Monday, July 26, 2010

CCTV

Salam,
Kadang kadang rasa nak pasang CCTV la kat setiap sudut penjuru tadika nih...
Hahaha..
Apasal?

Senang la sikit mak pak MONITOR cikgu cikgu yang tak MONITOR anak mereka..KANNNN??

" Cikgu, anak saya kena gigit oleh si POLAN. Cikgu MONITOR la siPOLAN nih!"

" Cikgu, anak saya mengadu kena tendang dengan si POLAN. Cikgu tak tengok mereka ke?"

" Cikgu, anak saya kena cubit nanges nanges tak nak pergi sekolah dah. Dia kata si POLAN usik dia. Cikgu tengok tengokkan anak saya tu, ye?"

" Cikgu, nugget anak saya dimakan oleh si POLAN. Sian anak saya tak dapat makan nugget dia hari ni."

" Cikgu, tadi anak saya bawak BARBI doll dia. Dia kata si POLANAH sorok. Kat mana, ek?"

.
.
.
okay okay..cikgu ni ada CCTV di setiap ruang tubuh badan dia...hahaha....
CIKGU ada mata banyak kan???
Semua cikgu dapat tengok!!!
WAHHHH..dasat kan, CIKGU?
.
.
.
" Kenapa biru mata ko, D? Jatuh?"
" Ye...kat dalam kereta ayah"
" Ayah tak TENGOK ke?"

" Kenapa patah jari ko ni, A?"
" Main bola kat padang.."
" Mak tak MONITOR ke?"

"Kenapa bibir bengkak ni, C?"
" Jatuh bilik air, cikgu"
" Siapa mandikan?"
" Mandi sendiri..."
" Hmmmm..ingatkan mak MANDIkan"

" Kenapa pakai baju biasa hari ni?"
" Tak jumpa BAJU SEKOLAH, cikgu"
.
.
.

hmmmmmmm...
sekian...

8 comments:

Nizam.Ariff said...

Suruh je mak bapak budak2 jangan bawak bukan-bukan ke tadika. Macam anak aku dulu. Mainan langsung tak dibenarkan, takut berebut atau hilang. Biarla anak melalak nak bawak... itu tanggunghawab mak bapak la pujuk anak... hahaha

DrSinga said...

CCTV kan cekgunya sekali....
.
.
heh heh heh...

Tijah said...

nasib baik makpak tak buat report polis sbb anak tak dpt makan nugget kan? hehehehe

ashley said...

Nizam,
alangkan orang tua tua pun berebut..
berebut naik bas
berebut nak makan
berebut harta
berebut suami..opocot!
.
.
maka tak hairan la kalau anak anak berebut barang mainan dan sebagainya!
.
.
by the way, AKU KATA ORANG TUA TUA..
tak termasuk ko dan aku sebab kita kan muda?
hahahah

lioness,
memang aku nak pasang CCTV untuk mak bapak MONITOR cikgu cikgu..haha
bior demer tahu macam mana cikgu MONITOR anak demer..

ashley said...

Tijah,
mujur juga...kalau tidak, jenuh pulak aku kena goreng nugget barang 2 3 kampit!

Kalau naik court jenuh juga nak menjual tuhhhh..
NUGGET NUGGET!!

GPI SKSV said...

manisnya hidup sebagai seorang guru.. hanya guru saja yg tau..

Gurindam Jiwa said...

Bertukar baju sakan blog nih.

ashley said...

GPI,
yaaa..semanis KURMA Yusoff Tayubb!

GJ,
nak sambut Ramadhan!