Tuesday, July 20, 2010

Moga rohnya dicucuri rahmat..

Salam,

Banyak sudah blog yang aku singgahi hari ini menceritakan tentang pemergian seorang blogger cekal, Dalilah Tamrin atau Raden Galoh atau 'Datin' ke Rahmatullah.

Blog Onebreastbouncing antara blog terawal yang aku rajin singgah dan baca serta meletakkan komen.
Aku kenali 'Datin' semasa di Shah Alam dalam tahun 1986 kerana kami pernah belajar di KPP/ITM suatu ketika dulu. Aku memang tidak rapat dengannya dan hanya kenali dari jauh sahaja.
Biarpun begitu aku mula mendapat tahu tentang keadaannya dari seorang rakan yang rapat dengannya Rosmah Mat Isa yang pernah menjadi teman sebilikku.
Aku juga membaca postingnya dalam email group KPP/ITM dan kemudian mengikuti blognya dalam tahun 2007.

'Datin', walaupun kita tidak pernah bersemuka selepas KPP/ITM itu, aku harap kini dirimu dapat tenang di 'alam' sana. Semoga segala dugaan yang telah kau tempuhi selama ini telah membawamu ke rahmatNya..

Kami yang masih hidup ini sebenarnya yang masih tidak tahu bagaimana keadaannya di sana.
Semoga kamu 'tidur' dengan sejahtera dalam Rahmat Ilahi..

Al-fatihah.

2 comments:

tasekM said...

alfatihah

Wan Sharif said...

Amiiin dan Alfatihah