Wednesday, July 14, 2010

Nak rekemen Roselle produk!

Salam,

You all mesti pernah dengar nama Roselle kan?

Apa?!! Tak besa dengark..
Ish ish ish...betapa pengetahuan am begitu low profil betul.
Okay okay..Meh sini aku habark mai apa itu Roselle.
Roselle adalah kategori bunga raya yang nama scientifiknya adalah Hibiscus Sabdariffa.
Wahhh!! Kelas kan nama dia..
Boleh boh nama anak kalau tak dak idea..... hehehe..
Asal negara sebenarnya ialah dari India.

Tanaman Roselle ni sebenarnya dah lama ada di Malaysia. Di tanam secara meluas di Terengganu dan Johor suatu ketika dulu serta ramai yang telah cuba menjadikan dia sebagai tanamn komersial.

Seorang senior sekolah aku, Kak Nita, baru baru ni telah beri aku hasil produk dari Roselle ni. Suaminya bawa balik dari Sudan. Di Sudan, tanaman ini dikomersialkan dan mudah hidup dengan subur bersesuaian dengan tanah dan iklimnya.

Hasil bunga Roselle yang dikeringkan di bawah sinaran matahari
Serbuk bunga Roselle yang diuncangkan.

Hah...ada kawan kawan senior lain pun telah menanam pokok Roselle ini. Mereka juga telah menghasilkan produk Roselle mereka.
Cuba lihat di bawah ini :-
Kordial, jem dan acar Roselle?
Nak order....hehehehehe..
Boleh lah I bagitau depa.
My rekemendasyen ADALAH >>>>> ITU ACAR!!
SODAP ehhhh..
sekian


6 comments:

kakpah said...

kirin balik dari kedah bawak seplastik kecil bunga rosel. aku cakap letak dulu kat situ sehingga aku ada masa dan taim nak rebus. sampai sekarang aku dah tak nampak bendaalah tu. aku syak siti dah campak kat mana-mana ntah...

ashley said...

kakpah,
laaaa ish..
sayang seribu kali sayang bitamin C masuk tong sampah. ANTI OKSIDAN lagi tuh!
Sebenornya takyah rebus pun..
rendam semalam dalam air masak/mineral kemudian masuk peti ais pun okay.
kasi campur gula unutk rasa masam masam manis maam air Ribena.
kalau rebus nanti vitamin dan zat galian dia habis pudar la..
itu kata seorang kawan yang merupakan Ahli Biologi di UniMas.

Nizam.Ariff said...

Itu bukan ke tajuk drama Latin petang-petang tu..?

ashley said...

nizam,
ishhhhhh isshhh
roselinda ayoyo tu!

tasekM said...

dulu mak aku dok tanam depan rumah. aku kutip2 makan terus. sedap la haih... masam2 gitu..



.

DrSinga said...

acar+beriani kambing...
ayoooo......