baik lah Ah pek Kindergarten tu dengar lolongan aku dan hiruk pikuk anjing mereng tu. Dia halau anjing mereng tu. Punggai kayu dan turunkan aku yang tersangkut kat pagar kindergarten tu. Terketor ketor aku..terus balik rumah tak jadi pergi kedai. ENTAH SIAPA punya anjing mereng tak tahu!!!

Lepas tu tiap kali aku lalu kindergarten tu kalau nampak Ah Pek tu, aku rasa selamat..
Walaupun dia Ah Pek kerja tukang kebun jer..tapi aku rasa terhutang budi yang teramat sangat.

HEY>>>PADAN LA lepas tu demer demer yang dari kalangan ahli keluarga aku kata AKU ANAK ANGKAT AH PEK!! he he he

sekian..

Thursday, April 23, 2009

Letih memikiorkan perangai bebudak ni...

Salam,

Hari ni aku tension gak kat sekolah tadi.
Bukan apa..
Sikit hari ni aku tengok perangai dua tiga orang anak murid aku makin menjadi jadi..
Nak dimarah, budak umur 5 tahun.
Tak dimarah..ewaaaahh naik lemak cholesterol TINGGI le pulak.
Lemak tahap tepu pulak tu.
Tak makan dek saman.
Silap haribulan mak pak dia yang menyaman kita..

Ada empat orang yang dalam pemerhatian aku.
Kira BLACK LISTED le ni..kui kui kui.

Badan tak der le macho macho macam Malek Noor ke sapa ke.
Tapi perangai ala ala Mike Tyson gitu.
Sikit sikit nak bertumbuk..sikit sikit nak bergocoh.

Yang kenit cekedeng pun tak padan ngan cekenit.
Gaduh..waaahh tumbukan bertalu talu gituuu.
Muka cam innocent boyish looked..ala muka budak home alone.
TAPI..gaduhnya macam MIKE Tyson..

HISSSSHH geram betul aku!
Kalau hari hari macam ni, mau aku SOMERSAULT kat kelas tu!!
BERSILAT meleraikan..

1. Si 'FUTAN' cakap pun tak berapa terus lagi.
Buat kerja pun ala kadar jer..
ABC jangan cakap le..kenal pun tak lagi.
yang dia suka..Ngaco orang. Conteng kerja orang..

2. Si Mikey ni pulak, tak lekat kat kerusi.
Samada dia merayap cari gaduh..
ejek kerja orang atau pun meniarap bawah meja ngusik budak pompuan.
Pastu kerja sendiri tak buat.
Bukan tak pandai..
pandai budak ni tapi GRRRRR..
kaki rayap macam 3 orang anak murid aku 2 tahun lepas, ( si hafiz, si zakwan, si rasyid..exactly a repetition)

3. Si Hikey, rupa cam innocent. baiiiikk gitu. tapi mak aii. Kalau orang bergaduh, dia yang sesibuk tukang belanya. Katakan si Futan gaduh ngan si Mikey..
EH! DIA YANG masuk campur..
Dibantainya si Futan ni pulak..
Kira macam dia berbulu la ngan si FUTAN..
Apahal pulak dia yang jadi TUKANG BELA.

4. Si Hadi boy nii..budaknya pandai tapi aku tension sebab dah mula joint ngan budak bertiga ni. Kalau dia tumpu buat kerja, memang kerjanya 5 bintang. Tapi..buat cam mana demer ni berkawan sekejap..berkelahi sekejap.

Kalau sekadar sikit sikit tu, aku tak kisah sangat.
Ini BERTUMBUK cam mamat kalah lumba motor..
APA HAL!!

TU YANG AKU TENSION tu...ADOOOOIIII

(cam no nak buek kalau beritau makpak pun....responsenya: ye ke, anak saya cam gitu???)

Kenapa orang BUNGEE JUMPING?

Salam,

Bungee Jumping..hangpa pernah dengark tak?
Pernah cuba?
Pernah tengok?

Aku selalu!!!!..... DALAM TV..he he he..

Kadang terfikir gak. Apasal orang dok BUNGEE JUMPING ni..
1) lepas tension?
2) seeking excitement?
3)nak thrill?
4)nak hilangkan phobia ketinggian?
5) gila?
6) nak bunuh diri..(ye la..tup tup putus lak tali tu..melayang nyawa..)

Kalau rasa tension, nak jerit terlolong, mungkin BUNGEE JUMPING ni sesuai benar.
Jarang la yang aku tengok kat TV tu..time lompat orang tu sunyi senyap tak de ape ape ..
Semuanya terpekik terlolong..
ISSSHHH macam gak orang naik ROLLER COASTER.

Aku kalau roller coaster ni biasalah naik. Kat Six-Flags America.
Zaman aku naik tu, dia buat promosi Roller coaster yang TERPANTAS di dunia.
Iklan dalam TV bukan main.
Kononnya sungguh pantas dan laju.
Habih uban rambut orang yang naik tu..
KIRA TERKEJUT BADAK la..
TU IKLAN yang DIA TUNJUK....

Aku ngan kengkawan pun teruja. Summer tu pakat pi naik..
Pi berlapan. Tapi yang naik nye 4 orang jer..
Empat lagi setakat naik MERRY-GO-ROUND.
Sebab lepas naik satu roller coaster dah mabuk..takut!!

OH ye..aku??
Heyyyy tengok kaki ler..kui! kui! kui!
Walaupun aku ni penakut naik kapal terbang tapi roller COASTER TETAP aku NAIK!

so aku wonder, kalau diberi peluang aku ni BERBUNGEE JUMPING,
adakah aku buang terbiat untuk mencubanya..

KORANG RASA????

kereta..

Salam,
Entry sebelum ni, aku boh gambar kereta Camry..
Bukan kereta aku pun.
Bukan juga kereta suami....he he he.
Entah Camry siapa yang jadi mangsa tu..
Tapi aku biasa la naik kereta Camry.
Aku rasa kawan kawan aku ada yang memilikinya.
Bukan setakat Camry. BMW dan Mercedes pun aku biasa naik.

TUMPANG REZEKI kawan...merasa lerrr juga!

Depa ni geng had dok buat bisnes. Jadi towkey belaka..
Bukan makan gaji cenonet macam aku ni.
he he he..kalau gaji aku ni, kancil pun belum tentu boleh beli..
kui kui kui ..

'Gerek' boleh kut.

Had 'kereta lembu' aku dok tunggang ke hulu ke hilir ni pun, LAKI aku punya..
Dia SPONSOR kan pada aku..
UNTUNG gak la dapat LAKI penyayang..
Tu pun sebab dia tak dapat nak ke hulu ke hilir men'shopping' barang barang keperluan, bawa anak pi klinik dan sebagainya.

Jadi dia suruh aku ambik lesen dan dia TOLONG sponsor sebijik 'kereta lembu' bagi kat aku..
Aku kena buat kerja kerja shopping shopping ni.
Kalau anak sakit ka apa ka..tak yah la dia terpaksa balik tergesa gesa nak drivekan kami pi klinik.
Aku boleh pi sendiri..

Kan aku ni pun anak ghamai..Time nak check mengandung ke apa ke...Tak la dia nak kena ambik cuti selalu. Aku boleh...broooooommm bawa kereta pi terus. Tak yah nak sebok sebok MANJA terlebih, ngada ngada nak suruh suami teman bawakan..
KALAU dah BERSUSUN anak tu takkan nak suruh dia temankan ajerrr.

sekali sekala tak pa la!!
KAAAANNNNN???

Aku dapat lesen time anak dah 4 orang. Waktu tu kereta kami kereta WIRA sedan. MANUAL. Mula mula bawak tu gabrah nak mampuih...Biasa tengah tengah bukit, enjin mati dan kereta undur. Takda kereta tunggu belakang..kalau tidak mampus aku kena jerkah.


Tapi kereta pertama kami berdua sebenarnya ialah kereta NISSAN LANGLEY. Sedan gak. Warna putih..
Plat nombor aku tak ingat la..
kereta entah berapa hand tak tau..Dekat 8 nama dah kut.
Suami aku beli time dah dapat anak pertama..
huuuu.rezeki anak wehh..tak silap aku harganya rm 18,000 jer..

Rajin meragam jugak la kereta tuuu..
Tapi since suami aku dulu kerja kat Tan Chong MOTOR punya kilang,
enjin meragam ke apa ke senang jerr..suruh mekanik dia perbaik.
Last last kereta tu pun jual kat mekanik yang sama.


Oleh kerana suami aku ni jenis suka tukag kereta maka dalam masa 19 tahun perkahwinnan hmmmmm kereta yang kami gunakan sekarang ini adalah kereta ke 8 dan ke 9...

ish ish ish...hmmmmmm
'kuda api tak pakai!!!!lesen pun tak dak.'

sekian

Wednesday, April 22, 2009

Idamkan Kamri?

Salam..
Ish ish ish...
ada orang nak lelong kamri..
hmmmmmm...
'BIOR PAPE ASAL BAHAGIA!!'


Tuesday, April 21, 2009

Ingin dalami bidang Psikologi Kanak Kanak? he he..

Salam..
Sila buat essei menggambarkan emosi kanak kanak berrdasarkan gambar gambar yang tertera di bawah:-
CONTOH CONTOH NOTA ADALAH SEPERTI BERIKUT...
AKSI 1 : Si kecil di ajak mandi kerana dikatakan akan di bawa berjalan jalan.
AKSI 2 : AlaNGkah gembiranya si kecil kerana akan di bawa keluar..
bersiap sedia untuk melaram..
AKSI 3 : Si kecil telah MELARAM dan bergaya dengan fesyen terkini yang terhangat di pasaran...


AKSI 4: Tiba tiba si kecil merasai sesuatu keganjilan kerana kakak dan abangnya susup sasap keluar secara sembunyi sembunyi...



AKSI 5 : Si kecil mula merasakan bahawa dirinya telah diperdaya oleh kakak kakak dan abangnya yang seorang itu..walaupun abangnya itulah yang sepatutnya berpihak kepadanya..




Aksi 6 : Alangkah GERAMNYA sikecil kerana tetap ditinggalkan walaupun dah bersiap siap dengan fesyen terkini dan TERHANGAT DI PASARAN...
tak kira!!!
Pedulik apa jiran kata,
aku TETAP NAK MENJERIT DAN MELALAK SEKUAT HATI!!!!
WAAAAAAAA WAAAAAA WAAAAAA.....!!!

he he he
begitulah seadanya..
sekian..





Monday, April 20, 2009

Sembang sembang lagi.. ( bersama Huda)

Salam,

Balik dari sekolah, mengambil Huda dari TRANSIT. Jam sekitar 12:30. Lalu di hadapan sebuah rumah teres..

Huda : Ummi ummi..

Ummi : Ye kenapa?

Huda : Inilah rumah Madihah..

Ummi : Madihah mana?

Huda : Madihah kawan Huda.

Ummi : Oooo..

Huda : Madihah panggel mak dia mami.

Ummi : Okay.

Huda : Ayah dia, daddy..

Ummi : Okay..okay..kalau mak , dia pangge mami, ayah, dia pangge daddy, kalau kakak pula?

Huda :..ERRRR dia pangge Kakki kuttt..

Ummi : NGEH...NGEH...NGEH...kah kah kah!! (nasib engko le Madihah!)

Jom tengok hoki, nak?

Salam..

Petang tadi suami ajak pi tengok hoki. Bebudak lawan..Quater final.

Sebenornya nak bawak si Zainab sebabnya dia wakil sekolahnya baru baru ini.
Dapat no 3 jer sekolah dia dalam daerah HULU LANGAT.
Tapi oleh kerana dia pun letih dan malas nak pergi maka aku berdua duan lah ngan suami.
Ini bukanlah kali pertama aku datang tengok hoki ni..
Dah beberapa kali le juga datang Bukit Jalil ni.

Sebenarnya aku lebih suka datang tengok PERLAWANAN hoki dari tengok PERLAWANAN bola sebab tak sesak..
Boleh relax relax jer..lagipun dulu kat sekolah menengah aku biasa juga masuk pasukan hoki walaupun sekadar duduk tepi padang sebab jadi pemain simpanan.

Cikgu letak aku jadi pemain simpanan sebab selalunya kalau bola datang kat aku, aku suka melompat..
Takut kena gigi..
patah kang siapa nak ganti?
Turun pulak saham kan..ha ha ha..
Aku boleh dribble bola dan pukul bola tapi malas nak tahan bola..he he he..
( yang sebenornya memang aku BUKAN PEMAIN HOKI..aku gatai jer nak sua sua muka kat padang ...kui kui kui..)

Game yang pukul 5 petang ni Sekolah Sukan Bukit Jalil main.
Lawan ngan sekolah dari Temerloh.
Mentang mentang la depa sekolah sukan..
Sekolah dari Pahang tu kena BANTAI cukup cukup..
kena main main jer ngan depa.
Sian pulok aku nengok geng dari Pahang tu di acu acu jer oleh SSBJ.

Tak silap aku geng Pahang kena 8-0 kut..
Aku pun tak terkira sebab depa tak boh result kat scoreboard..
APARAH...
hellloooo..
Organizer, awat yang tak boh result kat scoreboard?
perihatin la sikit.
bukan semua orang termasuk aku ni boleh mai awai awai time game start..
anyway..
hopefully waktu semi dan final nanti depa tak buat lagu ni.
TETAPI dalam pada tu ada juga sesuatu yang aku TERTARIK SESANGAT..
bila tengok jejaka jejaka berdua kat bawah ni all of sudden aku teringat akan dikau wahai kakpah
AMARAN KERAS untuk KAKPAH..dan geng yang senilai taste dengannya
jangan tenung lelama gambar DI BAWAH
aku takut KAKPAH TERPIKAT!!
ngeh ngeh ngeh..
Tijah,
aku rasa engkau pun jangan tenung lama lama..
taste yang seakan akan serupa...awwwwww

APA PUN KITA SEMUA KAN RAKYAT MALAYSIA..
WAN FOR ALL
ALL FOR WAN!
SMILE...

Saturday, April 18, 2009

Sambil tengok pantai..

Salam,
Petang tadi ni, sekira kiranya pukui 3 lebih, aku ngan dua anak aku campur suami pergi le ke Melaka. Saja nak nengok nengok tempat untuk kak Ecah.
Tengok namanya dah keluor kat internet. Dapat buat Matrik sains kat KMM..
jadi aku nengok le alamat tempatnya kat LONDANG?? ape nama tempat tu..
Londang..eeee lebih kurang macam LONDON jer bunyinyer.
Kami pun sampai le ke tempat tu dekat pukui 5.
tak le jauh bebenor dari bangi. cepat jer udah sampei.
entah le..
kut suami teman tu bawak kereta laju..
idak le teman perasan.
teman memang suka bebenor le jalan jalan tengok tempat ni..
lupa le pulok teman nak ngambik ngambik gambor KMM tu..
tak pe ler..
kalau jadi si ecah ni masuk KMM 11/5/2009 nanti, teman updatekan..
InsyaAllah..
Tempatnya tu kat atas bukit tepi jalan besor le juga..
bangunan kat KMM tu idak le lawa benor sebab dah agak lama le juga..
tapi aku kabor kan kat ecah
..alaaa...
kalau buat matrik idak le lama..
setahun jer..
belajo bior bebenor..elok elok..
InsyaAllah
LONDON pun silap silap boleh sampai..
Bila dah round round tempat yang dah tak de orang tu..
(err aku rasa mostly student dah tak ada)
dah tamat belajo le tuu
sebab geng spm 2008 nak mendaftar tak lama lagi
aku pun terus ajak suami ke tepi pantai..
mana lagi kalau tak ke Pengkalan Balak.
buat apa?
ishhh udah datang rehat rehat le kejap..
aku ni memang pantang nampak laut..
mula le menyenap nyenap gambor..
kat bawah ni aku kongsi satu..
gambo biasa biasa jer..
tapi aku suka.
sambil sambil makan goreng pisang..
angin sepoi bahasa
hirup pulak ayor kelapa muda..
mula le lagu 'DJ dep' atau 'kucing lorong' dan sebagainya
terngiang ngiang antara ingat ngan lupa kat telinga aku
apa pun sementara menantikan
mee badung 2
kuew tiow goreng 1
nasi goreng ayam 1..
AGAK LAMBAT BEBENOR LE DEMER NI MASAK
tapi..
wokeh la tuuu
aku nak menghayati SENARIO
petang petang..

sekian

Bulan cuba berbicara..mentari mungkin bercerita..

Salam,
Seumpama aurora di kutub utara
mentari bercerita di dada langit
kisah tentang cinta
kisah tentang senda
warna warna diukir
warna warna digaris
terpahat, terlarik..
sang langit tetap rela..
duhai..
apakah ceritamu itu tanpa akhirnya?
seloka yang penuh warna warna
jingga, merah, biru bersatu..
cerita bersenda
menghilangkan duka
menghilangkan sayu
buat yang mengerti
sang mentari tetap bercerita
mimpi indah
esok
masih adakah sang mentari
untuk bercerita
dan
berseloka..


tetiba aku tertulis sajak le pulokkkk...he he he
oh ye..
lupalak nak letak TRADEmark
LONDANG-BANGI
plus hiway
around 7:10 pm
18/4/2009

Trauma selepas kejadian..

Salam,

Penceritaan kisah di akhir Ramadhan yang cuba aku garapkan dalam entry aku sebelum ini merupakan kisah yang benar benar berlaku dalam tahun 1979. Kejadian yang cukup menggetarkan jiwa kami sekeluarga itu telah memberi kesan yang mendalam buat diriku dan juga ahli keluargaku yang lain. Sebenarnya kejadian itu adalah kejadian kedua dalam bulan Ramadhan yang sama. Ia berlaku pada 27hb Ramadhan tahun itu. Kejadian pecah rumah yang pertama berlaku pada 15hb Ramadhan..mungkin aku akan ceritakan dalam entry yang lain.

Sebagai saksi utama kejadian maka aku terpaksa memberi laporan polis mengenai rupa bentuk mereka yang bolos masuk ke rumahku itu. Apa yang dapat aku gambarkan ialah ketinggian dan pakaian yang dapat kuamati dalam sinar lampu tidur yang samar samar.. Siapa mereka? Tetap menjadi misteri..

Rupa rupanya pada malam itu, salah seorang lembaga itu terluka jarinya ketika memotong pelepah daun kelapa dan dian kemudiannya menggunakan baju putih sekolahku yang tersidai di tepi dinding sebagai pengelap luka di jarinya...
CISSS....naya baju putih sekolahku. Terpaksa di bawa ke balai polis untuk di jadikan barang bukti.

Malangnya apalah sangat kecanggihan POLIS sewaktu itu.. Sampel darah yang begitu banyak terlekat pada baju putihku tidak boleh DI DNA kan untuk menjejak LEMBAGA itu..
Aku terfikir apakah di waktu kini, kiranya ada bahan bukti seperti itu, maka bolehkah pihak polis menjejaki si empunyanya?

....................................................................

Disebabkan kejadian pecah masuk dan 'cubaan menggugut, mencedera atau membunuh' yang telah di lakukan oleh orang yang tidak dikenali itu, kami semua terutamanya aku dan ibu saudaraku mengalami trauma yang cukup dahsyat selepas itu.

Kejadian itu menyebabkan aku tidak dapat tidur nyenyak pada malam malam berikutnya. Setiap malam aku akan terjaga dan memasang telinga kalau kalau ada bunyi yang mencurigakan. Pisau, penukul dan gunting menjadi temanku yang sentiasa ada di sisi setiap kali masuk tidur.

Kalau terdengar sahaja bunyi motorsikal atau orang berbual bual di jalanan selepas pukul 12 malam, aku akan memasang telinga dan jika perlu, mengejutkan bapaku untuk mengawasi keadaan.

Selepas kejadian itu juga aku tertanya tanya siapakah gerangan mereka yang menjadi HANTU LEMBAGA yang tak diundang ke rumahku itu.
Apakah tujuan mereka sebenarnya??
Adakah mereka datang untuk mengugut kami satu keluarga?
Kenapa ibu saudaraku yang diganggu gugat?
Adakah mereka dari kalangan yang dia kenali?

Atau..

adakah mereka ini inginkan sesuatu dari IBU SAUDARA ku?

???????????

sekian.

Thursday, April 16, 2009

Suatu malam di akhir Ramadhan..

Salam..

Aku tersentak dari tidurku. Kelemasan. Bucu kelambu yang aku pasang di selak pintu entah bagaimana boleh terungkai. Kain kelambu yang berbau sedikit hapak itu jatuh di mukaku. Mungkin disebabkan itu aku terjaga..

Aku cuba bangun..
Keinginan untuk mengikat tali kelambu itu semula tiba tiba tersentap apabila kulihat pintu dimana selaknya kuikat tali kelambu telah terbuka luas..
Kelihatan dalam samar samar lampu tidur rumahku, satu lembaga manusia menyusuri masuk ke ruang tempat tidurku..terhendap hendap di sebalik kelambu.

Hatiku berdebar..lembaga ini bukan ayahku..bukan juga adik adik lelakiku. Hanya ayahku sahaja lelaki dewasa di rumah ini. Adik lelakiku yang pertama baru di dalam darjah dua dan sedang baring berdengkur di sebelahku manakala adik lelaki yang satu lagi hanya berumur sekira kira dua tahun.

Aku terdengar batuk berkokol ibu di bilik sebelah.

'Koh koh koh'..

Mungkin ibu minum ais sewaktu berbuka. Mungkin juga panas dan letih kerana menjemput kakak dan ibu saudaraku dari asrama mereka di Ipoh petang tadi.

'Ibu..tolong lah.'
'Bangun bangun..ada lembaga sedang mundar mandir dalam ruang kamarku..' jerit hatiku.

Aku melihat lembaga itu terhendap hendap. Aku menahan nafasku. Debaran jantungku mengepam darah seperti terasa seperti mahu meletus. Kakiku kesejukan..
Lembaga itu begitu hampir denganku. Yang memisahkan aku hanyalah lapis kelambu yang telah menutup separuh muka ku itu..Aku sukar bernafas. Mungkin tersesak dengan lapisan kain itu atau juga mungkin kerana debaran jantungku yang begitu cepat.

Dalam samar samar lampu tidur itu, aku menggigil. Aku berharap lembaga itu tidak menyedari semua itu..


.............................................................sambung

okay... aku cuba sambung selepas rehat dan tidur tengahari Jumaat ni.

Lembaga itu kemudiannya keluar melalui pintu. Ku ingatkan ianya telah berakhir. Lima minit berlalu..
Lembaga itu datang lagi. Kali ini kelihatan berdua. Aku terlalu takut. Aku sekadar memerhatikan mereka. Mundar mandir..keluar masuk rumah melalui pintu di ruang kamar aku yang hanya berdindingkan pengadang kain.
Ya...aku tidak mempunyai BILIK yang sebenar. Sekadar ruang kamar cukup untuk seorang kanak kanak berusia 12 tahun yang masih belum baligh lagi.

Lembaga berdua itu cukup bebas memasuki ruang rumahku. Lesap mereka ke dapur..

'GEDEGANG!!'

Aku terdengar bunyi talam bulat kepunyaan ibu yang mungkin tersandar di dinding jatuh. Mungkin lemabaga itu tersadung talam bulat itu. Kami menggunakannya untuk meletak juadah berbuka puasa tadi. Mungkin ibu saudara terlupa meletakkannya di tempat asal.

Tapi malangnya bunyi itu tak menyedarkan sesiapa..

'Koh koh koh..ehmm ehmm' bunyi batuk dari ibuku lagi.

'Tidak sedarkah ibu atau ayahku? Ada dua lembaga yang sedang bebas lepas di dalam rumah ini. Bangun!... Bangun!...Entah kenapa mereka masih tidak sedar sedar..Mahu apa dua lembaga ini??' jerit hatiku lagi.

Ketakutan menguasai diriku. Aku tidak dapat bergerak apatah lagi untuk menjerit meminta tolong.

Mereka keluar masuk lagi dari pintu itu. Aku melihat dalam samar samar mereka membawa sesuatu. Seorang yang bersusuk tubuh agak kecil memakai baju yang agak cerah dan mempunyai jam tangan yang bersinar samar samar dalam lampu tidur rumahku. Aku tidak dapat mengecam mukanya. Seorang lagi memakai baju yang gelap, agak tinggi dan kurus. Tidak dapat ku kenali juga dalam sinar lampu yang sebegitu.

Hampir sejam mereka mundar mandir, susup sasap dalam rumahku. Entah apa yang mereka kerjakan...dan aku berkira kira menunggu masa untuk ibu atau ayahku terjaga untuk bersahur. Esok masih ada lagi baki puasa untuk 2 hari lagi sebelum Syawal.

Sedang aku berkira kira serta berharap ibu bapaku bangun untuk bersahur, tiba tiba aku dikejutkan dengan satu jeritan yang cukup nyaring dan mengerikan datang dari arah bilik ibu saudaraku.

'TOLONG!! TOLONG!!'...ADUIIIIIIIIII!!!!Tolong...

Ngeri dan nyaring benar suara jeritan ibu saudaraku. Aku yang sememang telah lama terjaga bangun tegak berdiri di tepi katilku. Lembaga yang aku takuti tadi melintas di hadapan ku seperti kilat dan terus berlari keluar dari rumah melalui pintun yang telah lama terpelahang tadi. Aku memasang lampu..
Nampak mereka berlari terus naik ke bukit sebelah rumahku..dan lesap di mamah kegelapan pagi yang cukup dingin dan mengerikan.

----------------------------------------------------

'Siah! Siah!.Awatnya??' ayahku bertanya kepada ibu saudaraku.

'Astagfirullah..'

Kelihatan satu wayar hidup yang disambung ke soket peti sejuk rumahku diikat dengan satu kayu pelepah daun kelapa. Hujungnya yang satu lagi telah dikenakan pada betis ibu saudaraku..oleh lembaga tidak berwajah itu.

Lebam betis ibu saudaraku dan dia begitu lemah sekali..

Apa motif lembaga tadi?
Mengugut?
Merompak?
Cubaan membunuh?

------------------------------------------------------

................dan kejadian itu tinggal menjadi misteri sehingga ke hari ini dan aku.......ya aku...

aku ADALAH SAKSI UTAMA....

sekian.




Wednesday, April 15, 2009

Apa rasanya kalau orang mengata bangsa kita pula??

Salam,

Melayu pemalas..
Melayu kuat rasuah..
Melayu tak sayang agama..
Melayu cakap besar..
Melayu biar papa asal bergaya..
Melayu suka rehat, tak suka kerja..
Melayu tak reti meniaga..
Melayu gila kuasa...
Melayu suka hiburan tapi tak suka ilmu..
Melayu tak open MINDED..
Melayu tak tepati janji..
Melayu kerja tak bersungguh..halai balai jer..
Melayu tak tepati waktu..(JANJI WAKTU MELAYU..ha ha ha a common one)

MELAYU...LAYUUUU..seperti namanya??
amacam..??
racist ke kalau orang lain pula mengata kita?

hmmmm..aku memang le tak setuju dengan statement statement di atas..
tetapi tengok lah di sekeliling anda..

terpulang..

smile..and don't get mad!

Tuesday, April 14, 2009

Seandainya..

Salam,


Dalam mengharungi kehidupan ini, kita seringkali menghadapi situasi genting yang membuatkan kita berasa serba salah. 'Ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Adakalanya perkara perkara ini di luar jangkaan kita. Kadang kadang ada kawan lama yang suatu ketika dulu begitu rapat dengan kita datang merayu rayu pada kita untuk menolongnya. Tak ditolong, kita begitu kasihan kerana dia adalah kawan baik kita. Bila dah ditolong, entah kenapa kita pulak yang ditimpa kesusahan akibat perbuatannya. Bak kata orang, 'susu diberi, dibalasnya tuba'. Atau juga seumpama 'melepaskan anjing yang tersepit di tengah jalan'.


Kita menolong kawan kerana mengingatkan bahawa kewajipan kita sebagai seorang muslim. Tetapi yang peliknya apabila tiba tiba kita pulak yang susah akibat perbuatannya itu, dia langsung tak ambil kisah, tak ada rasa bersalah walaupun sebesar hama sekali pun..

CIS...kawan apa namanya TU!


Aku terkenangkan suatu ketika, ada seorang kawan yang datang merayu rayu suamiku untuk menolongnya membuka syarikat. Hampir setiap minggu dia datang berjumpa dengan suami aku untuk mendapatkan idea suami yang sememangnya berupaya untuk memberikan butiran dan keperluan yang dikehendaki sehinggalah atas pujuk rayunya suami aku dijadikan SESEORANG dalam syarikat IMPIANNYA itu...dan suami aku melepaskan jawatan selesanya di tempat kerja yang tersedia ada.


Dalam masa dua bulan yang pertama, suami aku pergilah bekerja setiap hari menolong 'syarikat' itu untuk kerja kerja 'SET UP'. Dan titik peluh suami aku tu seolah olah hanya kerja 'SUKARELAWAN' kerana tiada dibayar duit gaji, duit minyak atau duit belanja makan!

Hai..pakcik ni pun BETUI BENDUI le jugak..sehinggalah aku face to face dengan my husband!


Apalah diharap pada orang yang beiya iya begini. Menyuruh kita bekerja dan set up bisnes untuknya sedangkan duit gaji dan duit perbelanjaan seharian tidak sedikit pun diberinya. Anak bini, duit rumah dan duit kereta semuanya perlu dibereskan. Aku pula TIDAK BEKERJA. Sekadar menjadi suri rumah tangga.

Hari berganti hari...
Lama kelamaan suamiku tersedar dirinya DIPERGUNAKAN oleh seorang KAWAN ini....
CARI KERJA BALIK..6 bulan juga mencari cari kerja..Hampir habis duit simpanan digunakan semasa IN-BETWEEN JOB itu. Perit juga la ..

Kadang kadang memang ada kawan yang sebegini. Tidak memikirkan orang lain. Yang difikirkan hanyalah kesenangannya sahaja. Bila kita susah, tak nampak BAYANG atau BATANG HIDUNGNYA dah...Time dia susah, kemain lagi baiknya..

BISNES?? hmmmm pandai pandai lah dia..
( ko nak? ko sambung le belajar ekonomi ke, perbankan ke atau ape ape yang sewaktu dengannya..set up bisnes pisang goreng lagi ada PAEDAH..)

sekian..

Monday, April 13, 2009

Aulad Perdana beri saingan hebat!

Salam,
kalau sesiapa tak baca blog Kakpah lagi (auladjannah.blogspot) gi le baca dulu..
Aku punya entry ni tambahan kepada LAPORAN SUKAN kakpah.
Dari persektif seorang guru di Aulad PERDANA.
BIASED??..mesti dah!!
Mestilah aku sokong habis habisan anak anak yang pakai baju PURPLE!
Aku sebenarnya memang bawa kamera tapi kamera aku tu lebih banyak tersimpan dalam beg dari digunakan..
Seperti biasa, kalau dah bertugas mengejar anak anak ke sana ke mari maka memang le tak sempat mengambil gambar.
Cekup anak sana, cari anak sini..
Ada kaki.
Mana boleh duduk diam setempat!
tempat lak STADIUM..
ikut suka hati demer jer..
kat bawah ni:-
AULAD PERDANA ...proud in their PURPLE SPORT ATTIRES!!
Anak murid kebanggaan aku!
ADI AIMAN ARIFF b SHAMSURI
aku dah agak dia boleh beat semua runners dari AULAD lain..
JUARA WEHH... lari pecut 6 tahun!!
lead jauh tinggalkan peserta lain..
walaupun kecil cilik..tapi power pecut dia mengkagumkan..
Here is another sprinter..
dapat 2nd place after Aiman.
Fauzan pun ada potensi.
Kalau badan dia stay lean and tall..
Insyallah..ada harapan sebab stail lari dia pun dah macam GOOD RUNNER
Tahun ni juga Perdana bagi saingan hebat acara tarik tali.
Walaupun NAIB JOHAN2009..kalah kepada MESRA
namun kami guru guru PERDANA tetap BANGGA!!
dan
errrrr..
errrrr..
akhir sekali ..kat bawah tu hadiah REZEKI TERPIJAK aku la...
alah sebenarnya aku taknak tau!! tapi...tapi...tapi..
hadiah hadiah tu tetap nak datang kat rumah aku..
so aku terima jer lah
keh keh keh...



sekian.



Sunday, April 12, 2009

Hari Kecemerlangan Murid SMKJ3

Sabtu,11 April 2009
Telah berlangsung majlis penyampaian hadiah serta sijil bagi meraikan murid murid serta guru yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum di SMK Jalan Tiga.
Maryam telah balik dari MRSM semenjak hari Khamis lagi kerana kebetulan ada minggu bahasa dan MRSM Kuala Lipis menjadi tuan rumah.
Seronok sungguh si Maryam dapat jumpa kawan kawannya yang ada juga balik dari sekolah Teknik, SBP dan MRSM yang lain. Terdapat ramai juga kawannya yang mendapat result yang MANTOP tetapi masih meneruskan lagi pelajaran di SMK Jalan Tiga meskipun mendapat tawaran ke SBP.
Kelihatan gambar di bawah barisan pelajar yang mendapat 8A dalam PMR 2008.
Maryam bersama dengan rakan baiknya..
' Ummi..tak nak pergi balik lah ke MRSM Kuala Lipis' kata Maryam.
'Ish......dah pergi, cikgu kamu kata BELAJOR BETUL BETUL! DENGOR cakap cikgu tu!'

Ye..bukannye lama pun..
2 tahun jerrrr..


Sekian..

Quran diturunkan untuk Orang ISLAM jer ke?

Salam,

Betui ke orang Islam je boleh baca quran?
Orang bukan Islam dilarang?

Isi kandungan Al-Quran itu untuk diselidik oleh orang Islam jer?
hah..??

Dulu waktu kat US aku ada seorang kawan. Nama dia Kathelin Gondo. Dia beragama Christian. Tapi dia berbangsa Arab. Asalnya dari Iraq..Mak ayah dia lari ke US waktu perang Iran-Iraq.
Jadi dia dah mendapat status Rakyat Bermestautin US.

Kalau ada bro bro dari Palestine atau geng Arab datang kat kami, dia akan sembang sembang dengan diorang..dalam Bahasa Arab.
Alahhh....kan dia pun MINAH Arab...memang le pandai cakap Arab. Tetapi aku pula TERNGANGA sebab aku bukannya gheti cakap ARAB.

Entah macamana satu hari, aku bawa Quran terjemahan (berbahasa melayu le) ke kampus. Kalau tak da kelas aku baca baca juga Quran ni supaya aku rasa le sikit aku ni orang Islam (di tengah tengah suasana orang emerika tu)

Tiba tiba datang le Minah ni kat meja study aku kat Student Lounge tu..

Dia tanya aku buat apa..study ke?
Aku kata aku baca quran japp..
Dia tanya aku faham bahasa Arab ke..atau boleh bertutur dalam bahasa Arab?
Aku kata TAK! Tak faham bahasa Arab tapi aku boleh baca tulisan Arab yang ada dalam Quran tu..
Lepas tu dia gelak..kik kik kik...dia gelak..

Dia suruh aku baca. Aku baca le dan dia check aku punya bacaan.
Dia kata sebutan aku macam ARAB tapi SAYANGNYA aku tak faham apa yang aku baca.
SEDANGKAN dia faham apa yang aku baca ituuuu..
Dia geleng geleng kepala..
Dia kata macam mana aku boleh percayakan sesuatu benda yang penting dalam ISI KANDUNGAN al-Quran itu sedangkan aku sekadar boleh baca tapi tak faham maksud...

wehhhh..aku pulak rasa SAYUUUU sesangat....sedih sedih sedih....
Korang pulak?

Saturday, April 11, 2009

Semangatnya telah membara..

Salam,

Pukul 7.20 am tadi aku dapat panggilan.

'Ni cikgu Hida ke?'

'Ye saya..' aku ni tengah rehat rehat dan ngantuk ngantuk nunggu nak hantar anak kerja.

'Betulke sukan Aulad buat kat stadium seksyen 15 ni, cikgu?'

'Ye lah betul la..kenapa? Siapa ni?' aku bertanya.

'Ni mak Ha......Saya dah kat stadium ni cikgu. Nak ngejarkan awal datang 7.15 am. Sekali saya datang tengok ada juga budak budak berkumpul untuk sukan. Tapi budak SEKOLAH LAIN cikgu...'

KUI KUI KUI..aku dah gelak dah...( TAK BAIK TAU youuuu..)

'Laaaaa ish ish ish kenapa datang hari ni. SUKAN AULAD ESOK, HARI AHAD. Hari ni SABTU!' aku kata kat mak Ha.... sambil ketawa ketawa kecil walaupun sebenarnya PERUT AKU nak mengigil nak ketawa beso!!

Anak aku Si Rahmah, yang menumpang pasang telinga dah terkekek kekek gelak pepagi hari....

'ISH BERKOBAR KOBAR nyer semngat anak murid UMMI ni ' kata Rahmah..

'...rujuk balik buku aturcara SUKAN AULAD yang dah kami edarkan pada anak kelmarin ye Puan..' aku letak telefon sambil sambung gelak..

KUI KUI KUI..macam macam KISAHNYERRRRR....

DiULANGI sekali lagi.

Event : Aulad's SPORT DAY
Day : SUNDAY 12th April 2009
Venue : Staduim MPKJ, SEksyen 15, BBBANGI TAU!! ( bukan kat KAJANG)
Time : 7:30 am ON THE DOT!!

Komer jangan le buat pewut aku ngeletek nak ketawa....!! pepagi ni tak jadi aku nak sambung tidoooorrr..

smile..

Friday, April 10, 2009

Pagi yang tak sempat nak mandi..ha ha ha..

Salam,
Ho ho ho...malam tadi malam Jumaatkan?
Pagi ni aku tak mandi pun..he he he

Suka hati aku le nak mandi ke tidak!
Engkorang peduli apa..

SIBUK!

Pepagi lagi, tak masuk subuh lagi, aku dah menyetart kereta..
err maksud aku kereta lembu aku tu.
Sebab kereta aku tu besonya cam lembu jer..
(Setakat beso lembu jer..bukan beso gajah pun!)

Senyap senyap aku keluor..
errr sorang sorang ke?
SEBELUM SUBUH?
MERAJUK?

takkkkk lah..you ni!
.
.
.
.
I kena hantar siDia pergi airport.
Flight pukul 8.05 am ke Singapore.

Oleh kerana takut lambat maka pukul 5.15, kami dah bertolak. Suami aku cerumm cerummm le kat bilik ayor tu. Takut ngantuk lak kalau tak mandi. Lagipun dia nak NGORAT peremugari..katanya...amboi BANG!
(PITNAH! PITNAH!..suami aku tak gituuuu..errr boleh caya ke?)
Aku malas bebenor le nak mandi pagi awai awai buta lagi tu.
Ingat bila dahh balik rumah semula jer mandinya.

Elok sampai KLIA masuk subuh. Terus dropkan suami kat perlepasan antarabangsa.

Lepas tu aku memikir mikir pulak aku nak solat subuh kat mana?
Kat petronas Stesen seriau gak..
Pastu aku decide solat kat masjid KLIA.
SERAAAMM gak pepagi gelap lagi ni..
Takut juga kalau kat tempat orang pompuan tu ada PONTIANAK menyamar manusia ke apa ke kan kan kan..aku dah le sorang sorang.

Tapi Alhamdulillah ada jemaah perempuan. Ramai gak.
Waktu aku ambik wudhu' dengar tok Imam baca ayat sajadah..biasa la.
Pagi Jumaat. Masjid KLIA. Tok Imam baca sedap kemain...walaupun jemaah tak berapa kerat.

Masbuk..aku masuk rakaat ke dua.

Selesai demer solat, riuh makcik makcik jemaah tanya apasal tok Imam sujud pastu bangun sambung balik bacaan..Ishh..aku ni tengah solat rakaat kedua jadi tak kusyu' lak.
Kut ye pun tak tahu, cakap le pelan pelan sikit..
Ishhh...komer tahu ke kenapa?
hah..cuba cerita sikit apa bacaan sujud SAJADAH..

Elok USAI solat ( ewah..bahasa orang blog) ..bergegas telipon gerak anak anak.
takut gak tak bangun tidor demer ni..
Sampai rumah anak anak dah siap bangun, mandi pakai baju..tunggu mak demer.
weeeehhh dah pukui 7.10 am..

Aku tukor baju jer ler.
Okay gi sekolah TAK MANDI..

he he he..
suka hati aku ler
kan kan kan..
(BUKAN AKU NAK KENA WAJIBNYA..sunat jer)

sekian

Macam biasa kudengar nama nama itu..

Salam,

NOBISHA ( Norizan b Sharif), Dr Puad Zarkashi...hmmm macam biasa jer aku dengan demer demer ni...

OHHH apasal pulak aku tak kenal..
Hmmm mungkin demer ni geng grad US kut..
Mungkin waktu aku kat US demer ni ler yang dok berKHIDMAT dalam MISG.
Rasa rasa aku lerrr..
MUNGKIN sebab tu ler aku kenai..

demer demer tu ingat ke lagi nama ni, DR WAN MUHAMMAD HASNI?
Eh! mana pergi dia yer setelah ABRAR?
.
.
.
Mungkin ramai yang dah lupa...ye lah..Melayu MUDAH luperr..
apa apa lah..

dan..eh Mazidol, hang ingat aku dak?..alah... kan kita sekelas dulu..

he he he..

sekian.

Thursday, April 09, 2009

Bismillahi tawakkaltu 'alallah..SUKAN AULAD!!!

Salam..

Rasa tertekan juga kalau dah letih melatih bebudak ni untuk bersedia dalam acara sukan, tup tup mak demer kata tak boleh datang..

kesian bebudak tu.. ( lagi kesian pada cikgu yang melatih dan mengharap nak tengok anak muridnya berlari lari mempamerkan sedikit skill berkawan dan berpasukan..)

alahai alahai..
aku rasa sayu le sesangat!! sedih juga le..

Yang tak boleh datang tu termasuk le RUNNER pasukan lari berganti aku, si Luqman.
Dia mungkin tak datang sebab minggu ni nenek kat kampung sakit kuat. Dah tak datang semenjak hari Selasa lagi.
Sian kat Luqman ( sian kat cikgu Luqman) dan simpati juga pada keluarganya..

Lagi yang tak dapat hadir pula, si Suhail..keluarga pergi Melaka kata bibinya..sebab musabab tak le aku tahu..mungkin ada kenduri kut.

Shamim pula tak dapat datang sebab mak dan ayahnya dah tempah tiket untuk pergi hari kecemerlangan abangnya kat SBP..hmmm..buat cam no..
( aku pun nak kena hadir Hari Kemerlangan anak aku Sabtu ni. Si Maryam balik hari ni dari MRSM untuk ambil hadiah PMR dia tu nanti)

Terpaksa la aku mencari pengganti untuk gantikan tempat mereka yang tak datang ni.

Aku berharap sangat la pada mak ayah supaya bersiap sedia awal. Jangan macam tahun lepas. Ada yang 8.30 pagi baru sampai..Anak dah terlepas acara yang disertainya.

SUKAN AULAD start selalunya awal sebab kita tak nak anak kita BERJEMUR TERLALU LAMA nanti..
(cikgu pun berpinau mata kalau dah lambat sangat..BERDESING panasnya..)

So by 7.30 a.m patut semua anak anak dah bersedia di padang...Lagi awal habis lagi bagus.

(tahun lepas mak ayah ramai yang ingat start pukul 8 a.m..jenuh cikgu nunggu anak sebab nak cukupkan KORUM pasukan..)

SO JANGAN LUPA BAWA AIR dan makanan juga sebab nanti tengah tengah cikgu berlari terkejar ke sana ke mari, mak ayah sibuk menanya cikgu..'ERRR ada sediakan sarapan tak cikgu untuk anak anak ni?'
Memang le ada tapi untuk ANAK AULAD sahaja..jadi kalau dah datang ngan mak ayah, adik adik dan atuk nenek kenalah pandai pandai bawa bekal sendiri..

DAN YANG PALING PENTING, JOM BERI KERJASAMA UNTUK KELANCARAN MAJLIS SUKAN INI...INSYAALLAH..

oh ye...anak anak YANG MASUK ACARA TARIK TALI, jangan balik sebelum berentap TAU!
Lawan tetap lawan...he he he...
(menang kalah..biasele..dah adat bertanding.....)

kesian...

errrr maksudku
sekian..

Tuesday, April 07, 2009

Nauzubillahiminzalik..

Salam..

Minat aku tidaklah sedalam kakakku dalam arena politik MALAYSIA..
Tetapi mahu tidak mahu, dalam kehidupan kita terpaksa akur dengan rentak tari dunia dan mainan politik hari ini.

Sebenarnya kehidupan ini adalah politik..
Kita berdepan dengan politik di mana mana kerana POLITIK adalah cara pemerintahan, cara pengurusan, cara pentadbiran takkira samada pentadbiran itu dalam rumah tangga, dalam masyarakat, di tempat kerja , satu negara seperti Malaysia ini atau seantaro dunia barangkali.

Semuanya memerlukan pertadbiran yang cekap.
dan sebagai KHALIFAH yang Allah dah turunkan, manusia dipertanggungjawab MENTADBIR dunia ini mengikut LANDAS yang telah ALLAH gariskan dalam Al-QURAN..

AM I SOUND TOO SERIUS??

Dan memang sebenarnya MENTADBIR dunia ini bukan mudah!..manusia TERPIKUL tangungjawab itu. Mahu atau tidak, kita semua telah dilantik..
dan kita semua TERTANGGUNGJAWAB dengan tugas itu!!

come on...Be alert my dearest friends...be careful...take care!

Ya Allah, selamatkan Malaysia dari BALA BENCANA!!

sekian

Monday, April 06, 2009

Saingggg..

Salam,

'Saing' bukanlah perkataan asing.
Maksudnya memberi reaksi berlawan..
'Bersaing' maksudnya berlumba.

Tapi yang peliknya waktu aku di Shah Alam dulu, masa mula mula belajar TOEFL, kawang kawang aku yang datang dari Ganu kita, selalu kata, aku ni SAENG demer..
PELIK???

Ohhhh..
setelah diberitahu maka tahulah aku bahawasanya 'saeng' di Ganu maksudnya 'teman atau rakan seperjuangan...'
Mula mula dulu kecik gak hati aku ni..
Al maklum, aku ingatkan demer ngata aku ni LAWAN demer.
Bila masa pulak aku nak lawan?
Aku nak berkawan bukannya nak berlawan..
he he he..

Okay..
Mengimbau kembali kenangan bersama 'saeng' dari Ganu dulu dulu..

Waktu aku belajar TOEFL, aku berkawang baik ngan sek sek (geng) Ganu.
Bilik aku ada 3 oghang budak Ganu.
Ana, budak BESUT.
Uzi, budak Kuala Terengganu.
E, budak Kuala Terengganu dan juga merupakan SEPUPU pada Uzi.

Ana ngan Uzi pulak satu sekolah, Budak Sekolah Sains mana ye..
Sains Dungun ke mana tah..aku tak ingat.
Tapi Ana headgirl sekolah dia. Memang ada gaya dan tanjak seorang pemimpin.

Entah bagaimana selepas layak masuk KPP (Indiana University), aku diajak Ana untuk pergi ke rumahnya di Besut.
Dan oleh kerana aku ni memang tak pernah menjejakkan kaki lagi ke Terengganu sewaktu itu, maka aku pun tidak menolak ajakannya.

Pada satu hari di awal percutian semester , aku, Ana dan seorang lagi budak Ganu, Dilah menaiki bas ke Besut. Rasanya kami naik bas yang ke arah Kelantan (mungkin Kota Baru) sebab Besut tu dah sempadan.

Bas tu bas malam..lajuuuuuuu...memang menyeramkan. Dan aku rasa tidurku agak tergugat dek KELAJUAN BAS yang seperti jet pejuang itu.

Sampai Besut subuh subuh hari..

aaaahhh dah Jejak Ganu...

Awal awal lagi mak dia telah tunggu dan sediakan NASI BERLAUK! Nasi BERLAUK yang ada ikan AYE tu..
Aku yang masih mabuk BAS dan tak makan IKAN AYE,
( ikan tongkol a.k.a ikan kayu..feveret orang GANU )..termenung seketika!

Oh nooo..oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati mak Ana yang bersungguh menghidangkan NASI BERLAUK ( nasi yang agak lemak dan berlauk masak lemak ikan tongkol ) maka aku makan juga..
(Yang sobonarnya sebelum itu, aku TAK pernah makan pepagi HARI nasi berlauk masak lemak maka jenuh juga aku nak habiskan sepiring nasi itu..)

Kemudian 2 hari berikutnya HUJAN sepanjang masa...
errrr..silap timing datang GANU..
MUSIM tengkujuh dah hampir tiba..maka orang Kelantan dan Terengganu bersiap sedia sambut BANJIR.

yang sebenarnya, aku datang Terengganu sebab KEPINGIN nak tengok laut. Lebih tepat lagi nak merasai deruan angin dari LAUT CINA SELATAN..
(kalau belah pantai BARAT, hanya rasa laut SELAT MELAKA jerr..angin kurang sebab terlindung dek SUMATERA)

Di satu petang yang cukup berangin tetapi tidak hujan, ayah Ana bawa kami ke pantai..
AAAAAaaaa angin musim tengkujuh! mabuk aku dibuatnya..
(MEMANG le JAKUN laut..dan tak layak jadi MENANTU anak PELAUT..ha ha ha)
...tapi laut China Selatan cukup luas..Sayup..lapang..bebas..lepas..

Dan aku tak hairan kalau ada anak GANU yang Nostalgik..sebab gamitan di pantai Ganu mungkin dapat menghasilkan Gurindam dan Puisi....mungkin berkilo kilo banyaknya..
seperti hasil lautnya juga!!
.............smile......

Sunday, April 05, 2009

Diajaknyer aku bersiar siar pulak...ish...


Salam..

Suami aku ni memang le baik..

Setelah aku dapat TIDOG seround lepas habis sukan Pasti tengahari tadi,
dan sebaik sahaja selesai zohor, diajaknya aku bersiar siar ke LUKUT..
Saja survey survey tempat untuk FAMILY DAY tempat kerja dia..
Lega sikit otak dan badan aku tengok laut..
Tenang jer..
Tak jadi aku nak MC esok..
he he he..
Ingat nak suruh KAKAK aku kirim MC
ha ha ha..
Tak pun minta MC dari kengkawan yang jadi doktor kat mana mana..
kui kui kui..
(alamak..pecah tembelang!!)
Gambar bawah adalah gambar kolam renang hotel..

So aku nak share korang..
pemandangan aku dan suami yang berdua duan di tepian laut ini.
Hmmmmm
Bila kita nak tidur kat sini bangggg...
smile..

Selesai satu BAB..

Salam,
Dah selesai sukan PASTI F4,Melor dan Seksyen 15.
Aku selaku tukang jaga hadiah, boleh tahan jugaberjemur..
Mengejar peserta untuk ambik hadiah ..
Hadiah mengejar peserta..
(sebab takut ada yang keriau tak dapat hadiah)

Segala makneka GAMBAR aku tak dapat nak ambik sebab YANG JADI CAMERA WOMANnya siapa lagi kalau bukan SI KAKPAH tuu..
Mungkin sekarang ni, dia tengah sesibuk meng 'update' gambar dalam blog BRO HEMI dia ataupun BLOG dia sendiri..
kui kui kui...

MINGGU DEPAN SUKAN AULAD PULAK!!
HOPEFULLY tak hujan macam hari ini..InsYALLAh..

psssttt..
hadiah 'REZEKI UNTUK SIAPA'..
no aku, suami dan anak yang jadi PETUGAS..NAIK NOMBOR..
MEMANG LE REZEKI..
alhamdulillahhhhhhh.....

sekian..(aku dah tak larat ni!! errr...psst esok BOLEH MONTENG SEKOLAH tak? he he he)

Saturday, April 04, 2009

SUKAN! SUKAN! SUKAN!

Salam..
Err..hari ni..
(sekarang waktu di komputerku menunjukkan pukul 4.20 pagi...)
(bukan stay up..saja terbangun awal pulok )
Sabtu 4 April 2009
ada sukan sekolah menengah.
Sekolah menengah anak aku.
Kelmarin dia beritahu yag dia masuk kawad.
Kena beli kasut KAWAD yang hitam berkilat!!
Harga RM35..
okay..go ahead..
Kawat jangan tak kawat.
Dia dari pasukan KAWAD Puteri Islam.
Tahun lepas, pasukan PUTERI ISLAM yang pinky tu..
MENANG KAWAD KAKI..
ishhh..
aku kalau jadi BUDAK LELAKI yang dalam pasukan lain contohnya kadet polis ke, bomba ke, pengakap ke..
mesti MALU..
ditewaskan oleh pasukan PINKY
ha ha ha..
nasib korang le kan..
Bagi aku YANG PERNAH JADI Naib Pengerusi Puteri Islam sekolah time dulu dulu..
tumpang BANGGA..
________________________________
Esok pula
AHAD 5 April 2009
3 buah TADIKA akan berentap pula di tempat yang sama..
BUKAN AULAD tau!!
Tapi ..
Tadika PASTI F4, MELOR dan SEKSYEN15..
aku sekadar jadi tukang beli hadiah hadiah
di bawah ni sebahagian dari hadiah untuk acara LAST!
'REZEKI UNTUK SIAPA?'!!
errr..notebook tu..tak masuk senarai ye..
SPONGEBOB tu boleh le..
he he he..
'majulah sukan untuk negara'
sekian


Thursday, April 02, 2009

Siput sedut Tijah..

Salam..
Siput Sedut Tijah akhirnya telah berjaya merayap dan sampai kat mangkuk rumah aku..
he he he..
walaupun aku bukanlah dari golongan yang reti makan mende ni tapi dengan ilmu yang Tijah ada akhirnya sesiput yang begini menjelma entah bagaimana di rumah aku..
Fuyooooo..
Dahsyat kau Tijah..

Wednesday, April 01, 2009

Trong..

Salam,

Suami aku anak kelahiran TRONG..hmm pekan Temelok to be exact!
Ada apa kat TRONG?
Ada apa kat pekan kecik Temelok tu?


Errr..yang aku tau Trong ada Roti RIA..masih ada kah kilang Roti BUMIPUTRA ini?
kat Trong juga ada sekolah agama yang terkenal kat Batu 8...
Kat Trong juga ada air terjun.
Juga ada dusun durian peninggalan datuk suamiku yang kini milik keluarga anak maklong suamiku. Boleh tahan juga rasa buah duriannya.


Di Trong juga ada rumah Mak Lang suami aku. Rumah Mak Wa suami aku. Rumah Mak Ngah. Rumah Makcik..semuanya kakak kepada ayah mertuaku.
Anak anak mereka memang ramai ramai belaka. 10, 9,12 orang..

Mereka adalah anak kelahiran TRONG. Sepupu sepapat suami aku.
Tapi ramai yang dah tak tinggal di situ. Semuanya mempunyai rumahtangga sendiri..
Ramai yang bukan lagi menjadi PENGUNDI di TRONG.
Ramai yang telah menjadi ORANG LUAR tetapi KELAHIRAN TRONG.

Mungkin ada di antara sepupu sepapat suami dari kalangan ahli UMNO.
Mungkin juga dari PAS.
atau mungkin juga orang ANWAR..
ya lah..dah ramai..

masing masing ada sebab masing masing..
tapi setahu aku kebanyakannya tidak tinggal lagi di situ. Yang di situ pun entah berapa kerat sahaja..

Dulu, sewaktu Tokwan suami aku masih ada, aku selalu balik ke Temelok,TRONG.

Tapi setelah Tokwan meninggal dunia dalam tahun 1993, rumah Tokwan di pekan Temelok tu dah dijual. Tok pun dah tinggal di IPOH. Dan TOK pun dah jadi PENGUNDI di IPOH!



Semasa hayatnya, Tokwan suamiku orang KUAT UMNO TEMELOK...
Tokwan Daud pernah dilantik menjadi ahli Majlis Bandaran Taiping dan dianugerahkan PJK oleh Sultan Perak

Tokwan juga amat bangga dengan seorang yang bernama PM!
Dan sewaktu Tokwan ada, letih juga aku mendengar segala PANDANGAN serta ISI HATInya terhadap UMNO dan PM..
PM beginiiiii..PM begituuuu..
(aku mendengar kerana dia orang DEWASA yang perlu dihormati)

hmmm....cucu tokwan pula bagaimana??

cucunya seperti dirinya.....
seorang rakyat yang diperah keringat hari ke hari...

Tapi cucu tokwan tetap hormat tokwannya.
Sebab tokwanlah yang mengenalkannya pada solat lima waktu.
Tokwanlah yang membawanya setiap hari dan waktu ke masjid semenjak dia berumur 7 tahun.


dan tokwan pernah berpesan padanya..

'JANGAN SEKALI KALI MENINDAS ORANG BAWAH'
kalau dah jadi orang atas..


dan aku terfikir...
kalaulah TOKWAN masih ada dan melihat rentak tari POLITIK hari ini, apakah Tokwan masih boleh menyanjungi si DIA itu?


entahlah..
LAIN ULU, LAIN PARANG..dan Temelok, Trong tercatit sebagai tempat kelahiran suamiku..
tetapi bukan lagi tempat tinggalnya.
TEMPAT JATUH LAGIKAN DIKENANG..

sekian.