Sunday, February 01, 2009

Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu pula?

Salam,
Setelah Che Det turun takhta maka baru la ada ura ura nak jadikan subjek Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Melayu semula..
Pening kepala budak budak..Entah apa apa. Kacau bilau dibuatnya.
Bahasa Inggeris budak pun tak tara mana..
Matematik dan Sains tambah merana..

Kesian..bercampur geram...Meluat pun ada.
Yang jadi mangsa anak anak kita. Anak anak aku yang tengah dok belajar ni.
Bukan sikit tau! Berceretek..

Cikgu pun dah naik konfius. Mula mula hari tu, sekejap sekejap cikgu pergi kursus..
sekejap sekejap pergi kursus...KURSUS BAHASA INGGERIS.

Kadang aku hairan la. Pasal apa arahan Che Det dulu tak dibantah habis habisan.
Yang mengajar kat sekolah bukan dia tapi CIKGU!
Yang nak menghadapi murid bukan dia tapi CIKGU!
Patut geng geng CIKGU MELAYU kena bangkit ramai ramai TENTANG habis habisan macam geng SIFU SIFU China tu. Mak pak macam aku pun kena SOUND mati matian akan isu ni.
(kira menghasut ke ni..ek eleeehh..ini dari hati seorang IBU lah...NGOKKK!!)

Nampak result UPSR dan PMR keluar wahhh..glemer! Aku tak menafikan memang budak budak dah semakin canggih berbanding dengan zaman aku dulu tapi aku merasakan ada mainan politik untuk 'mencantikkan' result budak budak..

Dengar dengar nye ada yang cakap graf 'bell' dalam dua subjek ni diginjakkan ke paras yang seminima mungkin.
Entah ye entah tidak..tapi kalau itu berlaku..
memang Al-BAGHALun lah..!

Ape ke Al biu lan nye nak buat sesuatu tak sediakan LOGISTIK awal awal.
Cikgu tak bersedia..
Sekolah tak bersedia..kalang pukang bagi arahan..
hah..Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Kalau selama ni cikgu dah ada ABM, lagu lagu..teknik teknik dan sebagainya dalam bahasa Melayu kena le tuko semuanya dalam bahasa Inggeris.

Aku teringat video yang sorang cikgu Matematik ni buat. Ada nyanyian lah..menarik la juga .. aku ingat lagu pasal bulan..
Senikatanya lebih kurang macam ni la :-
'Januari bulan satu, Februari bulan 2, Mac pula bulan 3..bla bla bla..sampai bulan September bulan 9..hati dap dup dup ....dekat UPSR.' kira gitu lah..

Memang kreatif cikgu yang membuat video tu. Bagus! Boleh dipuji!'
Video tu aku beli CDnya. Ori lagi.
Tapi bayangkan cikgu tu kena ngajo Matematik dalam bahasa Inggeris pula. Nak nuko semua lagu lagu yang menarik tu ke Bahasa Inggeris. Tentulah kena gubah kesemuanya. Dari senikata hinggalah ke rentak lagu. Takkan nak buat joget matematik dalam bahasa Inggeris..
Hancur..
Kena buat ala ala lagu rap..Yo Yo OO..Tak pun buat ala ala SHUFFLE punya rentak..
JADI camno??
mestilah benda benda ni makan masa. Buat senikata lagu dalam bahasa Melayu pun tak semua orang boleh buat. Inikan pula nak mereka cipta lagu lagu MATEMATIK dalam bahasa INGGERIS yang boleh menarik budak budak untuk belajar sekaligus mengingat dan menghafal.

Bukan senang..

Dan aku tumpang kesian kat cikgu yang berhempas pulas nak ngajo budak dalam bahasa yang mereka sendiri pun tak berapa mahir ..kemudian nak bagi budak FAHAM subjek MATEMATIK dengan bahasa yang anak murid itu pun BLUR!

So politikus kat luar sana tu..tolongla..guna akal kat kepala. Jangan guna kepala lutut!

sekian

6 comments:

ibundo said...

nak tambah lagi satu:
yang ngajo dekat rumah bukan dia tapi mak bapak.
yang nak menghadapi anak-anak bukan dia tapi mak bapak.
penin..penin..

Brahim Nyior said...

Apa pun, sejak dahulu lagi saya tak setuju PPSMI, sebab lain yang sakit, lain diubat. Jika nak tingkatkan BI, tambahkan masa P&P English. Wajibkan ia lulus dan tingkatkan kualiti serta kuantiti guru terutama di luar bandar.

Zaman Chedet, orang tak berani. Tokoh bahasa pun angguk jer, jaga periuk nasi. Baru-baru ni, dalam persidangan tertutup, Chedet secara peribadi jelaskan PPSMI satu tindakan yang silap terhadap bahasa Melayu. Dia dah tak jadi PM, dia serah pada PM sekarang. So, macamana Kak hida oi?

ASH said...

Kak Pah,
Tu lah pasal..saya faham soalan Matematik yang dalam bahasa Inggeris tu tapi anak tak faham..Nak faham bahasa satu hal..nak faham konsep satu hal..Nak dapat jawapan yang betul satu hal lagi..Ber hal hal lah jawapannya!!

Brahimnyok,
Sibuk nak buat benda yang bukan bidang dia..Inilah jadinya.
Rasa nak hempuk buku atas kepala deme ni..JOM pakat hempuk sorang sekali..he he ..geramm aku ni..

Cikgooden said...

kak hida,

isu PPSMI ni dah lama kak...jgn kata kak, aku sendiri yang ada anak, mengajaq lagi kat skolah, la sambung belajaq..juga takut apa nak jadi ke depan. Aku dok dlm line ni...kami guru, pelaksana ja..tapi pembuat dasar nu..tadak otak ke apa.

Bila aku dok sini...dengaq luahan beberapa pensyarah aku...benda ni berlaku sebab, pembuat dasar tak dengaq pendapat golongan akademik. gol akademik buat kajian dah, bagai nak rak...tapi, tak di pakai pun.

kesian depa kak...

siti_m said...

assalamualaikum kak hida
tue la jadinya bila pelaksanaan dibuat secara tergesa2 tanpa meneliti baik buruknya... kata nak martabatkan bahasa tapi apa jadi??? kita ditertawakan sebab kita sendiri merendahkan bahasa kita

ASH said...

Cikgooden,
Pembuat dasar MACAM buat kerja kena KEJAN.
Ingat tak mula mula buku teks keluag dulu banyak kesilapan perkataan yang tak sesuai dalam buku Matematik.

Sebenarnya kerisauan ini lebih kepada melihat anak anak kita ni di kacau bilau kan pembelajaran mereka da bukan setakat matematik dan sains.

siti_m,
tu le pasalnya..