Petang Ahad, setelah ke Mydin di Putrajaya membeli beberapa keperluan untuk anakku, si Jenab maka suami mengajak aku makan malam di Cyberjaya. Mencuba rasa makanan di sebuah restoren yang telah dikunjunginya bersama rakan Bangladeshnya.
Kami pergi ke sebuah deretan kedai yang kebanyakannya terdiri dari restoren kepunyaan Orang Luar. Ada restoren makanan Iran, Yaman, Arab dan juga Bangladesh.
Hmm..hiasan dalaman restoren ini seperti cafe biasa cuma warnanya hijau putih melambangkan bendera negara Bangladesh.
Restoren ini kelihatan lengang kerana tiada pengunjung lagi. Jam menunjukkan 6.30 petang.
Kami makan malam awal..
Hmmmm...enaknya..hargapun tidaklah MELAMPAU LAMPAU sangat..
Selesa untuk datang dan mencuba makanan baru di sini lagi.
Selesa untuk datang dan mencuba makanan baru di sini lagi.
sekian
5 comments:
woweee... menarik! prata dengan kari kambing memang mengancam, kat belah mana ni kak? dekat dengan saba?
kat sbn ada capati & kari kambing yg sgt sedap. pakistan punya. kalu datang rojer lah
aku plak tak berapa reti makan kambing...
ye. aku mmg leceh...
he he.
.
Capati + Kambing memang seswai...
Aku suka.. nanti aku nak cuba la..
Alamak.. terlior saya bila tengok prata dan curry kambing di gambar tu..
Walau pun agak jauh dari Ampang ..kalau tersasul kesana.. kena check dan try ni..
TQVM for sharing
Post a Comment