Friday, July 16, 2010

Warna warna kehidupan..

Salam,

Ada cerita di sana
Rahsia dalam warna warna ..
Sebuah kehidupan yang terlarik..
Mengisi ruang ruang waktu
Detik demi detik..
Hari demi hari..
Tahun demi tahun..
merah menangis..
jingga meratap..
biru cuba memahami..
unggu dan kelabu menghindari..


siang menyapa malam
malam menegur siang
tapi terpisah lantaran batas waktu
tak mungkin serentak
mentari cuba memujuk
rembulan juga
bintang bintang
lantas.........menghampiri
namun..
merah masih menangisi
jingga terus meratapi
biru lantas akur
kerana
masa silam
tak akan kembali
warna warna akan pudar..
siang tetap siang
malam tetap malam
takkan bertemu.....
....dan silih berganti.

sekian





4 comments:

Nizam.Ariff said...

Putih..???

Putih = hantu bungkus

ASH said...

Nizam,
ambik mood nak buat cerita seram ker?

Wan Sharif said...

Baik ni ! memerhati kejadian Alam..
ayat ayat (tanda tanda kebesaran) Allah.
sesungguh peredaran malam dan siang.. menjadi bukti bagi ulul Albab(ahli fikir).. begitulah -+ maksud ayat yang agak selalu Ayoh Wang baca..
Semuga selalu di kurniakan Allah rahmatNya untuk lebih memahami ciptaan dan seterusnya mengenali Azza Wajalla

ASH said...

Wan Sharif,
terima kasih..insyaAllah..hendaknya begitulah.