Friday, July 09, 2010

Caged eagle..

Salam,Andai dikau seumpama helang..
Relakah dirimu dikurung di sangkar emas?
Merenung jauh langit yang membiru..
Membayangi masa masa gemilang yang lalu?

Andai dikau seumpama helang..
Mampukah dirimu bertahan lama
Disua makan dan juga minum
Namun tidak bebas ke udara?

Andaikan dirimu seumpama helang
Pasti jiwamu merintih minta dibebaskan..
Minta diberikan kehidupan semula
Kerna ingin melayah ke sini sana

Yaa..berkata dia;

"Aku helang..
yang ingin melebarkan sayap
bukan terkurung menikus
di ruang kotak
berantai rakus
jangan sesekali
kau biarkan aku begini...

AKU BENCI!
sesungguhnya.."


sekian

4 comments:

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

terngiang-ngiang di telinga lagu terbang helang dinyanyikan Sharifah Aini..hang nyanyi ckit..

ashley said...

DAMAI,
kah kah kah...
dah la petang petang hujan kat Bangi ni..sat lagi mau ribut petir..banjir kang!!

Wan Sharif said...

Semuga sajak ini menyedarkan.. meng "insaf'kan insan yang bergelar manusia supaya lebih berperi kemanusiaan..
Sebenarnya saja kalau tiada maslahah umum..
helang dan burung jenis apa pun tidak seharusnya di kurung sehingga tidak dapat menggunakan nikmat pemberian Allah .. nikmat mampu bebas terbang

ashley said...

wan sharif,
alangkan burung pun dilihat tersiksa dikurung...apatah lagi manusia..terutamanya yang TIDAK BERSALAH DAN TAK TAHU APA KESALAHANNYA!