Sunday, February 08, 2009

POP!POP!POP..chicken pox

Salam..

Confirmed! Malam tadi keluar dot dot di badannya. Hari ini pergi klinik..Terungkai persoalan.
Ia ke Chicken Pox? Ya, doktor kata...
Kena kat sekolah?
Tak de sesiapa pun..Entahlah dari siapa dia dapat. Yang pasti datangnya sakit ini dengan izin Allah dan InsyaAllah ia akan sembuh pun dengan izin Allah.
Siapa yang kena ni?
..tunggu cikgu dia jawab!

Sian kat dia..Tolong doakan dia sembuh ye..
Anak yang riang ria (suka pergi sekolah dah sekarang ni ) akan tak datang ke sekolah 2 minggu.
Kepada cikgunya tolong beri homework untuk dibuat di rumah..
Nanti dia akan merindu cikgu Ummunya yang sangat sangat dikasihinya.

Hari hari dia cerita itu ini begitu begini..weng weng weng..
sampai kakak dia kata.."Eh..tak boleh senyap ka?!!"
Kakak puuuunnn..tak memahami jiwa murni si adik yang baru nak mengenal dunia!

Ohh, Chicken Pox..aku kena waktu zaman anak dara. Lebih kurang pada bulan april 1987. Habis mukaku yang cute mute (perasan kiut)..bertukar menjadi the UGLY WITCH!! dengan dot dot memenuhi ruang muka...
ADOOOOII..lantaran balasan kifarah dari Allah dok menyakat seseorang!!
Alhamdulillah..padan juga dengan muka aku...
Dok kacau orang sangat..
(pssstt..kalau kawan aku yang kat SERAWAK tu baca entry ni pasti dia senyum simpui simpui..Cklia, hang baca tak?? zaman KITA KENA CHICKEN POX SAMA SAMA kat Shah Alam DULU?!!he he he)

6 comments:

kakpah said...

kesiannya si Huda. Kurang lah seorang si penceria kelas. Nanti ummu bagi homework banyak-banyak.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

la..chicken oox no?..kariah aku panggil demam bertih..he he he..dulu pernah kena. masa budak-budak...penuh badan...

minum ayaq nyoq...petua baik punya..

Nizam.Ariff said...

Aku tak ingat pulak bila aku kena, mesti masa aku kecik lagi kut.

Tapi, anak aku, umur 1thn dan kena measle, selang 8 bulan kena chicken pox, selang setahun, kena measle balik...kesian dia...

ashley said...

Kak Pah,
Thank you for your concern. I am worry about my other kids...
Kalau satu kena, kebarangkalian yang lain akan turut serta. Tapi itu pun kehendak Allah juga.

Cikgooden,
Ye, akak bagi dah. Sian si Huda ni.Dok susah hati tak dapat pergi sekolah..Terkenang UMMUnya.

Nizam,
Kalau tak kena lagi, chances untuk kena waktu dewasa tu tetap ada. Teringat cerita 'Home Alone Part 3'.Ayah kepada anak murid tahun lepas pun,ada kena Chicken Pox..

c.lia said...

ya aku ingat lagi. Virus impot dari perlis.Sengsara bila kena masa dewasa. Lebih teruk dan meninggalkan parut sampai la ni.

ashley said...

SERONOKNYA AKUUUUUU!!
KAWAN BAIK AKU BAGI KOMEN!!!yeaaaaaaaaahhh.....
MACAM MENANG PERTANDINGAN LARI ANTARA ARNAB NGAN PENYU..ERR AKU MAKSUDKAN KORA KORA..he he he he he

bila hang buat blog?