Tuesday, February 24, 2009

Bahasa kita..

Salam,

Bila ku lihat lihat, ku renung renung..menarik juga bahasa Melayu kita ni. Ada peribahasa. Ada Simpulan bahasa. Perumpamaan. Ada bahasa kiasan dan sebagainya..

Dulu masa sekolah rendah, bila ada simpulan bahasa atau peribahasa yang aku tak faham maknanya atau nak tahu asal usulnya aku mesti tanya kat mak. Kalau mak tahu, dia mesti jawab.

Contoh : Serkap Jarang makna - menuduh secara semborono.

Aku tanya mak apa dia SERKAP? Korang tahu tak apa dia SERKAP? Apasal pula dia jarang? Apa kaitan dengan tuduhan tuduhan semborono tadi ni? Semborono pula? Bahasa apa pulak tu?
Hah..siapa cikgu kat sini? Tolong jawab....he he he...
( aku tinggalkan untuk korang terangkan pada aku)

Lepas tu aku tengok perkataan perkataan kita ni kalau sekali sebut jadi satu mende. Sebut dua kali jadi mende lain pula.

Contoh : siku dengan siku siku

Siku ialah sendi yang terdapat pada tangan manusia.
Siku siku pula adalah alatan yang digunakan dalam pertukangan untuk mengukur ketepatan.
( ini aku punya definasi la..tak ambik dalam mana mana kamus..kamus SORI bahasa he he he. bagi yang nak tepat maknanya rujuk sendiri!)

Okay soalan bonus untuk kerja fikir fikir korang.

Soalan : Apakah perkataan yang sekali sebut dia melompat. Dua kali sebut dia melekat!
..................Penjawab pertama yang betul akan memenangi AWARD dari aku!! he he he...

Sekian...habis fikir!

9 comments:

NJ@goboklama said...

katak pisang? ;p

lukmanw@gmail.com said...

Jawapan; kuda dan kuda-kuda

kakpah said...

weh.. dah main tekak tekik pulak. Aku nak main gak lah. apa benda sekali sebut kita boleh capai dia. dua kali sebut dia terlalu tinggi tak leh capai...

kakpah said...

hang kena tag.

ashley said...

NJ,
katak pisang?..he he he

Lukman,
hampir hampir..tapi bukan.

KakPah,
Jawap le teka teki saya dulu..Jangan bagi tekak tekik sebagai jawapan!

Kakpah,
aiseh men..baru aku nak mereka nak menge'tag' orang..che wah..

e-leeyana said...

halamak...sy fail sket bab teka teki ni..

tapi, dalam keindahan bahasa, masih ramai yang tak menghargainya..sedih~

ashley said...

E-leyeyana,
Actually bro Lukamn tu dah bagi jawapan yang hampir hampir.. kalau tahu perkataan Bahasa melayu...Mudah jer ni..

lukmanw@gmail.com said...

Kalau bukan kuda dan kuda-kuda, sudah tentu jawapan dia tupai dan tupai-tupai.

Lukmanw

ashley said...

Lukman..
Hang satu zaman dengan aku..maka jawapannya sudah tentulah BETOI!!