Sunday, February 15, 2009

Mengomel cerita hantu..(promote Si..Nizam..10 percent)

Salam,
Aku sekarang tengah mengikuti perkembangan cerita cerita MISTIK, SERAM ( atau pun tak berapa seram..dan hanya rekaan semata mata) yang ditulis oleh pengarang yang bagus ( ni bagi aku la kan kan..kalau cikgu BM yang baca, mungkin lain komennya) si adik kecil Nizam Ariff ( aku yang akut)..(ha ha ha.. adik kecil sebab dia muda pada aku)

Macam macam cerita yang dipertengahkannya. Kalau korang nak baca cerita cerita ala ala dalam buku Mastika tu korang boleh la melayari blognya. Ada aku boh kat tepi tu. Klik je le kan..
Walaupun kisah kisahnya tu aku dah macam biasa mendengarnya tapi si Nizam memang pandai menulis. Bahasa BAEEEKK punya..
(mengarut pun ada gak budak ni..err...I mean bapa budak ni).
.........................................................................................

Cerita seram yang aku dengar ( more or less similar to Nizam's)... selalunya aku terlopong dengar.. time time balik kampung, (rumah opah aku di Teluk Sena, Bota). Bapa sedara aku yang tinggal dengan opah aku ketika tu, seringkali memperdengarkan cerita cerita hantu sebegini supaya kami boleh duduk diam diam lepas habis dinner. Nak tengok TV, letrik pun TARAK lagi ketika itu. Ayor pun tak masuk lagi ke rumah Opah aku tu. Pakai mandi celepung celepung ajer kat sungai Perak yang terletak sepelaung jauhnya dari rumah Opah aku.

Aku, kakak aku yang hanya setahun lebih tua dariku, mak sedara aku yang dua tahun lebih tua, pak sedara aku yang sama baya dengan kakak aku, maksu aku yang dua tahun lebih muda dari aku....adalah pendengar yang terleleh dan ternanti nanti cerita cerita seram sebegini..ha ha ha..

( walaupun pak sedara aku tu dia punyai imaginasi mengarut ngarut dan suka menunjukkan jari jemarinya yang dah kudung kudung tu..oh ye..pak sedara aku ni cacat jari jarinya semenjak lahir..sebab apa aku tak tau..mungkin Opah terkena jangkitan kuman kut waktu ngandungkan nya..I don't know..dulu dulu Opah tak pergi hospital pun buat check up..)

Tapi yang pasti, ceritanya ada sound effect buatan sendiri. Ada layar 'Perak'..kami kadang kadang main bayang bayang sebab dulu pakai pelita tanah sahaja. Suasananya memang seram dan spooky. Nak pula ada bayang bayang 'tambahan' yang lain dari apa yang kami cuba buat..
ha ha ha
lepas tu nak kencing semua tak berani turun tanah dah...
kena berteman...
ha ha ha..
Nak 'uh uh', tunggu siang..

Bila Nizam relate balik cerita tu, aku terasa imbauan dari mulut Pak Sedara aku yang 'spooky' tu. Cumanya aku dah tak terasa spooky sangat sebab suasananya dah berbeza. Aku hanya baca dari skrin notebook aku ni..sedangkan Pak Sedara aku dulu menceritakannya penuh dengan sound effect buatan sendiri, suasana dalam kesamaran lampu minyak tanah, dalam rumah yang seram sejuk (rumah opah beratap rumbia ..jadi bila malam, dingin sekali ) sebab tu aku kurang dapat 'feel'nya...

Buat Nizam, hang teruskan menulis...aku baca cerita seeeeeram sejukmu itu.
(hang charge seringgit satu cerita pun, orang akan baca.. aku rasa la..)
Tapi kalau hang charge, hang akan kehilangan seorang pembaca yang setia...
(aku kedekut! ha ha ha)

sekian..

p/s....thank you Nizam for sharing the spooky stories that have lots of info too..

5 comments:

kakpah said...

Nak masuk ke rumah kpah di kampung tu,ada dua jalan. Jalan dari hilir akan jumpa kubur dulu. Jalan dari hulu akan jumpa sebuah rumah yang dah bertahun-tahun kena tinggal. Dah nak roboh dan spooky. So tak de choice. Kalau kayuh basikal, sampai je kat tempat tu mesti kayuh sampai tak cukup kaki. kalau jalan kaki lak, belari sampai tak cukup tanah. Weh.. orang yang tua daripada kita memang pandai menakutkan budak kecik.....

Nizam.Ariff said...

Terima kasih...

Kak, kalau kat Bota laaaaagiii banyak cerita. Lagi ganas sebab semuanya berkisar tentang Sungai Perak. Kakak aku dulu mengajar kat sek. keb. Bota Kiri. Dia duduk kat rumah guru style JKR, ada busut jantan cecah sampai lantai. Dia pernah kena 'ganggu' masa ngandung anak ke-2, akhir tahun 80an dulu. Wuiihhh...Bota lagi dasat kak. Kubur lama pun banyak!

4 'so' bersaudara... said...

Nizam... skrg pun banyak..

Hantu Lompat...
Hantu Katak...
Hantu 'Hijrah'

semuanya berkeliaran di bota...

ashley said...

Kak Pah,
Waktu kecik kecik dulu, zaman saya dok Batu Gajah..belakang rumah kami, tanah perkuburan Islam. Everytime orang mati, saya selalu sibuk sibuk pergi jengok orang kebumi jenazah..
Tetapi kalau nak 'uh uh' waktu malam kecut perut. jamban dah la luar rumah..15 langkah dari rumah pulak tu..Spooky. Bukannya ada lampu kat dalam jamban tu!

ashley said...

Nizam,
hang bukan antara mereka yang menghasilkan UPIN IPIN?..Kalau hang keluarkan idea hang ni untuk cerita UPIN IPIN, aku wonder depa nak create hantu hantu tu macamana..sure gempark habis..

4 bersaudara..
Wei...cerita hantu dah masuk cerita main aci lompat pulak ka?