Sunday, July 25, 2010

Robek..

Salam,

Rumah yang robek itu mungkin satu tempat yang pernah menyaksikan tumbesaran kamu suatu ketika dulu. Dulu mungkin penuh dengan hilai tawa, gurau senda, tangisan sekali sekala memenuhi ruang di dalamnya.
Hari ini mungkin rumah usang itu sekadar dilawati deruan angin panas. Juga renyai hujan yang meruntun kesedihan dan kepiluan. Rumah itu tiada dipedulikan lantas yang membinanya sudah tiada. Yang bertungkus lumus mencari wang untuk menegakkannya dahulu sudah pergi ke alam yang kekal abadi. Pewarisnya mungkin tiada merasa kepayahan dia yang membinanya. Lantaran itu rumah terbiar tidak berpenghuni dan akhirnya menyembah dan tersungkur ke bumi.
Aduh..alangkah!
p/s ini satu lagi lukisan pensel aku..
sekian

3 comments:

ashley said...

eeeee..buruknyaaaa!!
hahahhaha

tasekM said...

rumah siapa tu kak..?



.

ashley said...

TM,
tak dak rumah sesiapa...
tapi aku tengok kalau balik kampung kampung banyak rumah yang dah jadi macam nih!