Wednesday, February 11, 2009

Seorang teman yang jauh di mata..

Salam,

Masihkah kau ingat saat kita bersama...bermula ketika masih muda..kita berkenalan di Hospital Taiping.

Eh..bukan lahir kat situ daaa..

Kita kebetulan membuat pemeriksaan kesihatan untuk ke SMTSP. Engkau dengan mak engkau.
Aku dengan mak aku..
Engkau lulus pemeriksaan kesihatan itu..tapi aku? Seperti biasa oleh kerana gelabah dan phobiaku dengan hospital maka doktor perempuan berbangsa India tu charge kata aku ada problem dengan jantung. Mana tidaknya..dah berdebar debar PENAKUTTTTT...

maka aku terpaksa datang semula sekali lagi...berjumpa dengan doktor pakar! he he he..

Maka setelah di sekolah pada 3 tahun pertama, hubungan kita biasa biasa sahaja. Tetapi setelah di timgkatan 4 dan 5 seterusnya di Shah Alam dan di USA kita semakin akrab..

Setiap detik dan saat kita mengembara bersama ke Niagara Falls adalah kenangan terindah...
Tengok gambar haru biru kita kat 'art' KEPALA orang yang tertimbus di Washinton DC tu..
ha ha ha..macamana kita meragas pun tak tau..dengan pakai baju kurung. Dengan angin dok bertiup..

Kerja kita tu mau buat depan geng GUYS SMTSP (zaman sekolah dulu), sure kena kutuk!!
weng weng weng..



Gambar (konon konon jiwang) kat Taman tasik di Shah Alam ni pulak, mengingatkan aku saat hang dengan penuh semangat jiwa dan raga, cuba mensauk ikan tanpa menghiraukan pandangan pandangan dan gelengan gelengan kepala orang ramai yang lalu lalang..

Ha ha ha..apa ke halnya dok tertunging tungging SAUK ikan ngan raga tempat orang taruk roti....

Tapi itulah saat INDAH bersama..

Aku harap saat saat itu masih kau kenang...duhai seorang Teman..Cik LIA!!

( saja nak bagi puitis sikit sikit..bagi hang TERHARU..kah kah kah )

3 comments:

ibundo said...

entry hang ni ngingatkan aku pada kawan aku yang dah tak tau kat mana. nak cari kat mana pun aku tak tau. Dulu ada kl. selalu gak buat lunch date. Pastu apekehal terus ngilangkan diri.

c.lia said...

Memang terharu sungguh bila aku baca coretan hang ni. Lama dah kita kenai. Dari umur 12 tahun. Dah 30 tahun. Memang banyak kenangan.
Aku kat Miri ni memang sunyi sebab jauh dari family dan kawan-kawan lama. Apa nak buat, Mengejar Cinta...sampai seberang lautan he, he. Anyway satu cara aku keep in touch is by reading e-mail dlm group dan now i can read your blog.
Mak Mie tak baca ke?
p.s Aku tak dak gambark kat tepi tasik tu la...

ASH said...

Kak Pah,
...kena usaha cari kawan kak Pah tu..siratulrahim..

C.Lia,
hang boleh save gambar tu..
Aku rasa gambark tu diambil menggunaka kamera cekenek aku..Bukan kamera canggih cap 'MINOLTA' hang tu..
ha ha ha..
weii aku ingat la jenama kamera hang dulu tu..
Silap tak ambik time hang dok tertungging sauk ikan..Cuma ianya terbayang dalam kotak fikiran aku ja..Bila ingat saat itu, aku gelak sorang sorang..

BTW..la ni aku dok nampak kelibat Aini Daliman (mek) dok rajin jogging keliling Bangi pepagi BUTA..dulu dia rajin jogging sorang sorang..la ni anak dia jadi BODY GUARD!!..budak STF ni memang rajin JAGA BADAN kutt..
ha ha ha..
BERAT HANG PULAK BERAPA agaknya..
smileeeee...