Friday, February 06, 2009

Cerita anak lagi..

Salam,

Sekarang ni, tiap kali aku dan suami jalan jalan makan kat luar bawa semua anak anak kami, banyak juga kepala kepala yang beralih arah melihat kami sekeluarga.
Apa tidaknya..gerabaknya panjang ..pompuan pompuan belaka pula tu.
Ada tu aku tengok siap bilang lagi anak kami...
ha ha ha..
Tapi aku tak kisah. Aku dah biasa. Bak kata orang, alah bisa tegal biasa.
Suami aku pun sama..Buat selamba dek jer...
Dah kurniaan Allah.
Alhamdulillah..

Tapi waktu aku mengandungkan anak yang ke 7, aku pergi check kat Klinik kerajaan di BBBangi ni. (Ye la..nak jimat juga. Free of charge..tak la jauh mana pun dari rumah aku.)
Nak tahu apa sorang doktor tu cakap? Dia berleter kat aku ngok ngek ngok ngek pasal dah mengandung kandungan ke 7. Yang kandungan ke 7 tu, anak aku pompuan juga. Waktu tu aku berumur 35 ++ ler. Kiranya okay la lagi.
Tapi entah apa kenanya doktor tu, sibuk benor le dia berleter marahkan aku mengandung lagi. Aku hangen juga la..

Aku yang mengandung, dia sesibuk bising.
Alhamdulillah, aku tak da la sakit darah tinggi, kencing manis ke apa ke waktu tu..
Sihat.
Ya Rabbi..aku kata ada juga la doktor macam ni.
Selalunya jarang aku jumpa doktor yang suka berleter.
Doktornya juga aku tengok jauh lebih muda dari aku.
Geram ..layan kita macam endah tak endah.
Jururawat pulak yang baik. Nyaborkan aku..

Doktor tu cakap, kalau dah kromosom Y suami aku tu tak berapa bagus memang sampai sepuluh anak pun tak dapat lelaki...

err..ini sedikit info dari WIKIPEDIA:-
(Most mammals have one pair of sex chromosomes in each cell (though for example the platypus has five pairs). Males have one Y chromosome and one X chromosome, while females have two X chromosomes. In mammals, the Y chromosome contains the gene that triggers embryonic development as a male. )

Doktor tu berleter kat aku seolah olah macam aku tak pernah belajar BIOLOGY.
Aku rasa nak LEPUK doktor tu. Mujur tak keluar semburan bisa dari mulut aku.
SABO je la..buat bodo..

Selesai dia cakap itu ini pasal silangan kromosom tu, aku kata, "Apa apa pun semua tu kejadian Allah. Kalau Allah titah 'Kun fa ya kun..', apa apa pun boleh jadi. Kalau Allah nak bagi saya anak lelaki di masa masa akan datang, siapa yang tahu. Doktor pun tak boleh kata apa"
(Makbul doa aku gamaknya, selang 3 tahun, 2006 aku dapat si Muhammad, anak aku yang ke 8. the ONLY boy, I have.)

Sewaktu mengandungkan Muhammad dan Mawaddah, anak ke 8 dan ke 9, memang aku tak pergi dah ke bahagian ibu ibu mengandung tu. Takut bertembung ngan doktor tu. Mana la tahu kut dia berleter lagi kat aku. (bahagian pergigian aku pergi juga la sebab anak doktor gigi kawan anak aku..he he he)
Lagipun waktu ngandungkan Muhammad, umur dah masuk 38++. Mengandungkan Mawaddah dah masuk 39++. Lepas tu anak yang berdua ni berturut turut pulak tahunnya. Muhammad 2006, Mawaddah 2007. ( dah la aku ni phobia hospital..kena leteran, nanti lerai pula semangat aku..orang mengandung ni jangan diganggu emosinya tau tau tau!)

So konklusinya, walau tinggi mana pun pengetahuan kita dalam bidang Sains dan Teknologi, kita kena rujuk kepada Al-Quran..peka dan yakin dengan Qada' dan Qadar Allah. Kena ada rasa kerdil pada ketentuan Allah. Kena ada pasrah dengan kejadian Allah. Kena ada Taqwa dan Iman.

Errr..apa apa kejadian pun mesti ada hikmah. Betul tak?
Hmmmmm....Mungkin ada yang pahit awalnya, tapi manis di penghujung.
Mungkin ada payau pada mulanya, tapi lazat di akhir..Siapa yang tahu?

Kerana kita merancang, Allah juga merancang. Tapi rancangan Allah lebih hebat dari kita..
Tak GITUUUU??

smile..

Sekian.

7 comments:

Gurindam Jiwa said...

Saya pernah bertekak dengan doktor yang tunjuk lagak, tapi Mak saya sabarkan saya. Kesian juga nanti Mak rasa malu.

Pernah Mak saya kata dia kena leter dengan doktor suruh dia kuruskan badan. Walaupun doktor tu sendiri pinggulnya sampai penuh dua biji kerusi!!! Nasib baik saya tak de di bilik doktor tu masa tu...

Ingat pun dah rasa marah...

kakpah said...

doktor tu nak kena penampo jepun hehe..
ala biasa le tu bila kejap-kejap mengandung ni doktor tu membebel kat kita. aku pun kena bebel gak. Pedulik hape.

penah dulu masa anak-anak kpah kecik kecik, ada orang datang ke rumah. Dia tanya "ni taska ke", hehe.. aku taska pun belum bukak lagi masa tu.

Gurindam Jiwa said...

Tapi membebel tidak termasuk dalam bidang tugas doktor. Menasihat memang boleh, dan digalakkan.

ashley said...

Gj,
Kalau doktor bebel, you bukak jer gelanggang balas pantun dengan dia..
Tengok pandai tak dia jawab. Keluarkan bahasa bunga bunga..kiasan habis habisan..
Kalau dia tak faham..nampak beno kena ambik kursus PR.

Kak Pah,
Kalau ikutkan hati tu, nak 'mengecik' juga la..
Tapi tak pe lah..
Mende mende macam ni kalau tak da pun, tak meriah kehidupan..

Hidup ini kan kena ada kepelbagaian..

sedih, gumbira, kiciwa, pahit maung..terkejuit, tergempark, bored..etc etc..

smile..

Muhajirah said...

salam.

kami yg adik beradik semua pompuan ni pun, org pandang jgk kdg2, soksek soksek. tu baru 5. tak dpt bygkan la kalau 9 :D mesti kena atur meja pjg berderet (sambung2) ek kalau mkn kat luar? hihi

betul2, rancangan Dia yg plg hebat :)

ps: kagum melihat kak ashley memesarkan 9 org ank ;)

ashley said...

KAK ASHLEY??
HA HA HA...

TERASA MUDA BELIA!!

Muhajirah panggel 'akak' auntie ajer la!

4 'so' bersaudara... said...

FYI, we just call her.. Mak Ngah... bukan 'mengah'