Wednesday, February 11, 2009

Si DIA itu..hmm hmm

Salam,

Semalam aku belek lagi album lama si Dia. Aku jumpa gambar ni. GAMBAR pertama kali dikirimkan pada aku...

Jatuh cinta pandang pertama?..terus terang?..TAK!
Aku tak jatuh pandang pada rupa paras..tapi aku pandang pada MOTOR TU..he he he..

tapi malangnya..
motor tu motor kawan dia. Posing jer!! alahai..

( ala bang.. jangan la kecik hati..!! )

Aku jatuh cinta setelah berkahwin. Aku tertawan dengan keikhlasan dan sifat terus terangnya. Tak lah se terus terang sampai menyakitkan hati ..Tapi si Dia is a caring person. A caring listener. Sifat yang aku senangi..

Si dia yang kusenangi ini mempunyai sifat yang disenangi juga oleh rakan rakan. He is a nice person to be with. Dia ada ramai kawan. He is not too quiet and not too loud. SEDANG SEDANG sahaja..

Paling penting dia sentiasa MENASIHATI aku dan terbuka untuk diNASIHATI..dan menjaga keamanan rumahtangga dengan meletakkan AGAMA sebagai tunggak terpenting!

Si Dia ni dulu belajar kat Boston U. Asal sama macam aku, Perak! Orang Trong.

Sekolah mulanya di Izuddin..dan kemudian pergi SMAWP. Kakak aku pun satu sekolah dengan dia...tapi aku tidak lah kenal dia melalui kakak aku. Aku kenal dia melalui seorang kawan sewaktu aku singgah di Boston dalam kembaraku ke Niagara Falls.


dan..dia pun macam aku juga..SUKA Jalan jalan..dia pun dah samapai kat Niagara Falls..

macam dah dirancang rancang jer..hmmm




dan dah pergi Disneyland...

nak tutup Disneyland tu pun tak pa dah..
kami dah sampai..
ha ha ha..





Dia pernah singgah di Korea...



serta pernah mengembara hingga ke Washington DC..






Dan si Dia juga sukakan kanak kanak..macam aku...
cuma sekarang ni dia selalu sibuk dengan tugasan.
biarpun begitu..
apa yang penting..
aku MENYAYANGI MU..
sepertimana
kau menyayangi aku...
JODOH kan?
Sekian..
(dan oh ya..abang bagikan gambar lama ni di 'blog'kan?
semalam dah cakap..)






8 comments:

GPI SKSV said...

hehehe.. gambar ni tahun 80an... 87-90 I guess...

ashley said...

Tak payah la guess guess..Sebab MUSABABNYA dah tahu dah..

ashley said...

GPI SKSV,
CORRECTION..gambar tu dari tahun 1985-1990!..Brader ni pergi lepas SPM..tak tersadai kat Shah Alam macam I laa..
(your brader in-law ni salah seorang best student SMAWP 1984...aliran Sastera)

lukmanw@gmail.com said...

Mcm kenai saja mamat ni!

Tak sangka dia minat big bike. Boleh le join saya - ni nak start balik dah big bike, motorcross, 4x4, mountainbike dan segala maneka benda yg ada roda dan tayar.

Lukman

DrSam said...

klau dah jodoh, tak kemana. semoga berkekalan hingga akhirnya.

Nizam.Ariff said...

'Gua rock, rock tak main cintan-cintan' itu motto masa zaman sekolah menengah dulu-dulu...hehehe

ashley said...

Lukman,
pak Si Muhammad ni kurang minat dengan motor tayar dua. Yang tayar empat tu..err boleh tahan juga minatnya..MINAT TENGOK!!

Dr Sam,
Allah telah menemukan jodohku dengan si Dia ini walaupun aku tak kenal dengannya..TAWAKKAL..

Nizam,
Rock 'SUCI dalam DEBU"..
smile!

AISYAH SAIFULZAMAN said...

hehehehehe....itu abah GUALAH...!!!
wah fames masuk blog!