Wednesday, February 25, 2009

Tupai dan Tupai-tupai.


Salam,
Lukman, anda dapat the FIRST AWARD from me..
tahniah!!

Okay,
jawapan pada fikir fikir saya ialah tupai dan tupai-tupai.

1) tupai - sejenis mamalia kecil seperti tikus tetapi berekor panjang berwarna coklat kemerah merahan..pemakan tumbuhan dan buah buahan...melompat ke sana ke mari...pemanjat pokok juga..( terdapat agak banyak juga kat kawasan rumah aku ni)..dalam bahasa Inggeris dipanggil SQUIRREL

2) tupai-tupai - sejenis alat yang digunakan untuk meletakkan kayu penghalang pintu. terdapat di rumah rumah lama atau istana yang tidak memakai kunci besi..dipasang berpasangan..di kiri dan kanan pintu..( sila rujuk cerita cerita P.Ramlee atau cerita cerita istana untuk dapatkan ilustrusi yang lebih mantap..)

Tupai melompat ke sana ke mari..
Tupai-tupai pula terlekat tepi pintu.....

Sekian.


3 comments:

Nizam.Ariff said...

Tupai melompat kesana kemari
Tupai-tupai terlekat kat tepi pintu
Binatang apa pulak yang melekap kat dapur?

Gurindam Jiwa said...

Tupai melompat ke sana ke mari,
    Tupai-tupai lekat di pintu;
Kalau selalu datang ke sini,
    Boleh dapat pelbagai ilmu.

ashley said...

Nizam,
yang melekap di DINDING kat dapur..namanya CICAK!

Gj,
Tupai-tupai melekat di pintu,
Pintu kayu, cantik ukirannya,
Apalah sangat ilmu di blog ku,
Indah tiada, buruk bahasanya..