Saturday, February 07, 2009

Kisah lawatan..

Salam,

Masa aku kecil kecil dulu sekira kiranya dalam darjah 4-darjah 6, aku sering menyertai ayahandaku dalam sessi lawatan sambil belajarnya bersama anak anak murid sekolahnya (Sek Men Dato' Kamaruddin, Batu Kurau) ke merata tempat di Malaysia. Kadang kadang abah bawa anak muridnya ke Ipoh. Ada masa lain pula, abah bawa anak muridnya ke Pulau Pinang. Ada masanya ke Kuala Lumpur. Di lain waktu pula abah bawa anak muridnya ke Cameron Highland, Melaka, Pantai Timur dan sebagainya.
Kadang kadang aku turut serta bersama ahli keluarga yang lain manakala ada masanya pula hanya aku sahaja yang turut serta sebab yang lain dah jemu mengikut.

Kalau lawatan di dalam negeri Perak, selalunya abah bawa anak anak muridnya melawat Istana Bukit Chandan, Kilang F&N, Stadium, Muzium Taiping, Kilang Percetakan Surat Khabar, Kilang kicap etc etc...( Untuk pengetahuan, arwah abah adalah seorang pemberita sambilan BERNAMA, Kilang kopi dan kicap Sinaran Pagi kat Simpang, Taiping dulu tu adalah kepunyaan anak menakan pupu abah..so senang nak buat lawatan ke sana...smile...)

Dulu dulu, bukan senang juga nak keluarkan anak anak orang Batu Kurau dari tempatnya. Macam macam alasan mak ayah dia orang bagi. Dan selalunya wang adalah alasan utama. Mabuk kenderaan satu hal lagi. Batu Kurau zaman 70 an dulu nak pergi agak hoyong hayang juga..Jalannya bengkak bengkok. Banyak korner. Aku pun sementara nak sampai, mabuk kenderaan dua tiga round!
Tapi abah aku ni selalu galakkan anak muridnya tengok dunia luar.

Abah selalu kata kat anak muridnya, "Kalau kamu asyik dok tunggu bawah pokok durian nanti otak tak berkembang"...Nak nak pula kalau kelas yang hujung hujung. Nak tulis nama pun tak tahu..
Yang jenis tak tahu tulis nama ni lah, yang abah selalu nak bawa keluar dari Batu Kurau. Biar terbuka minda sikit. Biar dia orang tahu, kat luar Batu Kurau ni ada pelbagai jenis manusia. Dan ada bermacam jenis pekerjaan yang mengkehendaki ilmu dituntut. Kalau tak da ilmu, pekerjaan pekerjaan ini tak boleh dijawati. Kalau tak tahu tulis nama, siapa nak ambik kita bekerja? Kalau tak ada kelulusan yang baik, siapa nak tengok muka kita?
( Ini kira bahasa celupor aku ler..tapi betul la tu...kan kan kan? he he he..)

Seronok juga kalau aku turut serta dengan abang abang dan kakak kakak sekolah menengah ni. Kalau sampai kat tempat yang dilawati, macam macam soalan dia orang tanya. Soalan yang lawak pun ada...

Pernah suatu ketika sewaktu masuk ke Istana Bukit Chandan, kami berpeluang masuk ke dalam bilik seni sultan. Di bilik ini terdapat pelbagai jenis lukisan yang dipamerkan. Hasil seni Sultan Perak sewaktu itu.
Tiba tiba, ada seorang abang ni terpacul keluar dari mulutnya satu soalan," Ustaz, kenapa gambar lukisan perempuan ni banyak yang tak berbaju?"

Abah tak kata apa..
Buat buat tak dengar walaupun berkali kali abang tu tanya. Cepat cepat abah keluarkan anak muridnya dari bilik seni itu.

Aku pun pelik juga kenapa abah tak jawab soalan tu waktu itu. Dan aku pun mempunyai soalan yang hampir sama dengan abang tu cuma tidak dikeluarkan dari mulutku..

Hmmmm...
kenapa ya?

sekian...

6 comments:

Nizam.Ariff said...

Sebab nak 'tOnjOl'kan keindahan ciptaan tuhan...hahaha

ibundo said...

hang cerita pasal masuk istana, kpah teringat dulu masa sekolah jb punya ceita. anak sultan Jhr dulu satu kelas dengan kpah. Satu hari dia bawa kitorang masuk istana. Kat satu dewan tu ada potret besar tepi dinding. Tak ingat dah potret sultan yang mana satu. tapi tengok gambar tu ngeri lah. sebab gambar tu ikut dari arah mana kita tengok dia. kitorang tengok dari kiri, dia pusing kiri, tengok dari kanan dia pusing kanan, tengok dari depan, dia pandang depan. Tak meremang bulu tengkuk. betuuulll.... kitorang cerita dengan anak sultan tu, dia buat selamba je.

Cikgooden said...

masa tu sultan idris ker?..tak tahu,


Aku anak jati batu kurau...

sekian.

ASH said...

Nizam,
hasil seni Sultan tu memang cantik..tapi tak payah lah nak tOnjOlkan kecantikan pompuan..biarlah ianye RAhsierr

Kak pah,
Gamaknya rasa seram dan ngeri kak Pah itu sama dengan perasaan saya masuk Istana Lama Sri Menanti yang dah jadi muzium tu...saya dah pergi dan masuk.
Seram semacam..

Cikgooden,
Waktu kak Hida umug 9 atau 10 tahun, hang umug 6 atau 7 tahun..padan kurang ambik tahu. Tak pa..tak pa..study sejarah PERAK pulak..

..kak Hida tau hang orang batu KURO sebab tu nak habag mai..

SEDAKA tu tempat lompat lompat aku waktu kecik kecik dulu...

Gurindam Jiwa said...

Melawat kilang F&N tu tentu best kan? Kot kot ada yang tak boleh bangun sebab perut kembung penuh dengan coca-cola free...

ASH said...

Dulu tak dak Coca Cola la.Dia bagi kat budak budak oren lemonade sebotol sorang. Pastu kat cikgu pengiring dapat setengah dozen.
Seingat ingat saya la...