Sunday, February 22, 2009

Suatu hari di Tepian Bangi.

Salam,
Sekira kiranya sewaktu petang, ada sepasang suami isteri masuk ke restoren ini. Mereka disapa oleh seorang gadis,"Hmm..nak minum apa, Encik?"
Errrr...

"Eh! Apasal kamu kat sini!?" sergah si suami pasangan itu.
"Kerja la.."
"Ha! ha! ha!..Pak Lang tak tau pun kamu kerja kat sini. Bila kamu start kerja?"
"Hari ini la..." sahut si gadis.

Rupa rupanya hari pertama kerja sudah bertembung dengan Pak Sedara sendiri. Keesokannya si Bapak Sedara bawa the whole family makan di situ..

Itu kisah hari pertama kak Aisyah kerja di restoren ni.
Dah 3 minggu Kak Aisyah kerja..Ada ambil cuti sehari saja. Suka kerja gak budak ni..

Kat sini, dia kata waktu pagi dan tengahari sibuknya boleh tahan juga. Nak nak pula Sabtu dan Ahad. Tak menang tangan. Tapi selepas pukul 3, dah tak ramai orang. Time tu, dia boring laaa..Ngantuk juga!

Aku pickup dia balik around 5.00 pm. Kadang kadang lewat sikit around 5.30 pm. Belakang kedai tempat dia kerja ada kedai pinggan mangkuk canggih manggih.. he he he..ape namenye?? Luqissa?? Entah ape tah..Ada sorang kawan dia kerja kat situ. Ni semua geng boring dok kat rumah tunggu result SPM. Malam Isnin kakak pi belajo English. Ambil English Communication Class.

Sikit hari ni, dia sibuk minta nak belajor bawa kereta. Abah dia bawa pergi round round kat tempat parking yang lapang lapang. Try tengok ada gaya boleh pegang stering kereta atau tak..

Kelmarin, dia kata result SPM keluar mungkin 14/3 ni. Entah ye entah tidak...
Kita tunggu la..



4 comments:

Nizam.Ariff said...

bangi dah banyak kafe la.... bagus, ada kemajuan....
Aku duduk Shah Alam, ibu negeri Selangor...

Gurindam Jiwa said...

Hmm... Mak Ayah sekolah negeri omputih pun kena ambik English Communication Class ye?

ashley said...

Nizam,
Bangi dah memang banyak kedai baru buka.

GJ,
Mak ayah yang pergi..anak tak. Mak ayah tak buat presentation depan anak..
Ayah buat presentation depan management atasan..mak depan anak murid tediker..
Anak akan sambung belajor lagi..
So all the important aspects of communication, mak ayah tak dapat nak ajar. ITU dapat dari Formal education.

Kalau tidak, anak you pun tak payah pergi sekolah..sebab takkan mak ayah tak boleh ajar kat rumah..

amacam??..boink..duuush..

Gurindam Jiwa said...

Setakat berkomunikasi Bahasa Inggeris tu, insya'Allah anak-anak saya saya akan cuba ajar, di samping apa yang di ajar di sekolah. Guru-guru dia setakat sekolah rendah ini pun saya rasa saya boleh ajar.

Apa yang boink duuush tu? Di sebalik mata pena blog memang boleh nak boing duuush. Itukah yang kita nak ajar anak-anak kita? Di rumah ataupun di tadika.

Apa yang kita buat, cakap, dan tulis menjadi teladan kepada yang muda. Anak-anak kita dan juga anak-anak masyarakat. Di depan mata ataupun di sebalik nama pena.

Tetapi itu pendapat saya sahaja, yang tak ke mana-mana ini.