Thursday, July 22, 2010

Suatu ketika dulu..

Salam,
Bila aku selesai membaca entri Tijah berkenan cerita dan atuk, aku merasa simpati bercampur baur. Entry Tijah yang dimulakan dengan cerita Lifenya di kampung bersama Atuk benar benar menghiburkan. Itu satu sejarah hidup. Sejarah hidup yang akan sentiasa kita kenang kenangkan. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan barang yang lepas usah dikenang namun banyak perkara yang lepas yang sentiasa bermain di mata kita seolah kita masih di saat itu lagi.
Bagi aku Tijah beruntung dapat bermanja dan berhibur bersama Atuknya.
Aku? Aku tidak ingat dimasa bila aku bermanja dengan datuk datukku kerana datukku sebelah ibu meninggal ketika aku berumur 4 tahun lebih. Manakala datuk sebelah ayah pula meninggal ketika aku berada di dalam darjah dua.
Tapi mujur aku dan kakakku antara cucu yang terawal maka paling tidak aku pernah bersua dengan kedua dua mereka berbanding dengan adik adik aku yang lahir kemudian~ langsung tidak merasa untuk mengenali mereka.
Apa yang aku ingat tentang Atuk sebelah ibu ialah dia seorang yang tinggi tubuh badannya. Kalau dia berkunjung ke rumahku, dia akan bermain dengan aku dan kakakku serta memanggil kakak dengan nama JeA. Memori aku tentangnya hanyalah takkala jenazahnya diusung ke tanah perkuburan. Di dalam kotak memoriku ternampak ibu saudaraku yang berada di dalam darjah satu teresak esak menangis dan mengekori usungan jenazah dengan hanya memakai baju skirt ketika itu.
Perkara lain tentangnya hanyalah kosong! Tiada yang terlekat dalam ingatan.
Manakala datuk sebelah ayah pula yang aku panggil To' Wan adalah seorang yang agak tegas dan garang. Kalau di sebelah utara kami kata Cengei! Biarpun begitu seingat ingat aku, aku tidak pernah dimarahinya atau dijerkahinya seperti yang dilakukannya kepada Paksu dan anak anaknya yang lain. Taraf cucu benar benar menyelamatkan kami! ( kakak, aku dan adikku si Oman)
Memori bergembira bersama To' Wan terlalu sedikit kerana To' Wan selalu tiada di rumah ketika aku dan kakakku berada di kampung. Dia sering ke tanah dusunnya yakni di tapak rumah mak aku sekarang ini. Oleh kerana To' Wan rajin ke kebunlah maka kami cucu cucu dikemudian hari dapat makan buah rambutan, durian dan manggis di tanah kebun.
sekian

6 comments:

ibundo said...

aku lagi sedih. Dua-dua atuk aku meninggal sebelum aku lahir lagi. huwaaa....

tasekM said...

hang pulak cerita tok. ni yg aku nk teriak nih...



.

Tijah said...

atok ku skrg mata dah kelabu, tak cam org dah. telinga dah tak dengar. lidah dah kelu cakap tak tentu, kaki dah xde.

huwaaaaaaaa. dia dah jadi org lain kakkk.

ASH said...

kakpah,
ko bongsu..

TM,
bila Tijah cerita pasal Atuk dia,baru aku perasan yang aku tak berapa mengenali atuk atukku..

Tijah,
ko sabor dik..

DrSam said...

Alhamdulillah saya sempat juga bersua dan bermanja-manja dengan atuk dikedua belah mak dan ayah. Banyak kenangan yang masih melekat di ingatan.

ASH said...

DrSam,
rezeki masing masing kan..banyak hikmah dalam setiap perkara..