Saturday, July 10, 2010

From Sudan with mmbekkkkkk..

Salam,

Aku dapat call dari seorang kakak senior ex-sekolah aku.
Dia tinggal dekat satu seksyen di BBBangi nih.

" ASH, ko makan kambing tak?"
" Makan la...takkan tak makan kut."
" Meh rumah akak around 9 pm. Ko ambik daging Kashoff. Husband akak bawak balik dari Sudan ni"

Bergegas aku siap lepas Maghrib.
Aku syak dia nak bagi aku gulai kambing..
Ya lah..daging kambing masak KASHOFF.


Sekali..........................HAMBEK KO!!..Siap berbalut dan berais sejuk beku lagi!!

" Ko masak la kari ke haper ke....Nanti tunjuk gambar.."

Haiiiiii...bagus la aku punya kakak ni. Ontah bilo la nak dapat makan masakannya!

Wei Kak Nita!! Ni aku dah masak daging KASHOFF tu..
Kata kat your hubby. Terima kasih la susah payah bawak dari Sudan. Aku masak dan anak beranak sendiri makan. Ko tengok gambar la, ek...HAHAHAHAHA..
Tu pun kalau ko baca aku punya blog nih!

DAGING KAMBING KASHOFF DIMASAK DALCA!
Sila sila..ambik roti dan cicah!
sodap ehhh..
p/s bertuah tak jadi seorang adik junior???
Ni sambung EDIT baru..
Khas untuk TIJAH sebab tanya resepi.
Bahan:
Daging kambing macam dalam gambar.
Rempah daging dua bungkus ( aku guna BABA's)
Bawang sederhana besar 3 biji ( 1 untuk menumis, 2 untuk masuk kemudian)
bawang putih dua ulas ( juga untuk menumis)
halia besar ibu jari ( untuk tumis juga)
kulit kayu manis )>
bunga lawang )> penumis
bunga cengkih )> semua
buah pelaga )> nih!
kentang 3 ketul, karot sebatang, kacang panjang 4 tangkai, tomato 2 biji, cili hijau besar 2 biji
santan singgit, garam gula dan minyak untuk menumis.
Cara caranya :-
1) Rebus daging dengan air yang sederhana banyaknya sehingga daging lembut dan empuk dalam periuk A.
2) Dalam periuk B atau kuali lain..TUMIS DARAT bahan kari.... yakni bawang, bawang putih, halia dan bahan penumis.
3) Masukkan kari yang dah dibancuh likat dalam periuk B.....masak sobontar dan kemudian tuangkan segala bahan masuk dalam periuk A (rebusan yang ada kambing tadi). Air rebusan kambing JANGAN dibuang PULAK..BIOR je..SODAP tu!.
4) Kemudian boleh le masukkan kentang dan karot..bior empuk.. Kemedian masukkan kacang panjang dan cili hijau dan bawang bulat pulak. Masukkan santan, garam dan gula dan akhir sekali sebelum diangkat masukkan tomato. SIAPPPPPPP...
Hiaslah dengan apa yang patut..NGAP dengan nasi atau ROTI!
( Pandai je aku kabor masuk tomato kemedian sekali...sebenornya aku malas nak tunggu...aku masuk awal..Cuba perati baik baik keadaan tomato aku. Dah lembik tu...hahahahah)
sekian

7 comments:

Tijah said...

caner resepi dia kak?

kucingorengemok said...

kashoff- sedap ek nama kambeng tu

Wan Sharif said...

In Sudan the goats/sheeps are called kharoof and they normally panggang kharoof atas batu-batu yang dipanaskan dengan api..
until you can see the fat flowed on the hot stones as oil..

ASH said...

Tijah,
resepi masak dalca tu??
sonang ehhh...nanti akak edit la..sambung..

Kog..
hahahaa.aku rasa telinga aku silap dongar..

wan sharif,
thank you..saya rasa dia sebut kharoof kut..
saya je memandai kata KHASOFF..
kharoof vs khasoff...lebih kurang le tuu..

Tijah said...

mekasih kakkkk. ai lebiuuuu...

lupekanje said...

mengombek la pas makan tuhh...
huhu..
nampak sodap. Tapi acik telah memantangkan diri dari makan daging kambin itu,..huhu... naek ke kapla.

ASH said...

Tijah,
sonang je kan..macam masak kari biasa laaa..aku tak boh kacang parpu..kalau nak boleh juga..rebus sampai empuk pastu tambah kasi pekat kuah..

lupekanje,
hehehhe..mbeekkkkkkk..
.
.
"tak tak..nasi aku tak lembek.."kata Pak Pandir ( tiba tiba teringat cerita dahulu kala)