Wednesday, February 18, 2009

Terjah Restoren!!

Salam..

Dah banyak sangat sampai melimpah ruah, aku merayau tengok blog yang cerita pasal makan makan kat restoren. Tapi mungkin aku tak jumpa lagi yang berani buat blog MENERJAH RESTOREN terutamanya bahagian dapur, tempat makanan disediakan..

Kalau kat TV3 kita dihidangkan dengan rancangan 'Jalan Jalan cari Makan' sampai aku tengok pengacaranya pun dah semakin MANTAP badannya, asyik mencuba makanan...memang seronok kan makan makan niii..
Tapi malangnya sehingga saat ini, aku tengok TV3 masih tak berani menyiarkan rancangan kontrovesi..TERJAH DAPUR!..maksud aku terjah tengok dapur tempat Penyediaan Makanan terutamanya restoren TERNAMA atau HOTEL terkemuka..atau mana mana restoen yang MASYHUR! ( kalau terjah ARTIS tu..tak de mende..setakat GOSSIP hangat memfofularkan chanel jerrr)

Errr..bukan aku bermaksud untuk MENYIRAM 'pasir atau tanah liat' dalam periuk nasi diorang..tetapi teringin rasanya kita sebagai pihak PENGGUNA mengetahui sejauh mana OUR RIGHT is BEING protected. Rancangan itu boleh membuatkan duit kita berbaloi dan kita tidak tertipu dengan sekadar kemasyhuran JENAMA makanannya sahaja.

Sewaktu aku di Chicago, aku ada menonton rancangan seperti ini. Tak silap aku di dalam rancangan Berita juga terdapat slot di mana dapur dapur restoren diterjah oleh geng TV. Sekiranya restoren itu TIP TOP maka dia tidak perlu takut dengan terjahan sebegini malah mengalu alukan lagi kejutan dari pihak TV. Paling tidak, mereka akan mendapat liputan PERCUMA dari chanel TV berkenaan sekaligus macam IKLAN untuk Marketing pulak. Tetapi bagi restoren yang Thumbs DOWN maka nasiiib la kan... Mungkin restoren mereka akan disita pula oleh pihak yang berwajib.

Bagi aku, alangkah eloknya jika kita ada rangkaian TV yang berani untuk membuat rancangan sebegini. Mungkin akan timbul kontrovesi dan silap haribulan boleh disaman tapi yang pastinya kita sebagai PELANGGAN akan mendapat kebaikan apabila pengusaha restoren akan cuba melakukan yang terbaik dari segi penyediaan makanan, tahap kebersihan premis serta juga mutu makanan yang dihidangkan..dan bagi orang ISLAM pula boleh melihat samada restoren ini mempunyai TAHAP 'KEHALALAN" yang tak diragui serta juga TAHAP 'KESUCIAN' yang tinggi!

AMACAM??....ada yang berani menyambut cabaran?....err..KITA PUNYA HAK sebagai PENGGUNA, bukankah?

8 comments:

kak ina kl said...

akak setuju...kalau ada tentu best...semua kedai makan atau restoren terpaksa membersihkan apa-apa yang patut..

kakpah said...

aku kadang-kadang buat-buat nak pergi toilet. sambil tu jeling-jeling bahagian dapoq. memang kebersihan tak sampai tahap. Tambah lagi dengan keadaan toilet yang belendiaq. Buat tekak kembang.

DrSam said...

memang sesuai cadangan tu. saya pun setuju. Tajuk rancangan TV yang paling sesuai ialah "Kitchen from hell".

Gurindam Jiwa said...

1. Pengacara tu mantap bukan sebab dia mencuba semua makanan, tetapi sebab dia makan semua makanan yang ada di restoren tu. Saya pun heran, hanya kerana dia review restoren, tak perlu baham semua makanan di situ. Rasa sampel sesudu dari setiap juadah sudah memadai. Kalau nak makan juga, dah habis mengsampel, ambillah satu hidangan. Ini nampak seolah semuanya dihidangkan dihadapannya, dan dia pun memakannya...

2. Kakak ipar saya ialah seorang ketua health officer. Antara kerjanya ialah terjah restoren-restoren. Katanya, biasanya restoren yang kotor ialah restoren hotel. Hmmm...

3. Berhati-hati... Ada tetamu ke rumah kita yang nak ke bilik air tu sebenarnya bukan nak ke bilik air... ;-)

Gurindam Jiwa said...

1. Pengacara tu mantap bukan sebab dia mencuba semua makanan, tetapi sebab dia makan semua makanan yang ada di restoren tu. Saya pun heran, hanya kerana dia review restoren, tak perlu baham semua makanan di situ. Rasa sampel sesudu dari setiap juadah sudah memadai. Kalau nak makan juga, dah habis mengsampel, ambillah satu hidangan. Ini nampak seolah semuanya dihidangkan dihadapannya, dan dia pun memakannya...

2. Kakak ipar saya ialah seorang ketua health officer. Antara kerjanya ialah terjah restoren-restoren. Katanya, biasanya restoren yang kotor ialah restoren hotel. Hmmm...

3. Berhati-hati... Ada tetamu ke rumah kita yang nak ke bilik air tu sebenarnya bukan nak ke bilik air... ;-)

Nizam.Ariff said...

Pak Mi Pisang Goreng je yg ok, dia goreng tepi jalan. Tak ada tandas...

lukmanw@gmail.com said...

Hidayah

Geng lepak saya ramai yg dah buah siri terjah ni. Salah satu modus operandi kami ialah suruh pekerja di Restoran Mamak 24 jam tu mengucap - ada juga yg terketar-ketar. Sebelum tu tanya depa ni Islam ke bukan. Kalau jujur mengaku bukan Islam tapi yg bengang bukan Islam mengaku Islam ni.

Lukman

ashley said...

Kak Ina,
Ya lah.mesti kelam kabut maintain cool..comel dan canggih luar dan dalam dapurrrr..

Kak pah,
he he he...jeling jeling dan buat buat cam tak nampak..

Dr Sam,
Alaaa..takkan sama seiras dengan The Hell's Kitchen kut..(AFC channel)

Gj,
1. Dia sukaaaaaa makan. Ada baca dalam paper...(masalahnya TV3 tayang time dia NGAP..nampak kurang comel la)

2. Ho ho ho..rega mahal kemain..

3.smile..Pergi SURAU.NI private property!
ha ha ha

Nizam,
Pak MI Goreng Pisang tu basuh tangan ke tak menggoreng goreng tu..Ishhh..(beli jer pisang goreng tu!! smile..)

Luqman,
Kerja kerja PENGISLAMAN wajib dilakukan.. he he he..
Oh ye..graduate yang ada kelulusan agama patut mau bagi kerja MONITOR KEHALALAN makanan di restoren yang ada tanda halal! Create JOBS for them..
kat USA, restoren Yahudi ada Rabi dok monitor everything..I really mean it. EVERY SINGLE THING untuk dapatkan title 'KOSHER'!!